Thursday, October 1, 2015

PELAMIN BUAT SENDIRI / PELAMIN DIY / PELAMIN RUMAH / PELAMIN MERAH / PELAMIN SIMPLE

Salam...

Selamat menyambut Hari Raya Qurban tahun 1436 Hijrah buat semua muslimin dan muslimat sekalian.. 24 September 2015 (Khamis) lepas seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Qurban, tetapi kami cuma dapat sambut dengan sederhana sahaja sebab sibuk dengan persiapan majlis pernikahan kakak ipar saya yang diadakan pada 27 September 2015 (Ahad). Majlis telah diadakan dengan serba sederhana dan hanya melibatkan saudara dan sahabat terdekat sahaja.

Majlis pernikahan dibuat di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) Putrajaya. Memandangkan kami tak ramai saudara mara dan yang tak ramai itu pun jauh di Labuan jadi semua saudara mara tak dapat hadir. Dan saudara dari belah pengantin lelaki pula seramai lebih kurang 23 orang yang hadir.

Segala persiapan dilakukan oleh kami berempat sahaja iaitu kakak ipar (pengantin perempuan), kakak ipar sulung, husband saya dan saya. Antara keperluan yang di minta oleh pengantin untuk saya sediakan adalah pelamin simple, hantaran (belah lelaki dan perempuan), door gift, bilik tidur pengantin, hand bouquet, dan lain-lain. 

PELAMIN DIY



Masuk cerita pasal pelamin ni, Kakak ipar mintak pelamin simple-simple je. Lama jugak saya menjana idea untuk buat pelamin simple dengan kos yang paling minima dan bahan2 yang boleh diguna semula dan tidak membazir. Ini lah pelamin atau yang dibuat sendiri oleh saya dan husband saya dengan kos lebih kurang RM 200 sebab banyak bahan dan barang yang kami guna adalah barang yang sedia ada di rumah dan saya boleh buat sendiri. Dan bahan2 tu boleh diguna semula selepas majlis ni ataupun dijual.

macam ni lah keadaan sebelum dinding di pasang dengan backdrop. Kitaorang tak buat pentas sebab tak sempat jadi alas dengan karpet je
Kat sini sy bagi cheklist bahan2 yg saya gunakan untuk buat pelamin ni. Manalah tau kalau korang nak buat pelamin nanti bolehlah guna.

1. Karpet/ alas pelamin

Alas pelamin ni saya guna karpet yang sedia ada kat rumah. Lepastu saya alas atas karpet tu dengan kain jersey warna merah. Kain jersey ni saya beli di Nilai 3 dengan harga RM 3.80 semeter. Kalau korang pandai pujuk rayu jurujual tu korang boleh dapat RM 3.20 semeter. Kemudian saya pinkan di kain jersey pada karpet supaya tak bergerak dan kemas. Bidang kain luas kiranya satu karpet tu dia boleh cover cuma pakai lebih kurang 3 meter. Lepas ni, kain langsir ni boleh lah dibuat alas meja atau langsir untuk bilik-bilik tidur.

Nama kedai ni tak ingat la tapi kedai ni bertentangan dengan kedai Thank You.  Tapi last time sy pergi stok kain kat kedai ni mcm nak habis. Jadi korang boleh pergi cari kat kedai2 lain kat Nilai 3 tu.. Banyak giler kedai kain kat sana
2. Langsir/ backdrop

Saya mintak tolong husband drill dinding di kiri, kanan dan tengah dinding. Kitaorang tak ukur lebar dinding masa ni tapi saya agak lebih kurang dalam 3 meter. Saya pinkan aje belah atas kain pada dawai tu, kalau korang rajin terlebih boleh jahit dulu macam jahit langsir, then boleh gantung. Guna kreativiti sendiri untuk pasang backdrop ni. Kalau korang nak kedut-kedut atau main tarik2 tepi macam langsir pun boleh tapi kena pandai cover dinding tu ye.. Dan mungkin guna lebih banyak kain. Total kain untuk backdrop saya pakai 3 meter untuk merah dan 3 meter untuk putih. Kain yang merah tu belah dua dan guna sebelah untuk kiri dan sebelah untuk kanan. Ketinggian pelamin ni sama dengan tinggi pintu biasa.. Saya tak buat tinggi sangat nanti susah nak pasang pastu nampak kosong dan kalau rendah sangat nanti nampak kelakor pulak..
Masa tengah pasang backdrop. 

3. Lampu kiri dan kanan pelamin.

Ok, yang ni sangat subjektif. Lampu ni kakak ipar sy beli di Nilai 3. Harga di lebih kurang RM 79 (selepas diskaun) kalau belum diskaun RM 90 kalau tak silap. Bergantung kepada korang lah kalau korang rajin survey kat Nilai 3 korang boleh dapat yang murah. Baru-baru ni sy tengok kat Thank You harga dia RM 90. Dan ada jugak kat kedai lain yang harganya lebih RM 100. Lampu ni kakak ipar akan guna sebagai lampu bilik tidur dia nanti. Tak pun dia akan jual balik lampu ni kalau rasa tak  berapa berkenan nak simpan.

Penggunaan lampu ni subjektif ya. Kalau korang nak boleh letak. Kalau tak korang boleh ganti dengan lampu yang lain atau benda lain contohnya pasu tinggi dengan ranting-ranting atau sewaktu dengannya.
lampu berukir ni husband sy kata material dia mcm kapur. Murah dan ringan. Saya pun tak tau apahal mahal sangat. mungkin sebab tengah tren kot. 

kalau korang mampu boleh pakai lampu yang mcm ni lagi meletop efek dia.. sumber gambar dari google

testing2 dulu..

