Thursday, October 27, 2011

Roti/ Bun Manis yang menjadi kenyataan..

Salam...

Rasa sangat seronok semalam sebab dapat masak roti dan roti tu pun cantik kembang, gebu dan lembut seperti beli di kedai bakery.. hahaha...

Resepi ni saya dapat dari jintanmanis. Orang cakap kalau kita cuba buat masakan mengikut resepi yang orang bagi dan resepi tu menjadi maknanya orang yang bagi resepi tu iklas.... Jadi saya sangat berterima kasih kepada jintanmanis kerana sudi berkongsi resepi ni.

Kalau nak tau, saya ni memang fail kalau bab masak roti dan kek ni.. memang lah tak pandai. bila saya buat roti ni menjadi terus jadi bersemangat. Pagi buat roti manis kosong, tengah hari pergi kedai jual barang bakery beli filling kacang merah petang terus buat roti inti kacang merah..

Meh kita tengok gamba pulak.


Sedang mengembang di dalam oven


Dah siap.. Panas dan fresh..

Seronok bila tengok roti naik kembang dan gebu


versi gulung pulak


Ni pulak versi kacang merah


Inti kacang merah ni sebelum di masak rasanya tawar, bila dah masak dalam roti, rasanya manis.


gebu kan..
 Jadi kawan-kawan, jika kita ada resepi yang best dan nak kongsikan dengan orang lain, kongsi lah dengan iklas.. Bagilah sukatan bahan-bahan yang cukup dan jangan kurangkan sana-sini. Ok daaaa

Monday, October 24, 2011

Filem Ombak Rindu..

Salam..

Haritu saya ada terbaca dalam Beautiful nara yang Filem Ombak Rindu telah menjalani pengambaran dan akan ditayangkan pada 1 Disember 2011. Filem yang diadaptasi dari novel Ombak Rindu ni akan dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani.

Jadi, oleh kerana tak nak perkara lalu berulang lagi (saya terlepas tengok drama Nora Elena sebab selalu balik kerja lambat - jadi beli novel dan baca saja tanpa dapat feeling romantik Aaron Aziz dengan Siti Saleha) maka saya dengan semangat wajanya telah membeli novel Ombak Rindu dari MPH Alamanda Putrajaya sementara tunggu husband ambil balik kerja. Suku buku jugak sempat saya baca.. Sampai setiap hari saya jadi tahi novel (abang sulung saya panggil orang suka baca novel = tahi novel, suka main game = tahi game). Masak pizza, sementara tunggu roti masak mengadap novel depan oven, ade ke patut.. Sampai lunyai kulit novel tu terkena air. Hahaha.. Sedangkan selama ni saya bukanlah tahi novel.... Saya memang malas betul nak membaca novel lagi-lagi yang tahap Yellow Pages. Semangat tengah membara ni tak sabar nak tengok filem Ombak Rindu kat wayang dengan somi terchenta... hahahaa... Semalam tengok trailer filem Ombak Rindu kat Astro Prima, terus berazam menghabiskan novel tersebut dalam minggu ni jugak...

Apa yang membuatkan saya malas membaca novel bila saya selalu tersalah beli novel yang tak best. Contohnya cerita-cerita perempuan perasan cantik, kononnya dalam opis tu dia lah yang paling cantik. Maka berebutlah segala jantan tak kira dari bos, opis boy dan laki orang. Tak kurang jugak cerita pasal perempuan perasan Korea-korea, comel konon tapi buat lawak tak kelakar langsung, oleh sebab sifat yang macam kelakar tu, maka ramai laki berebut nak kat dia sampai tak tau nak pilih mana satu.. Ade jugak novel cerita rumah tangga tapi tak boleh terima akal, dah kawin berpuluh tahun tapi tak boleh toleransi dan paham antara suami isteri. Si suami sibuk dengan kawan-kawan dan mengadap internet dan si isteri macam budak sekolah tak pandai ambil hati suami pastu tak de kerja lain menangis jer.. huhhhh.. terus terpadam minat saya nak baca novel..

