Salam...
Semalam suami ambil janin yang keguguran haritu dari Hospital Putrajaya. Sebelum ni, janin diambil untuk buat ujian makmal.. Saya pun tak tahu apa fungsinya..
Saya rasa sedih memeluk bekas berbalut plastik kuning yang suami bawa semalam.. Saya seperti mahu nangis tapi tak tahu macam mana.. Dalam keadaan masih berpantang saya tahu saya tak boleh menangis dan bersedih..
Sampai di rumah, masa tu hampir dengan waktu solat maghrib. Suami keluarkan janin bayi kami dari bekas tadi. Ya Allah.... hiba sangat hati saya bila tengok bayi tu.. Bentuk dia masih sempurna.. Warna nya kelabu kebiruan sebab dh lama berendam dalam cecair pengawet.. Saiz nya kecil sangat.. kecil dari tapak tangan. Kami cuba tengok jantina dia.. Subhanallah... sedihnya... bayi lelaki.. organ jantina dia sudah dapat dibezakan dengan jelas.. saya nampak dia sudah mempunyai telinga, hidung dan titik mata. Tangan kanan kedepan dan tangan kirinya bersentuh dada.. kakinya bersilang seperti bayi baru lahir.. Saya dapat lihat punggung dan belakang badannya sudah terbentuk.. Saya lihat pulak raut wajah dia, dagu dia juga sudah terbentuk.. hampir menitik air mata saya.. Ya Allah, saya rasa betul-betul rasa kehilangan. Saya nak ambil gambar dia tapi mak mertua saya cakap tak bagus.. Jadi saya tak ambil gambar dia.. Saya jugak terfikir kalau lain kali saya tengok gambar tu mesti saya sedih...
|
Saiznya kecik, boleh diletak di atas tapak tangan sahaja. (gambar dari google) |
|
gambar dari google |
|
Kaki dia berlipat macam ni.. (gambar dari google) |
Kami mula tertanya-tanya bagaimana nak uruskan bayi tu.. Bolehkan ditanam begitu sahaja atau perlu diuruskan seperti jenazah biasa.. Jadi, selepas solat Maghrib, suami telefon ustaz yang bekerja satu pejabat dengan dia.. Ustaz tu suruh kami bawa bayi tu ke Masjid untuk diuruskan oleh khariah masjid.
Sebelum ke masjid, saya gunting sedikit kain putih, bapa mertua saya balutkan bayi tu dan masukkan ke dalam beg kertas. Suami saya bawak beg kertas tu bersama lebihan kain putih yang ada. Sebelum bertolak, suami saya bertanya apa harus kita namakan bayi ini jika pihak khariah masjid minta untuk dinamakan. Saya betul-betul buntu sebab saya langsung tak bersedia dengan apa-apa nama.. Saya tak pasti untuk beri nama pada anak saya. Suami minta saya cepat putuskan satu nama sebab dia nak segera ke surau.. Tiba-tiba satu nama terlintas di fikiran saya. MUHAMMAD IRFAN.. saya terus sebut pada suami sambil bergenang air mata.. Tak sangka nama dia Irfan.. Sambil sebut nama dia, saya terbayang muka dia... Semakin sebak saya rasa. Saya tunggu suami balik dari masjid dari pukul 8.00 mlm. Agak lama jugak baru suami saya balik, lebih kurang pukul 10.45 mlm.
Suami saya cerita, dia pergi ke surau berhampiran dan imam di sana menyuruh suami pergi ke Masjid Semenyih sebab di surau mereka tidak menguruskan jenazah. Selesai solat Ishak suami saya pergi ke Masjid. Sampai di Masjid, jemaah sedang makan jamuan yang disediakan oleh bakal jemaah yang akan menunaikan haji.
Imam masjid memberi salam dan menegur suami saya. Suami saya terangkan masalah kami dan mintak bantuan pihak khariah masjid untuk uruskan bayi kami seperti sepatutnya.. Alhamdullillah, walaupun sudah lewat malam mereka masih sanggup membantu.. Setelah bayi kami dimandikan dan dikafankan, Pegawai yang menjaga urusan masjid membawa suami, tukang gali kubur dan beberapa orang masjid ke Tanah Perkuburan Semenyih. Bayi kami ditanam disana dan ditandakan dengan sebatang pokok puding.. Pegawai tadi menyuruh suami membuat tanda besok... Suami tanya jika perlu dinamakan bayi kami, dan ustaz tu memberi nama
Mohd Syahid sebab bayi yang lahir keguguran dikira sebagai mati syahid.. Alhamdulillah bayi kami telah selamat diuruskan seperti sepatutnya.
Menurut doktor yang melakukan ujian makmal kepada bayi kami, berdasarkan keadaan fizikal bayi itu sudah berusia lebih kurang 16 hingga 17 minggu. Namun saiz nya kecil sedikit.
Jadi, kami buat keputusan untuk namakan dia MUHAMMAD IRFAN SYAHID..
Ya Allah tabahkanlah hatiku menghadapi ujian ini. Amin..