3. Kerusi sofa dan bantal kusyen

Saya gunakan kerusi sofa yang sedia ada kat rumah kakak ipar. design dia moden dan kemas so senang nak matching dengan decoration yang ada. Mujur warna dia coklat jadi boleh masuk dengan merah. Dan untuk melindungi warna coklat tu saya gunakan bantal kusyen warna merah. Isi bantal tu sy gunakan bantal kusyen sedia ada kat rumah kakak ipar dan sarung bantal kusyen tu sy beli kat kedai alas meja dan sarung bantal (kat Tesco Semenyih) dengan harga RM 5 sehelai. Kalau korang pandai, boleh jahit sendiri sarung bantal. Guna je lebihan kain buat pelamin tu. 

walaupun warna dia maroon sikit kira halal lah..
4. Bunga tengah

Yang ni pun susah jugak kan.. Sebenarnya bunga merah tu bunga yang sedia ada kat rumah saya. Kalau korang tengok post sy 3 atau 4 tahun lepas, ada saya masuk pertandingan menggubah bunga dan bunga tu saya guna balik untuk hias pelamin ni. Kebetulan saya berkebolehan sikit-sikit untuk menggubah bunga jadi Alhamdulillah saya dapat berjimat di sini. Gubahan yang paling sesuai digunakan untuk pelamin simple mcm ni adalah gubahan bulat atau dome.



bunga besar di tengah-tengah
Bunga besar ni saya letak di belakang sofa. Mula-mula pening jugak tak tau sama ada nak pakai meja konsol atau nak mintak husband buat satu kotak kayu tinggi guna kayu pallet.. Tapi leceh giler.. Tetiba Ting! dapat idea. pakai je rak 3 tingkat yang beli kat carefour dulu. Rak murah tu.. pastu alas je dengan kain siap..

Rak murah pasang sendiri yang dibeli di carefour. Gambar dari google.

Tak payah beria-ria nak paku, pin, gam atau stapler.. biar je mcm tu sebab dia pun duduk belakang kerusi sofa kan.. sori gambar blur.. handphone cap ayam laga kan..
5. Bunga tepi
Saya jual dengan harga RM 50. Pasu, bunga, reben dan upah. 
Haa.. bunga ni sebenarnya ade orang tempah (ye saya jual gubahan bunga). Jadi sebelum sampai ke tangan pelanggan saya laramkan dulu di pelamin ni.. Jadi, tiada pembaziran ya. 

Ok, sebagai alternatif kalau korang boleh beli pasu kaca (jernih) tinggi dan atasnya letak sejambak bunga hydrangrea. Tak payah gubah pelik-pelik. Just bubuh sahaja mcm Eric Leong selalu buat tu. Lagi korang gubah macam-macam lagi janggal jadi nanti. Bunga tu beli yang sama warna dengan warna tema pelamin korang.

contohnya cam ni. Pasu straight cut pun ok.. botol air gas kaca pun boleh janji korang buang dulu pelekat dia. Gambar dari Google



6. Bunga atas dan scallop


Bunga merah kat atas tu saya beli 3 tangkai dengan harga lebih kurang RM 10 setangkai (tak berapa ingat). Ada 10 kuntum dalam 1 tangkai. Tapi sy pakai 25 kuntum je ade lagi lebih 5. Bunga putih tu pulak sy cabut dari gubahan bunga yg sedia ada kat rumah.. tanglung tu pulak terjumpa la kat timbunan2 barang harta karun lama berzaman saya sejak dari anak dara lagi.. well.. mak hagimaru sangat.. Kalau korang kreatif boleh je cover dengan daun atau bunga-bungaan kat tempat tanglung tu.. Bunga tu tak payah lah gam ke pin ke jus selit je belakang tali/ dawai yang sangkut backdrop tu.. 
Scallop pulak mula-mulanya malas nak pasang tapi my husband kata mcm kosong sikit baik pasang scallop lagipun ade kain lebih lagi.. Lagi satu kalau nak lagi jimat boleh pakai bunga tisu/ bunga pom-pom kat atas tu.. buat pakai kertas creep murah je..cantik pun cantik jugak..

7. Lampu spot light

Lampu LED spot light ni kami ambil dari rumah saya kat Semenyih. Kat tempat meja makan memang saya letak lampu LED spot light yang dipasang di kiri dan kanan dinding sebab shiling rumah terlalu tinggi dan tak sesuai pasang lampu kalimantang.

Lampu LED spot light ni husband buat wiring sendiri. buat di 4 penjuru 2 di depan (suluh pengantin) dan 2 di belakang untuk suluh backdrop. Wire dia sorok bawah karpet. Lepas habis kenduri kami cabut balik dan pasang semula kat rumah kami.



Kebanyakan belanja dikeluarkan untuk beli lampu berukir dan kain langsir backdrop pelamin.. Bunga pun saya banyak guna yang sedia ada kat rumah je.. Alhamdulillah.. Tak banyak belanja dan dapat jual balik lepas ni.

Apa yang penting dalam membuat pelamin DIY ni adalah penggunaan warna.. Kalau boleh biar konsisten dan jangan lebih 3 hingga 4 warna.. Tak payahlah over dan guna terlampau banyak belanja cukuplah seadanya dan sesuai untuk dijadikan tempat bergambar..

Nah.. beberapa keping gambar untuk tatapan korang.




Ape pendapat korang? cuba komen sikit.