Jadi saya akan tanya kat kawan-kawan yang agak tahi novel untuk tau novel mana yang terbaik dari ladang.. Saya tak mahu lah habis duit tapi tak habis baca.. Rasanya ada 4 - 5 novel yang jadi camtu.. Duk tersusun cantik kat almari tapi saya baru baca sampai bab 3 je terus fedap.. Tak ada magnet yang tarik saya untuk mengetahui penghabisan novel tu.. Sayang, kulit dah cantik...

Antara novel yang saya suka adalah Kasih Yang Suci, Pergilah Sepi dan Ombak Rindu. Banyak lagi tapi tak ingat tajuk (biasalah bukan tahi novel sejati kan).. Novel yang selesa untuk saya baca adalah novel yang sederhana. Jalan cerita yang tak meleret-leret, ayat yang mudah difahami dan logik dengan kehidupan sebenar.. Kenapa saya rasa cerita macam ni selesa? sebab kita boleh meletakkan diri kita sebagai watak.. Memahami perasaan yang sedang dialami dan merasakan setiap tindakan yang dilakukan oleh watak relevan dan tidak bodoh serta melulu..


Jadi kepada kawan-kawan sekalian, apakah novel-novel yang best untuk dibaca? yang romantik dan relevan dengan kehidupan seharian kita.. Tak semestinya watak heroin tu perempuan paling cantik di alam semesta, cukup sekadar manis dan sopan..

Thursday, October 13, 2011

Semalam dah ambil janin dari Hospital Putrajaya..

Salam...

Semalam suami ambil janin yang keguguran haritu dari Hospital Putrajaya. Sebelum ni, janin diambil untuk buat ujian makmal.. Saya pun tak tahu apa fungsinya..

Saya rasa sedih memeluk bekas berbalut plastik kuning yang suami bawa semalam.. Saya seperti mahu nangis tapi tak tahu macam mana.. Dalam keadaan masih berpantang saya tahu saya tak boleh menangis dan bersedih..




Sampai di rumah, masa tu hampir dengan waktu solat maghrib. Suami keluarkan janin bayi kami dari bekas tadi. Ya Allah.... hiba sangat hati saya bila tengok bayi tu.. Bentuk dia masih sempurna.. Warna nya kelabu kebiruan sebab dh lama berendam dalam cecair pengawet.. Saiz nya kecil sangat.. kecil dari tapak tangan. Kami cuba tengok jantina dia.. Subhanallah... sedihnya... bayi lelaki.. organ jantina dia sudah dapat dibezakan dengan jelas.. saya nampak dia sudah mempunyai telinga, hidung dan titik mata. Tangan kanan kedepan dan tangan kirinya bersentuh dada.. kakinya bersilang seperti bayi baru lahir.. Saya dapat lihat punggung dan belakang badannya sudah terbentuk.. Saya lihat pulak raut wajah dia, dagu dia juga sudah terbentuk.. hampir menitik air mata saya.. Ya Allah, saya rasa betul-betul rasa kehilangan. Saya nak ambil gambar dia tapi mak mertua saya cakap tak bagus.. Jadi saya tak ambil gambar dia.. Saya jugak terfikir kalau lain kali saya tengok gambar tu mesti saya sedih...


Saiznya kecik, boleh diletak di atas tapak tangan sahaja. (gambar dari google)


gambar dari google

Kaki dia berlipat macam ni.. (gambar dari google)

Kami mula tertanya-tanya bagaimana nak uruskan bayi tu.. Bolehkan ditanam begitu sahaja atau perlu diuruskan seperti jenazah biasa.. Jadi, selepas solat Maghrib, suami telefon ustaz yang bekerja satu pejabat dengan dia.. Ustaz tu suruh kami bawa bayi tu ke Masjid untuk diuruskan oleh khariah masjid.

