Tuesday, November 3, 2015

Hantaran Kakak Ipar

Assalamualaikum..

salam semua.. dah berkurun baru lah teringat dan terajin nak masukkan gambar hataran yang saya buat untuk kakak ipar. Saya buat hantaran untuk kedua-dua belah pihak. Biru - perempuan kepada lelaki, merah - lelaki kepada perempuan.. Sila jamu mata ya.. Ini memang hantaran bajet gila-gila.. oh ya kalau ade sape-sape nak sewa tapak dulang hantaran (7 dulang semuanya) beserta alas dulang putih boleh lah contact saya ye 019-3832579. Kalau nak tempah hantaran atau bunga pun boleh. Harga ikut bajet korang. Saya nak tolong sahabat-sahabat di luar sana..

Hantaran cincin suasa. tapi disebabkan dia single kecik je kat tengah jadi saya tambah dengan  raga bentuk kereta labu cinderella yang berisi potpuri supaya nampak penuh sikit. raga kereta labu cinderella tu beli kat Nilai 3. Jangan tanya kedai apa, dah lupa dah..


Set tali pinggang dan wallet.

Hantaran minyak wangi 
hantaran kasut

Hantaran sejadah, tasbih dan kompas kiblat

Hantaran coklat dan buku panduan rumah tangga 
Hantaran mandian. Mula-mula ingat nak bagi kek atau buah atau makanan tapi tak jadi sebab takut rosak. Keluarga belah lelaki datang dari Kota Bharu Kelantan takut rosak dalam perjalanan.
Hantaran bag tangan dan kasut.

Hantaran berupa wang hantaran bernilai RM ###########

Hantaran mandian 

Cincin dan mas kahwin

Kain pasang

Sekian itu lah sahaja gambar-gambar untuk kali ini.. Semua hantaran ini dibuat menggunakan bajet yang ciput2 giler okey..