Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Salam...

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang sudi membaca blog ni..

Hari ni saya rasa gembira sebab Daniel dh dicas keluar dari wad kanak-kanak Hospital Putrajaya.. Syukur Alhamdulillah.. Daniel ditahan wad selama 3 hari sebab dh seminggu demam dan bengkak tonsil.. Menjadi semakin teruk bila Daniel tak nak makan ubat, makan nasi, minum susu dan air sehingga badan dia dihadrated.. sedih tengok keadaan Daniel masa kena tahan wad hari tu..

Apa pun esok dh start cuti jadi boleh buat persiapan raya Yay!

Friday, August 19, 2011

Lawatan ke Kilang Kerepek Mesrinah, Sepang.

Salam...

Tadi saya ikut lawatan KRESBA ke Kilang Kerepek Mesrinah di Sepang.. Perjalanan dari Putrajaya ke Sepang ambil masa 1 jam.. Sepanjang perjalanan saya tidur je jadi memang tak ingat jalan lah kalau suruh datang balik ke kilang tu..



Suasana di dalam kilang.. Keadaan kilang panas sikit.. Gambar pekerja sedang potong ubi menggunakan mesin khas.

Yang ni pekerja sedang potong pisang tandungk menggunakan mesin.


mesin ni boleh potong pisang dengan cepat. Tak perlu lagi sagat sekeping2 macam zaman dulu.


Selepas dipotong ubi digoreng dalam kuali ni.. besar giler kuali dia.. berbahang panas je kalau datang dekat. Panas berasap-asap


Ini pulak proses menggoreng pisang tanduk.. minyaknya kurang panas daripada minyak menggoreng ubi tadi..

Selepas digoreng pisang di angkat dan diletakkan di sini terlebih dahulu untuk disejukkan.

Banyak giler stok minyak masak dorang


Yang ni pulak sambal untuk salut kerepek ubi.. Sekawah dia masak..

Benda yang berpusing macam pembancuh simen ni pulak alat untuk menyalut kerepek dengan perasa.. Sekarang ni Kerepek ubi tengah disalut dgn sambal.

yang ni pulak kerepek pisang tengah disalut dengan perasa BBQ

Ruang pembungkusan.

Keropok Dhal selepas dibungkus 2 kilo.. harganya RM 20.. Tapi tadi saya mintak dia bahagi 2 jadi RM 11 sekilo.


Dalam bilik jualan.. Kerepek yang masih panas-panas




Keropok roda perasa BBQ


Keropok belinjau dan macam-macam lagi


Dorang pun ada jual biskut raya.. Murah-murah


Sampai kosong rak jualan, kena borong dengan ahli rombongan.


Cantik..
Asalnya rancang tak nak lah banyak sangat beli tapi dh sampai sana lain jadinya. Ada ahli rombongan yang beli sampai tak cukup tangan nak bawak sebab ramai yang kirim.. Saya cuma beli kerepek tempe, kuih sepit, batang buruk, popia serunding kecil, kerepek ubi dengan keropok dhal.. Sempat jugak belikan bos rempeyek dhal dgn batang buruk.. Harap bos suka.. hihi.

Perangai orang nak dapat adik....

Salam...

Dulu saya ada cerita pasal  pertandingan gubahan bunga anjuran KRESBA yang diadakan awal tahun ni.. Jadi gubahan bunga saya dapat lah hadiah no. 1.
Nak dijadikan cerita, semalam Daniel mula buat perangai. Habis semua barang di main baling-baling, meja kopi diterbalikkan, kerusi meja makan pun di tumbangkan sampai nenek dia dh tak larat nak layan lagi dah.. Balik semalam tengok permainan dia penuh kat lantai..
Pastu masa berbuka puasa semalam, ntah ape yang dia sakit hati sangat dia pergi tolak bunga tu dari atas almari TV. Jatuh pecah pasu bunga tu... Hadoiiii... kenapa Daniel marah sangat ni? dh berbulan-bulan bunga tu atas almari tu tak pernah dia kacau tiba-tiba semalam datang angin dia nak pecahkan bunga tu pulak.