Sebelum ke masjid, saya gunting sedikit kain putih, bapa mertua saya balutkan bayi tu dan masukkan ke dalam beg kertas. Suami saya bawak beg kertas tu bersama lebihan kain putih yang ada. Sebelum bertolak, suami saya bertanya apa harus kita namakan bayi ini jika pihak khariah masjid minta untuk dinamakan. Saya betul-betul buntu sebab saya langsung tak bersedia dengan apa-apa nama.. Saya tak pasti untuk beri nama pada anak saya. Suami minta saya cepat putuskan satu nama sebab dia nak segera ke surau.. Tiba-tiba satu nama terlintas di fikiran saya. MUHAMMAD IRFAN.. saya terus sebut pada suami sambil bergenang air mata.. Tak sangka nama dia Irfan.. Sambil sebut nama dia, saya terbayang muka dia... Semakin sebak saya rasa. Saya tunggu suami balik dari masjid dari pukul 8.00 mlm. Agak lama jugak baru suami saya balik, lebih kurang pukul 10.45 mlm.

Suami saya cerita, dia pergi ke surau berhampiran dan imam di sana menyuruh suami pergi ke Masjid Semenyih sebab di surau mereka tidak menguruskan jenazah. Selesai solat Ishak suami saya pergi ke Masjid. Sampai di Masjid, jemaah sedang makan jamuan yang disediakan oleh bakal jemaah yang akan menunaikan haji.

Imam masjid memberi salam dan menegur suami saya. Suami saya terangkan masalah kami dan mintak bantuan pihak khariah masjid untuk uruskan bayi kami seperti sepatutnya.. Alhamdullillah, walaupun sudah lewat malam mereka masih sanggup membantu.. Setelah bayi kami dimandikan dan dikafankan, Pegawai yang menjaga urusan masjid membawa suami, tukang gali kubur dan beberapa orang masjid ke Tanah Perkuburan Semenyih. Bayi kami ditanam disana dan ditandakan dengan sebatang pokok puding.. Pegawai tadi menyuruh suami membuat tanda besok... Suami tanya jika perlu dinamakan bayi kami, dan ustaz tu memberi nama Mohd Syahid sebab bayi yang lahir keguguran dikira sebagai mati syahid.. Alhamdulillah bayi kami telah selamat diuruskan seperti sepatutnya.

Menurut doktor yang melakukan ujian makmal kepada bayi kami, berdasarkan keadaan fizikal bayi itu sudah berusia lebih kurang 16 hingga 17 minggu. Namun saiz nya kecil sedikit.

Jadi, kami buat keputusan untuk namakan dia MUHAMMAD IRFAN SYAHID..

Ya Allah tabahkanlah hatiku menghadapi ujian ini. Amin..

Idea Birthday Party!!

Salam..

Berdirinya saya disini pada hari ini adalah untuk menyertai satu contest yang telah dianjurkan oleh nottinettii yang bertajuk Contest "The Best Birthday Party Theme/Idea".. Yeh!

Ni pertama kali saya try hantar contest kat blog.. Kalau ada salah silap tolong bagi tunjuk ajar ye..

Baiklah.. Untuk pengetahuan, Netty ni tengah berusaha keras untuk membuat persiapan majlis hari jadi 2 anak lelaki dia.

Ok Netty, ni Idea saya:

1. Tema
 - Netty mintak satu tapi saya bagi 4 theme yeee..

i) Tema Cowboy

Hiasan yang sesuai untuk tema cowboy. Warna merah dengan biru sesuai dengan tema ni.

Hiasan-hiasan tambahan yang boleh netty buat sendiri. Cuma pakai kotak dan warnakan sendiri.

ni pun sama

Kek dan cup kek


hiasan-hiasan lain yang sesuai
Tema Cowboy ni sesuai untuk budak-budak lelaki.

