Salam...
Dah lama tak update blog ni.. bukan tak bukak langsung, selalu jugak bukak tapi hmmm ntahlah.. Adalah 2-3 post dalam draf tapi rasa-rasa cam tak sesuai jer kalau post kat blog.. Nanti takut timbulkan salahfaham orang lain dan rasa mcm tak sesuai.. ahhh... shohhh.. shohhh... rasa-rasa yang tak best sila pergi jauh-jauh!!
Baiklah, cerita best-best pulak..... Syukur Alhamdulillah, rezeki Allah SWT beri pada saya dan keluarga.. Insyaallah saya bakal berikan Daniel seorang adik.. Yay! seronoknyer bila fikirkan ada seorang lagi anak.. Setakat ni belum lagi ada alahan dan mabuk teruk cuma kurang selera makan dan mengantuk2 jer.. Alhamdulillah.. Masa mengandungkan Daniel dulu pun tak ada alahan teruk, jadi harap sampai 9 bulan pun menten ok mcm ni..
Memandangkan tak banyak yang saya rancang dan buat sepanjang kehamilan pertama, jadi untuk kehamilan yang kedua saya ingin merancang dan lebih bersedia.. Termasuk dalam perancagan saya adalah penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga anak mencecah 2 tahun.. Jadi banyak persediaan yang perlu saya buat sepanjang 9 bulan ni. Antaranya tengok produk-produk untuk mengepam dan menyimpan susu, belajar mengenai penyusuan susu ibu melalui kawan-kawan dan dari blog ibu-ibu yang telah berjaya. Insyaallah itulah doa dan tekad saya.. Semoga Allah SWT memakbulkannya..
Yang lain masih lagi dalam pertimbangan.