Salam...
Harus dihari lahir ke 28 ni boleh pulak rasa touching2 kan..
Sms dari Abah :
"Emak rasa sangat sakit, abah bawa emak ke hospital. hati Abah gelisah dan tertanya tanya. Tak lama kemudian Abah tersenyum lebar. Itu cerita 28 tahun dulu bila Abah dapat tahu Abah dapat seorang anak perempuan dan Abah namakan Nor Idayuhanis. Selamat hari jadi ke 28 tahun. Dari Abah dan Mak."
Saya selaku seorang yang gembeng haruslah touching dan menitik air mata ye kawan-kawan.. terharu la katakan..
Bos pun belanja makan dan bagi kad birthday warna pink.. Zana pun bagi Mug hijau besar gila macam gayung. Kak Sara + Kak Sarina + Nik + Zana (sekali lagi) bagi kek dari secret recipe..
Touching tak?? yer la, orang veteran cam ni memang la cepat toucing.. syukur Alhamdulillah..
Thursday, July 19, 2012
Monday, July 2, 2012
Pening kepala dan tak de selera..
Salam..
Adoi.. dah berapa hari dah kepala ni duk meragam... hanyut jer rasanya.. tido lagi lah rasa tak best, macam tengah bepusing-pusing jer rasanya..
Selera makan pun makin kurang... Bila sampai time makan mesti hati jadi risau.. Nak makan ape lah ni, tengok makanan pun jadi tak de selera. Tapi kena makan jugak takut nanti masuk angin kus-kus lagi lah rasa gastrik macam nak muntah bagai.. Tengok ayam, rasa geli. Tengok daging rasa tak selera, tengok ikan rasa pelik, tengok sotong ngan udang pun rasa nak geleng2 kepala ni..
Dalam kepala dan tekak ni rasa nak makan cream puff tapi nak yang saya masak sendiri. Tapi tengok dapur pun rasa nak berpusing masuk bilik baring terus pejam mata... Tak de mood yang amat. Nak makan roti pun nak yang masak sendiri. Nak makan sambal tumis pun yang sendiri masak juga. Nak makan mee goreng pun tak nak yang beli di kedai.. Nak makan sup sayur tapi tak nak yang orang lain masak.. Macam mana nak makan kalau tengok jer dapur terus rasa mim alif lam sim terus giveup..
Dah payah sangat nak makan mulalah masuk angin kepala dan perut tu.. terus rasa gastrik cam nak pitam.. sendawa atas bawah tak payah lah cakap bersepah-sepah.. Segan lah dibuatnya..

Thursday, June 28, 2012
DOAKAN KESIHATAN NUR AISYAH BINTI ABU BAKAR..
Ya Allah, sesungguhnya Kaulah tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Tuhan yang maha menyembuh penyakit.. Ku pohon kau pinjamkanlah kembali nikmat kesihatan sahabatku Ecah... Kau berilah peluang untuk hamba Mu yang amat memerlukan ehsanMu itu agar dia dapat terus menyembah Mu dan mencurahkan kasih sayangnya kepada suami, anak-anaknya serta seluruh kaum keluarganya.. Amin..
---------------------------------------------------------------------------------------------------
*Ecah... tak ada apa yang mampu aku buat untuk tolong kau Ecah, cuma aku harap doa aku ni akan dimakbulkan Allah SWT..
Salam...
Kepada kawan-kawan yang terbaca entri saya ni, saya mohon doakanlah yang terbaik untuk Ecah.. Ecah mengidap kanser kelenjar dan sekarang berada di tahap 4. Apa yang paling menyedihkan saya, adiknya iaitu Arfah berpesan kepada kawan-kawan Ecah yang ingin melawat Ecah bolehlah datang sekarang di Hospital Besar Melaka..
| Masa kami melawat Ecah di HUKM. Ecah sempat lagi bertanya bila Maya nak kahwin.. |
| Saya dan Ecah.. boleh lagi tersenyum macam biasa.. |
Kami sama-sama menari zapin dengan Gmud, Ecang, Radin, Zura, Noni dan Adib semasa join kelab Kebudayaan. Dia jugak Setiausaha Persatuan Jabatan Perdagangan.. Ecah ni jenis yang ceria dan suka melawak.. Walaubagaimanapun dia alim dan tak tinggal sembahyang.. Kalau jalan-jalan ke Pekan PD, memang tak sah kalau tak singgah sembahyang dulu bila dh masuk waktu..