-Netty boleh pakaikan anak-anak dengan baju cawboy dan kasut boot. Belikan jugak dorang topi, skaf dan pistol mainan.. Mesti dorang suka


- Untuk goodie bag, boleh bagi budak-budak topi atau pistol mainan


Pistol mainan untuk dijadikan goodie.


ii) Tema Space/ Rocket
- Netty boleh pakaikan anak-anak baju t-shirt berwarna putih dan tampalkan bendera Malaysia pada bahu kiri dan kanan supaya nampak macam space suit.. Tak pun beli t-shirt yang ada gambar rocket..


Pakai t-shirt cam ni pun cantik.



Buat hiasan ikut macam ni







- Tampal bentuk bintang dan planet-planet pada dinding dan gantungkan pada lampu supaya nampak efek 'space'. Boleh jugak gunakan belon untuk buat bentuk planet dan gantungkan. Gumpal surat khabar jadi bentuk bulat dan balut dengan aluminium foil supaya nampak macam bintang dan gantukan.
- Untuk goodie bag, bagi permainan roket (yg murah-murah pun ok) atau pistol lazer..


buat paper bag cantik-cantik cam ni


bagi pistol laser cam ni.. murah-murah pun tak apa janji budak suka


iii) Tema Underwater
-Tema ni saya suka sebab mudah untuk sediakan aktiviti. Lepas habis jamuan dan makan kek, boleh sediakan kolam untuk budak-budak mandi.. Tapi dalam invitation kenalah bagi tau supaya bawak baju mandi dan baju spare. Jadi tak payah lagi sediakan games, biar jer budak-budak berenang sampai habis parti. Tapi kita kenalah tengok2 budak-budak tu supaya selamat.


kalau ramai, sediakan 2 atau 3 kolam.

yang boleh pancut2 air cam ni pun best
 
-Untuk hiasan, sediakan banyak2 belon biru dgn hijau... Ambil kertas warna hijau, lukiskan bentuk rumpai, gunting dan tampal pada dinding. Lukis jugak gambar ikan, sotong dgn obor2. Gantungkan pada lampu.


gunakan banyak warna biru..
  
Kek ada hiasan ikan dan haiwan2 laut

 
kotak untuk goodie

 
buat belon jadi ikan dan rumpai laut
 
kalau ada bajet lebih buat cam ni

- untuk goodie bag boleh bagi permainan comel cam ni

patung penyu




belon sabun


atau permainan memancing

bagi cam ni kalau ada bajet lebih. Atau untuk dijadikan hadiah aktiviti nanti.

iv)Tema Pirates
-Tema Pirates pun kanak-kanak suka jugak. Boleh pakaikan anak-anak baju hitam, topi, dan penutup sebelah mata.. Tak payah beli2, buat sendiri pakai kertas pastu ikatkan pakai benang getah.. Kan cool tu..




boleh tiru ni untuk buat hiasan. Buat bendera tengkorak, buat peti harta karun pastu masukkan duit coklat, tampalkan gambar kapal lanun sekeliling kawasan parti.
-






kek yang sesuai dengan tema lanun

contoh kad jemputan




-Goodie bag boleh bagi budak-budak topi atau, penutup sebelah mata dan pedang mainan..



Contoh untuk goodie, boleh bagi kompas mainan, teropong bendera, duit syiling emas dll

buatkan pedang macam ni untuk budak-budak.. Guna kertas, senang jer..

2. Games
Bab games ni memang saya lemah sikit. Tak tau macam mana nak conduct sukaneka... Tapi boleh cuba idea ni:

a. Printkan gambar-gambar kartun, sediakan pensel warna dan bagi budak-budak mewarna. Siapa dapat mewarna paling cantik akan dapat hadiah.

b. Kerusi berirama senang sikit nak buat.. 3 pemenang akan dapat hadiah

c. Beli plasticine dan bagi budak-budak tu buat bentuk2 yang sesuai dengan tema parti hari tu.. Contohnya bentuk kapal, ikan, pistol, roket dll.. Siapa dapat buat paling kreatif dan cantik akan dapat hadiah

d. Yang ni senang tapi pakai belanja sikit. Sewa bouncing castle, pastu bagi budak-budak lompat2 dalam tu.. jadi mak-mak ni boleh bergossip sambil tengok anak-anak bermain.. senang, tak payah susah nak ajar budak-budak main permaian. Itu pun kalau ada kawasan laman yang lapang dan sesuai untuk letak bouncing castle ni.