Pecah pasu bunga tu.. Sedeh tul..


Dengan permainan bersepah lagi..
Lagi seminggu lebih dah nak raya, ingat boleh la cantik-cantik sikit rumah ade hiasan bunga tapi apa kan daya..... Nak dipukul kesian pulak, nenek dia cakap dia ni tengah manja, membawak rasa dia sbb tak lama lagi nak dapat adik..

Thursday, August 18, 2011

Mengidam lagik!!!!

Salam...

Adohai.. mengidam lagik!! kali ni bukan calang-calang benda yang diidamkan, makanan omputih lagi tu.. dah lah tak pandai buat, tak pandai lagi nak nyebutnya.. MACARONS.... ohhhh.. kali ni mmg tak boleh nak tahan lagi dah mengidam nak makan biskut dari france ni.







Ko tak terliur dibuatnyer menatap biskut ni setiap hari?? mana tak jadi mengidam.. gambar sume dapat dari cikmin.com.. Baru 2-3 hari lepas nak beli onlin dari cikmin tapi nampak kat web di dh tutup tempahan.. Huhu cam nak nangis.. Jadi dapat idea godek2 facebook jumpalah Iera Macarons. Haaa dia ni belum tutup tempahan lagi. Yang lagi cantik tu dia tinggal kat Presint 9 Putrajaya jadi senanglah nak amik terus dari rumah dia tak payah tunggu posmen hantar ke rumah... Ape lagi, terus buat tempahan. Esok amik tempahan tu... Haaaiiii tak sabar tul nak tunggu esok.. Selain dari Macarons, saya jugak tempat Red Velvet Cake.. Hari tu cuba masak kek ni ikut resepi Nani Rostam tapi tak jadi sebab kek tenggelam kat tengah pastu keras cam batu.. jadi bagi nak puaskan hati tempah lah terus dari Iera..

Kek coklat berwarna merah ditutupi dengan lapisan cream cheese.. Cam sedap jerkan..

Masa menaip ni pun macam nak menitis air liur... huhu sabar banyak2..

Nasi ayam madu

Salam...

Baru 2 bulan mengandung dh mengidam macam-macam...

Rasanya dah lebih seminggu mengidam nak makan nasi ayam madu, haritu ada beli dari bazar ramadhan tapi tak puas hati. Ayam kecik, sup sikit, nasik tak best. Jadi, bagi mengubat sakit mengidam malam semalam saya masak nasi ayam madu idaman hati.. hohoho..



Ayam yang diperap madu dan digoreng sehingga empuk.. walaupun rupanya gelap, tapi rasanya tetap manis mengancam.
 

Sebahagian sahaja sebelum di belasah oleh kak yong yang mengidam..
 

Sup ayam dan kentang yang ditaburi dengan daun bawang dan daun sup.. Sungguh mengiurkan..
 

Tak sah kalau tak ulang tayang..




Dimakan bersama sambal cili asam limau.. Fuh..
  Alhamdulillah tertunailah hasrat untuk menikmati nasi ayam buatan sendiri. Dh abis mengidam nasi ayam cari benda lain pulak untuk mengidam.. hahah..

Resepi nasi ayam madu

Ayam madu
1/2 ekor ayam
5 cawan air
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh serbuk kunyit
5 sudu madu
1 sudu gula
1 sudu teh garam
sedikit perasa

cara-cara
1. Potongkan ayam mengikut saiz yang dikehendaki. Bersihkan
2. Rebus ayam dengan 5 cawan air selama 5 hingga 7 minit (untuk mendapatkan stok ayam)
3. Angkat dan toskan ayam
4. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kunyit, garam, gula dan perasa.
5. Perapkan bersama ayam yang telah direbus tadi.
6. Masukkan 5 sudu madu ke dalam perapan ayam. Gaul rata. Biarkan selama 1- 2 jam.
7. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. (ayam ini lebih mudah masak sebab sudah direbus)

