Thursday, October 13, 2011

Idea Birthday Party!!

Salam..

Berdirinya saya disini pada hari ini adalah untuk menyertai satu contest yang telah dianjurkan oleh nottinettii yang bertajuk Contest "The Best Birthday Party Theme/Idea".. Yeh!

Ni pertama kali saya try hantar contest kat blog.. Kalau ada salah silap tolong bagi tunjuk ajar ye..

Baiklah.. Untuk pengetahuan, Netty ni tengah berusaha keras untuk membuat persiapan majlis hari jadi 2 anak lelaki dia.

Ok Netty, ni Idea saya:

1. Tema
 - Netty mintak satu tapi saya bagi 4 theme yeee..

i) Tema Cowboy

Hiasan yang sesuai untuk tema cowboy. Warna merah dengan biru sesuai dengan tema ni.

Hiasan-hiasan tambahan yang boleh netty buat sendiri. Cuma pakai kotak dan warnakan sendiri.

ni pun sama

Kek dan cup kek


hiasan-hiasan lain yang sesuai
Tema Cowboy ni sesuai untuk budak-budak lelaki.

-Netty boleh pakaikan anak-anak dengan baju cawboy dan kasut boot. Belikan jugak dorang topi, skaf dan pistol mainan.. Mesti dorang suka


- Untuk goodie bag, boleh bagi budak-budak topi atau pistol mainan


Pistol mainan untuk dijadikan goodie.


ii) Tema Space/ Rocket
- Netty boleh pakaikan anak-anak baju t-shirt berwarna putih dan tampalkan bendera Malaysia pada bahu kiri dan kanan supaya nampak macam space suit.. Tak pun beli t-shirt yang ada gambar rocket..


Pakai t-shirt cam ni pun cantik.



Buat hiasan ikut macam ni







- Tampal bentuk bintang dan planet-planet pada dinding dan gantungkan pada lampu supaya nampak efek 'space'. Boleh jugak gunakan belon untuk buat bentuk planet dan gantungkan. Gumpal surat khabar jadi bentuk bulat dan balut dengan aluminium foil supaya nampak macam bintang dan gantukan.
- Untuk goodie bag, bagi permainan roket (yg murah-murah pun ok) atau pistol lazer..


buat paper bag cantik-cantik cam ni


bagi pistol laser cam ni.. murah-murah pun tak apa janji budak suka


iii) Tema Underwater
-Tema ni saya suka sebab mudah untuk sediakan aktiviti. Lepas habis jamuan dan makan kek, boleh sediakan kolam untuk budak-budak mandi.. Tapi dalam invitation kenalah bagi tau supaya bawak baju mandi dan baju spare. Jadi tak payah lagi sediakan games, biar jer budak-budak berenang sampai habis parti. Tapi kita kenalah tengok2 budak-budak tu supaya selamat.


kalau ramai, sediakan 2 atau 3 kolam.

yang boleh pancut2 air cam ni pun best
 
-Untuk hiasan, sediakan banyak2 belon biru dgn hijau... Ambil kertas warna hijau, lukiskan bentuk rumpai, gunting dan tampal pada dinding. Lukis jugak gambar ikan, sotong dgn obor2. Gantungkan pada lampu.


gunakan banyak warna biru..
  
Kek ada hiasan ikan dan haiwan2 laut

 
kotak untuk goodie

 
buat belon jadi ikan dan rumpai laut
 
kalau ada bajet lebih buat cam ni

- untuk goodie bag boleh bagi permainan comel cam ni

patung penyu




belon sabun


atau permainan memancing

bagi cam ni kalau ada bajet lebih. Atau untuk dijadikan hadiah aktiviti nanti.

iv)Tema Pirates
-Tema Pirates pun kanak-kanak suka jugak. Boleh pakaikan anak-anak baju hitam, topi, dan penutup sebelah mata.. Tak payah beli2, buat sendiri pakai kertas pastu ikatkan pakai benang getah.. Kan cool tu..




boleh tiru ni untuk buat hiasan. Buat bendera tengkorak, buat peti harta karun pastu masukkan duit coklat, tampalkan gambar kapal lanun sekeliling kawasan parti.
-






kek yang sesuai dengan tema lanun

contoh kad jemputan




-Goodie bag boleh bagi budak-budak topi atau, penutup sebelah mata dan pedang mainan..