e. Macam tema underwater tadi, sediakan kolam dan bagi budak2 main air.. boleh bergossip balik..

f. Panggil clown yang boleh buat belon jadi macam2 bentuk.. Biar dia je yang intertain budak-budak tu, sambil mak-mak boleh makan dan berborak.
* Untuk hadiah pada budak-budak yang menang, saya cadangkan bagi barang-barang yang dia boleh guna selalu macam pensel warna, set alat tulis, buku cerita dan permainan yang bersifat IQ.




3. Goodie bag
Untuk goodie bag saya ada beberapa idea ikut kreativiti dan bajet Netty lah.
a. Permainan bajet
b. Biskut atau coklat dibungkus cantik
c. Alat tulis
d. Yoyo
e. wisel
f. Muffin

5. Menu
Untuk menu, saya cadangkan Netty sediakan 2 jenis menu. Satu untuk kanak-kanak dan satu lagi untuk orang dewasa iaitu mak ayah dan kawan-kawan. Menu yang fokus kepada kanak-kanak saja menyebabkan orang dewasa tidak puas makan, dan jika sediakan makanan fokus untuk orang dewasa pula menyebabkan kanak-kanak kurang berselera makan. Untuk makanan kanak-kanak, sediakan dan pilih makan yang mudah dipegang supaya mereka boleh bermain sambil makan. Pastikan juga makanan tidak mengakibatkan banyak kotoran sehingga leceh untuk dibersihkan.
a. Menu kanak-kanak (pilihan menu)
- Macaroni/ pasta dengan sos meatball.

- Ayam goreng dan nugget
- Sandwich. Gunakan chicken ham sebab kanak-kanak lebih sukakan ayam dari ikan. Jangan lupa letak cheese.. potong kecik ikut kesesuaian kanak-kanak untuk makan.

- Pizza yang dipotong kecik2 sesuai dengan suapan kanak-kanak.

b. Menu dewasa (cadangan pilihan menu)
- Spegeti
- Roti jala dan kari ayam/daging
- popia dan sos, cream puff, karipap, kuih bakar
- Chicken wing
- Mee/meehoon goreng (cadangan saya cuba elakkan makanan berkuah atau sup sebab ibu bapa perlu mengawal anak-anak dalam masa sama)
- Tauhu sumbat dan kuah kacang
- Nasi ayam
- buah potong

c. Candy buffet (Meja ni khas untuk letak kek, gula-gula dan biskut)
Zaman sekarang ramai orang buat candy buffet even untuk majlis perkahwinan. Jadi, netty boleh hias cantik-cantik ikut tema.






- Birthday kek dan cup kek mengikut tema


- Chocolate fountain. Sewa chocolate fountain sekali dengan pakej chocolate dan sediakan buah strawberry yang dicucuk dengan lidi. Selain tu boleh jugak sediakan biskut jejari, buah anggur, mashmallow dan pisang.
- Macarons. Netty kan pandai buat macarons so dh boleh jimat kat sini.
- Biskut dan gula-gula warna warni




- ice-cream
Ice cream Malaysia ni lagi senang nak sediakan.

     Semua Idea-idea ni saya dapat masa saya buat persediaan untuk hari jadi Daniel yang ke 3 pada bulan 9 haritu. Tapi semuanya tak dapat saya laksanakan sebab masa tu saya dh mula mengandung dan tak sihat untuk buat persiapan.. Jadi, idea tinggal idea. Bila Netty buat contest ni rasa seronok pulak nak berkongsi idea dgn Netty.

    Sebagai memenuhi syarat peraduan, saya tag dua orang kawan saya. Nik dan Kak Fareen.

Good luck!



* Semua gambar saya ambil dari Google image. terima kasih