Nasi Ayam

2 pot beras
stok ayam (hasil dari rebusan ayam tadi)
2 biji bawang putih - ditumbuk
1 batang serai - diketuk
1/2 sudu serbuk kunyit
sedikit garam dan perasa

cara-cara
1. Cuci beras sehingga bersih
2. Masukkan dalam periuk nasi. Masukkan stok ayam dan tambah lagi sedikit air supaya sesuai dengan sukatan beras.
3. Masukkan bawang putih, serai, serbuk kunyit, garam dan perasa.
4. Masak seperti biasa

Sup Ayam

Bahagian tulang ayam (cth : leher, kepak, tulang selangka dll)
2 biji kentang dikupas kulit dan dipotong
2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 rempah sup bunjut
1 sudu garam
sedikit perasa
1 biji bawang besar - dihiris halus (digoreng dalam minyak sedikit)
2 biji bawang putih - dihiris halus (digoreng dalam minyak sedikit)
sedikit hirisan daun bawang dan daun sup

cara-cara

1. Rebuskan ayam bersama 5 cawan air. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan rempah sup bunjut.
2. Masukkan kentang. Tutup periuk dan biarkan ayam dan kentang masak atau sehingga empuk.
3. Masukkan garam dan perasa. Jangan lupa rasa sup untuk pastikan cukup garam atau tak.
4. Ketika hidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Sambal Cili Asam Limau

4 biji cili besar
3 biji cili kecil -lebihkan kalau suka pedas
5 biji limau kasturi
sedikit cuka (jika tak suka cuka tak perlu masukkan)
sedikit garam
sedikit perasa

Cara-cara
1. Potongkan cili besar dan masukkan dalam blander
2. Masukkan cili kecil
3. Perahkan jus limau kasturi (tapiskan supaya biji tidak masuk sekali sbb rasanya pahit)
4. masukkan cuka, garam dan perasa
5. Blender sehingga lumat.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, August 16, 2011

tak semangat lagi dah..

Salam...

Rasa dh tak semangat lagi dah nak teruskan usaha buat bunga stokin untuk hantaran anak Puan Zarina.. Bosan dah. Dari awal tahun hingga bulan 8 ni baru satu bakul jer siap.. Mula-mula saya dgn PA dia buat, bila lama-lama tak siap jugak CC pun tolong buat sama.. walaupun dh 3 orang tenaga kerja tapi tetap susah jgk nak siapkan.. bila kira-kira balik ktorg kena buat 60 kuntum bunga besar dan 780 kuntum bunga kecik.. FFFUUUHHHH!!!! ini semua nak cukupkan untuk tutup 15 dulang hantaran.. sakit oooooooOOOooo.. mcm give up pun ade..

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan..

Salam...

Alhamdulillah.. kita dah masuk ke bulan Ramadhan yang penuh berkat.. Rasa diri saya semakin tenang dan seronok menempuhi hari pertama berpuasa ini.. Yang paling saya suka, fikiran rasa lapang dan senang sangat.. Rindunya pada Ramadhan..

Insyaallah tahun ni saya berazam untuk berpuasa penuh sebulan.. Jika Allah izinkan, saya memohon supaya sepanjang bulan puasa ni saya tak mengalami alahan teruk dan apa-apa kemudaratan lain yang boleh membatalkan puasa..

Pagi tadi bila sampai di pejabat saya rasa mengantuk sangat.. tak boleh kawal sampai terlentok2 kat meja.. aduh.. susah betul nak celikkan mata.. Bila dah petang ni barulah segar sikit.

Dan, aktiviti biasa para isteri adalah memikirkan menu apa untuk berbuka puasa nanti.. Memandangkan saya masih mengambil waktu bekerja P3, jadi saya lupakanlah hasrat untuk masak lebih-lebih untuk berbuka.. Yang saya fikir cuma juadah yang boleh di beli di bazar Ramadhan jer.. Mungkin saya akan masak sesuatu yang istimewa pada hujung minggu sahaja..

Apapun saya nak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog ini.. Ampunkan dosa dan salah silap saya selama ini.. Semoga Allah memudahkan urusan kita bersama..