Di dalam kelas kami, Ecah di antara pelajar yang selalu mendapat keputusan cemerlang.. Tak dapat dinafikan Ecah mudah cemburu kalau ada kawan-kawan yang mendapat keputusan yang lebih baik dari dia. Sebab tu lah Ecah sangat kuat belajar dan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.. Ecah jugak mendapat Anugerah Ketua Jabatan setiap semester (sebab markah melebih 3.5) dan masa tamat pelajaran dia mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang.
Pernah sekali saya tanya kepada sorang kawan lelaki kelas kami diantara semua perempuan dalam kelas tu siapa yang paling cantik dan dia cakap Ecah lah yang paling cantik.. Kembang tersipu-sipu ecah time tu..
Semasa kawan kami Noza kawin (ketika itu kami baru semester 2), kami berdua menaiki bas dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk pergi ke kenduri kahwin Noza.. masa balik ayah Noza hantarkan Ecah, saya, Ecang dan Zehan sampai ke Stesyen Komuter Rawang dan kami naik komuter ke Seremban. Kami sampai di Seremban terlalu lewat kira-kira jam 10 malam dan masa tu dh tak ada teksi dan bas untuk balik Melaka.. takut sangat time tu sebab stesyen bas Seremban pun dah gelap. Takut jugak kalau kami terpaksa tunggu dari malam sampai pagi kat stesyen bas tu atau kami terpaksa tidur di surau (itu pun kalau surau tak berkunci).. Nasib baik Ecah ada sorang pakcik yang tinggal di Seremban.. Pakcik Ecah tu bujang lagi dan bekerja sebagai pensyarah.. Nasib baik jugak pakcik Ecah tinggal sorang dan bukan berkongsi di rumah bujang.. Malam tu selamat kami tidur di rumah pakcik Ecah dan pagi-pagi pakcik Ecah hantar kami ke stesyen bas Seremban...
Ecah berkahwin masa berumur 22 tahun (jika saya tak salah).. Masa tu saya dan rakan-rakan baru lagi bekerja sebagai Pembantu Khas di Putrajaya. Ecah pula bekerja di Majlis Perbandaran Alor Gajah sebagai Pembantu Khas juga. Kami menyewa sebuah kereta wira dan pergi ke rumah Ecah sehari sebelum Majlis. Saya bersama Radin, Adib, Nisa, Noni dan Zehan kesemuanya. Saya yang memandu ketika itu kerana saya seorang sahaja yang memiliki lesen kereta. Kami tidur di rumah Ecah semalaman sebelum balik pada tengah hari esoknya (hari kenduri besar). Pada hari bersanding, Ecah kelihatan sangat cantik.. Mak andam yang makeup kan Ecah pun puji tak perlu pakaikan bulu mata palsu sebab bulu mata Ecah pun memang sdh sedia panjang.
Beberapa bulan lepas Ecah buat kimoterapi dulu, Ecah berpeluang pergi mengerjakan umrah.. Masa tu lega hati saya sebab saya ingatkan Ecah dh sembuh dan kuat untuk pergi umrah.. tak sangka lepas 2 tahun keadaan dia semakin kurang memuaskan.. Ada jugak di facebook dia letak gambar semasa jalan-jalan di Langkawi bersama suami dan anak-anak dia.