Contoh untuk goodie, boleh bagi kompas mainan, teropong bendera, duit syiling emas dll

buatkan pedang macam ni untuk budak-budak.. Guna kertas, senang jer..

2. Games
Bab games ni memang saya lemah sikit. Tak tau macam mana nak conduct sukaneka... Tapi boleh cuba idea ni:

a. Printkan gambar-gambar kartun, sediakan pensel warna dan bagi budak-budak mewarna. Siapa dapat mewarna paling cantik akan dapat hadiah.

b. Kerusi berirama senang sikit nak buat.. 3 pemenang akan dapat hadiah

c. Beli plasticine dan bagi budak-budak tu buat bentuk2 yang sesuai dengan tema parti hari tu.. Contohnya bentuk kapal, ikan, pistol, roket dll.. Siapa dapat buat paling kreatif dan cantik akan dapat hadiah

d. Yang ni senang tapi pakai belanja sikit. Sewa bouncing castle, pastu bagi budak-budak lompat2 dalam tu.. jadi mak-mak ni boleh bergossip sambil tengok anak-anak bermain.. senang, tak payah susah nak ajar budak-budak main permaian. Itu pun kalau ada kawasan laman yang lapang dan sesuai untuk letak bouncing castle ni.







e. Macam tema underwater tadi, sediakan kolam dan bagi budak2 main air.. boleh bergossip balik..

f. Panggil clown yang boleh buat belon jadi macam2 bentuk.. Biar dia je yang intertain budak-budak tu, sambil mak-mak boleh makan dan berborak.
* Untuk hadiah pada budak-budak yang menang, saya cadangkan bagi barang-barang yang dia boleh guna selalu macam pensel warna, set alat tulis, buku cerita dan permainan yang bersifat IQ.




3. Goodie bag
Untuk goodie bag saya ada beberapa idea ikut kreativiti dan bajet Netty lah.
a. Permainan bajet
b. Biskut atau coklat dibungkus cantik
c. Alat tulis
d. Yoyo
e. wisel
f. Muffin

5. Menu
Untuk menu, saya cadangkan Netty sediakan 2 jenis menu. Satu untuk kanak-kanak dan satu lagi untuk orang dewasa iaitu mak ayah dan kawan-kawan. Menu yang fokus kepada kanak-kanak saja menyebabkan orang dewasa tidak puas makan, dan jika sediakan makanan fokus untuk orang dewasa pula menyebabkan kanak-kanak kurang berselera makan. Untuk makanan kanak-kanak, sediakan dan pilih makan yang mudah dipegang supaya mereka boleh bermain sambil makan. Pastikan juga makanan tidak mengakibatkan banyak kotoran sehingga leceh untuk dibersihkan.
a. Menu kanak-kanak (pilihan menu)
- Macaroni/ pasta dengan sos meatball.

- Ayam goreng dan nugget
- Sandwich. Gunakan chicken ham sebab kanak-kanak lebih sukakan ayam dari ikan. Jangan lupa letak cheese.. potong kecik ikut kesesuaian kanak-kanak untuk makan.

- Pizza yang dipotong kecik2 sesuai dengan suapan kanak-kanak.

b. Menu dewasa (cadangan pilihan menu)
- Spegeti
- Roti jala dan kari ayam/daging
- popia dan sos, cream puff, karipap, kuih bakar
- Chicken wing
- Mee/meehoon goreng (cadangan saya cuba elakkan makanan berkuah atau sup sebab ibu bapa perlu mengawal anak-anak dalam masa sama)
- Tauhu sumbat dan kuah kacang
- Nasi ayam
- buah potong

c. Candy buffet (Meja ni khas untuk letak kek, gula-gula dan biskut)
Zaman sekarang ramai orang buat candy buffet even untuk majlis perkahwinan. Jadi, netty boleh hias cantik-cantik ikut tema.






- Birthday kek dan cup kek mengikut tema


- Chocolate fountain. Sewa chocolate fountain sekali dengan pakej chocolate dan sediakan buah strawberry yang dicucuk dengan lidi. Selain tu boleh jugak sediakan biskut jejari, buah anggur, mashmallow dan pisang.
- Macarons. Netty kan pandai buat macarons so dh boleh jimat kat sini.
- Biskut dan gula-gula warna warni




- ice-cream
Ice cream Malaysia ni lagi senang nak sediakan.