Ecah ada dua orang anak yang masih kecil. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Ecah sangat sayangkan anak-anaknya.. Bila terkenangkan anak-anak Ecah, mesti saya akan merasa sayu sangat.. Subhanallah.. Allah, semoga Kau panjangkanlah usia Ecah dan bahagiakanlah dirinya..
Ecah, aku doakan semoga kau bertemu dengan penawar untuk penyakit kau.. Aku sayang kan kau sebagai sahabat dan kakak yang selalu menasihatkan aku.. Kuatkanlah semangat Ecah, demi suami dan anak-anak kau..
Jika ada rezeki, saya ingin melawat Ecah hujung minggu ini.. Insyaallah..
Tuesday, June 5, 2012
Lama dah tak melukis, semalam cuba-cuba nak melukis..
Salam...
Semalam tengah cari bateri kamera husband terjumpa pulak water colour zaman anak dara dulu.. terus ajak Daniel main lukis-lukis..
Lupa pulak nak snap lukisan yang Daniel lukis.. Len kali la ek..
Semalam tengah cari bateri kamera husband terjumpa pulak water colour zaman anak dara dulu.. terus ajak Daniel main lukis-lukis..
![]() |
| try lukis bunga tapi tak berapa jadik.. nak lukis daun pun kertas A4 tu mcm dh kembang sangat, terus tukar kertas lain. |
![]() |
| Try lukis buah oren tapi cam buruk jer |
![]() |
| Lukis pulak buah epal sekali ada bayang -bayang.. hahah.. lawak lak tengok |
kerja patchwork (cantum tampal)
Salam...
Hai korang.. korang pernah tak tengok orang buat kerja-kerja kreatif ni? contohnya patchwork? Pecis kain kecil-kecil dijahit dan dicantumkan besama sehingga menjadi sekeping kain yang besar.. Selalunya, reka coraknya berulang dan menggunakan bentuk geometri agar mudah dicantumkan dengan sempurna. ..
Zaman nenek saya dulu orang buat parchwork ni sebab tak nak membazir cebisan kain lebihan dari buat baju.. Jadi nenek saya kumpul cebisan-cebisan kain ni dan cantumkan untuk buat sarung bantal, cadar dan alas meja. Selain itu dari patchwork ni orang selalu buat bag, baju, selimut dan macam-macam lagi.. boleh cari kat google kalau nak tahu lebih lanjut.
Saya belajar dari akak sepejabat yang tengah buatkan selimut untuk cucu dia. Jadi hari ini saya ingin menyebarluaskan lagi ilmu yang saya dapat ini dan berkongsi dengan anda.. Bak kata omputeh, sharing is caring kan..
Hexagon patchwork (Patchwork segi enam)
1) Potong kertas dalam bentuk hexagon. Untuk dapatkan bentuk hexagon boleh cari di internet yer.. ingin diingatkan, dapatkan bentuk segi enam tau bukan segi lima, bukan segi tujuh tapi segi enam.. Potong banyak banyak dan sama saiz. Pastikan panjang setiap bucu ke bucu sama supaya mudah untuk dicantum nanti.
2) Potong kain perca. Saya beli kain cotton untuk buat patchwork ni
3) Pastikan saiz kain lebih besar dari saiz kertas bentuk segi enam tadi. Dapatkan saiz yang sesuai supaya senang dijahit dan tak terbuka nanti. Kalau anda rajin, boleh potong kain ikut bentuk segi enam jugak tapi memandangkan saya ni tak berapa rajin jadi saya biarkan segi empat jer.
4) Jahitkan kain mengikut bentuk kertas tadi. Diingatkan untuk menggunakan jarum jahit saiz kecil supaya mudah menembusi kain dan kertas.
5) Lipat kemas-kemas dan jahit jelujur kasar.. tak perlu jahit rapat-rapat sebab nanti kita akan buang juga jahitan ini.
6) Jahit sehingga habis dan buat banyak-banyak.
7) Ini rupa dari sebelah depan.
8) Cantumkan kepingan-kepingan kain tadi dan jahit. Pastikan bahagian depan menghadap satu sama lain..
9) Bila dicantumkan jadi macam ni.
10) Teruskan cantum lebih banyak dan mengikut design yang anda nak.

Ok, dah siap. Tapi jangan lupa untuk potong benang jelujur kasar tadi dan buang kertas segi enam dalam cebisan kain tu.
Untuk pengetahuan anda, saya mengambil masa 3 minggu untuk cantumkan cebisan kain tu menjadi sebesar ni. Itu pun saya buat waktu lapang sementara tunggu husband datang ambil balik dari kerja atau waktu-waktu terluang.
Kalau nak tahu apa saya nak buat dengan patchwork ni, tunggu di post yang lain ya..
bye!
Update terbaru.. (13/11/2014)
Punyalah lama baru sempat bukak blog ni.. Kesian pulak kat kawan-kawan yang bertanya tentang patchwork ni.. nanti kalau berkesempatan saya akan buat update terkini tentang patchwork ni.
Ukuran segi enam kertas patchwork ni terpulang kepada diri masing-masing. Kalau nak cepat siap boleh buat besar-besar tapi kalau rasa diri tu rajin, buat lah kecik-kecik... Saya buat kecik2 je tapi last2 menyesal sendiri sebab lambat gila nak siap..
Belakang cantuman patchwork tu pulak saya akan buat tutorial lain ya!! janji-janji! betul! tak tipu! Ni tengah angkat tangan kanan ni..
Memandangkan sekarang kerja di pejabat pun banyak sampai bawak ke rumah, jadi memang tertangguh lagi patchwork ni.. Bayangkan, dah lebih 2 tahun!! Dari my baby dalam perut sampat dah nak masuk 2 tahun masil belum bergerak2.. Tapi tak Apa! demi anda, awak dan kamu di luar sana, saya berjanji akan berusaha untuk menyiapkan patchwork tu dan saya akan masukkan ke dalam blog yang hening ini!!
Monday, June 4, 2012
Harus feeling2 macam Lee Chong Wei hari ni..
Salam...
Ape ke jadahnya hari ni boleh pulak feeling2 macam pemain badminton nombor satu Malaysia hokeh! Kaki ku sakit di pergelangan kaki sebelah kiri ni haaa.. tak ingat pulak kalau ada terjatuh atau tersungkoq.. hai lah dah jalan pun terhincut2.. Harus malu kalau muka pakai bedak comel2 tapi pakai selipar jepun dan jalan pun terhincut-hincut.. hai lah kaki..

Thursday, May 24, 2012
bOSAN!!!! aDE BERuK MaK yeE tenGaH MembUrukKAn pEkerJA KerAJAan
Salam...
Pung pang pung pang!~!!! datang beruk makye jantina yang tak boleh bertelur dan beranak ke pejabat aku mengata-ngata pegawai tu tak pandai buat kerja dan orang ni menyusahkan dia sebab dh lama tak datang kerja.. Ayat dia best jer "Orang kerja kerajaan ni memang macam ni ek, buat kerja sambil lewa jer".... Perghhh kepala hotak dia la!!! Pegawai yg dia mengata tu memang banyak beban tugas tambah lagi tengah tanggung kerja pegawai lain memang lah kelam kabut sikit tapi pada aku still mantap kerja dia. Siap jugak on time bila bos mintak.. Yang kawan lagi sorang tu tak datang kerja sebab cuti bersalin 3 bulan... Ape ke bengap sangat la beruk sekor ni itu pun tak dapat pikir.. Sekarang, kerja kawan yg cuti bersalin tu dia kena buat so berjejes lah bercerita sana sini dia kena buat kerja lebih.. Tak iklas letuw.. Time gaji nak pulak ek..
Orang lain sume buat kerja lembab, dia jer buat kerja betul ikut time... perghhh!!
Itu lah kerja dia dari dulu duk melaga-lagakan orang jer...

Subscribe to:
Posts (Atom)