     Semua Idea-idea ni saya dapat masa saya buat persediaan untuk hari jadi Daniel yang ke 3 pada bulan 9 haritu. Tapi semuanya tak dapat saya laksanakan sebab masa tu saya dh mula mengandung dan tak sihat untuk buat persiapan.. Jadi, idea tinggal idea. Bila Netty buat contest ni rasa seronok pulak nak berkongsi idea dgn Netty.

    Sebagai memenuhi syarat peraduan, saya tag dua orang kawan saya. Nik dan Kak Fareen.

Good luck!



* Semua gambar saya ambil dari Google image. terima kasih

Tuesday, October 4, 2011

Segarkan hati dengan kenangan lama

Salam..

Saya nak kongsi sikit gambar kawin saya.. Saja nak segarkan hati... Mengenang kenangan lama ni seronok tau..


Gambar selepas potong kek
 


Gambar selepas bernikah
 


Majlis perkahwinan di Sabah
 
Selain tu, saya jugak rasa seronok nak mengimbau balik kenangan masa zaman belajar dulu.. Best lah time semangat masih berkobar, badan tak penat dan bebas dari ikatan.



Pada hari konvokesyen Politknik Port Dickson. Bergambar dengan Mimi
 


Saya, Aju dan Hajar.. Lama dah tak jumpa dorang. Apa khabar agaknya

Nisa, Noza, Maya, Noni, Radin dan saya.
 



Tinggal Kenangan

Salam...


Gambar scan baby ni saya dapat masa bukak buku chekup 12 September haritu dan saya keguguran pada 17 September.. Adalah satu je gambar kenangan kandungan saya..

Walaupun baru berusia 10 minggu tapi saya rasa seperti dia telah ada dalam hidup saya.. Saya dah mula sayang dan gembira bila nampak degupan jantung dia pada mesin scan hari tu..

Jika nak fikirkan kesedihan, memanglah saya sedih tapi saya tak mahu memikirkannya. Dalam keadaan yang masih berpantang, saya tak mahu terlalu ikutkan perasaan.. Saya tak mahu menangis dan stress.. Syukur Alhamdulillah saya dapat menerima ujian Allah ini..

Alhamdulillah...

Sunday, September 25, 2011

Ujian dari Allah SWT..

Salam..

Dalam kegembiraan menyambut Syawal, ade sedikit ujian Allah berikan kepada kami sekeluarga.. Alhamdulillah syukur, ujian itu dapat kami lalui dengan tabah Insyaallah..

Sabtu 17 September 2011 yang lepas saya telah keguguran ketika kandungan berusia 11 minggu.. saya di tahan di wad Hospital Putrajaya selama satu malam dan keesokannya saya telah menjalani prosedur cuci rahim bagi membersihkan lebihan uri yang tertinggal.. Sakitnya sama seperti melahirkan anak.. Alhamdulillah berkat usaha doktor, kasih sayang suami dan sokongan keluarga saya telah dapat laluinya..

Saya terima ujian ini sebagai ingatan dan kasih sayang Allah SWT kepada saya. Semoga ujian ini akan mengingatkan kami untuk lebih menghargai keluarga, rezeki dan harta yang kami sedia miliki..

Keguguran ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus melahirkan insan ke muka bumi ini. Insyaallah..

Tuesday, September 6, 2011

ubahsuai pembalut coklat kitkat

Salam..

Setelah menyambut Syawal dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran, kini saya dalam mood persediaan untuk majlis hari jadi Daniel yang ke 3..

Adelah sikit-sikit idea untuk majlis tu. Yang ni adalah bar coklat kitkat yang saya ubahsuai supaya jadi lebih menarik.. hehehe..

Coklat kitkat kecik ni harganya RM 1.40 satu.. Untuk di berikan kepada budak-budak yang datang


Tanggalkan pembalut luar kitkat ni.

Ukurkan saiz pembalut kitkat pada pembalut hadiah atau apa-apa kertas yang sesuai..


Potongkan ikut saiz pembalut asal.

Balut pada coklat dan gamkan


Tadaaaaa!! dah jadi..

buat banyak-banyak sampai habis

siap..
Banyak lagi yang saya rancang untuk persediaan hari jadi Daniel nanti.. tapi nantilah kita cerita yek..