Ya Allah, sesungguhnya Kaulah tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Tuhan yang maha menyembuh penyakit.. Ku pohon kau pinjamkanlah kembali nikmat kesihatan sahabatku Ecah... Kau berilah peluang untuk hamba Mu yang amat memerlukan ehsanMu itu agar dia dapat terus menyembah Mu dan mencurahkan kasih sayangnya kepada suami, anak-anaknya serta seluruh kaum keluarganya.. Amin..
---------------------------------------------------------------------------------------------------
*Ecah... tak ada apa yang mampu aku buat untuk tolong kau Ecah, cuma aku harap doa aku ni akan dimakbulkan Allah SWT..
Salam...
Kepada kawan-kawan yang terbaca entri saya ni, saya mohon doakanlah yang terbaik untuk Ecah.. Ecah mengidap kanser kelenjar dan sekarang berada di tahap 4. Apa yang paling menyedihkan saya, adiknya iaitu Arfah berpesan kepada kawan-kawan Ecah yang ingin melawat Ecah bolehlah datang sekarang di Hospital Besar Melaka..
Masa kami melawat Ecah di HUKM. Ecah sempat lagi bertanya bila Maya nak kahwin.. |
Saya dan Ecah.. boleh lagi tersenyum macam biasa.. |
Kami sama-sama menari zapin dengan Gmud, Ecang, Radin, Zura, Noni dan Adib semasa join kelab Kebudayaan. Dia jugak Setiausaha Persatuan Jabatan Perdagangan.. Ecah ni jenis yang ceria dan suka melawak.. Walaubagaimanapun dia alim dan tak tinggal sembahyang.. Kalau jalan-jalan ke Pekan PD, memang tak sah kalau tak singgah sembahyang dulu bila dh masuk waktu..
Di dalam kelas kami, Ecah di antara pelajar yang selalu mendapat keputusan cemerlang.. Tak dapat dinafikan Ecah mudah cemburu kalau ada kawan-kawan yang mendapat keputusan yang lebih baik dari dia. Sebab tu lah Ecah sangat kuat belajar dan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.. Ecah jugak mendapat Anugerah Ketua Jabatan setiap semester (sebab markah melebih 3.5) dan masa tamat pelajaran dia mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang.
Pernah sekali saya tanya kepada sorang kawan lelaki kelas kami diantara semua perempuan dalam kelas tu siapa yang paling cantik dan dia cakap Ecah lah yang paling cantik.. Kembang tersipu-sipu ecah time tu..
Semasa kawan kami Noza kawin (ketika itu kami baru semester 2), kami berdua menaiki bas dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk pergi ke kenduri kahwin Noza.. masa balik ayah Noza hantarkan Ecah, saya, Ecang dan Zehan sampai ke Stesyen Komuter Rawang dan kami naik komuter ke Seremban. Kami sampai di Seremban terlalu lewat kira-kira jam 10 malam dan masa tu dh tak ada teksi dan bas untuk balik Melaka.. takut sangat time tu sebab stesyen bas Seremban pun dah gelap. Takut jugak kalau kami terpaksa tunggu dari malam sampai pagi kat stesyen bas tu atau kami terpaksa tidur di surau (itu pun kalau surau tak berkunci).. Nasib baik Ecah ada sorang pakcik yang tinggal di Seremban.. Pakcik Ecah tu bujang lagi dan bekerja sebagai pensyarah.. Nasib baik jugak pakcik Ecah tinggal sorang dan bukan berkongsi di rumah bujang.. Malam tu selamat kami tidur di rumah pakcik Ecah dan pagi-pagi pakcik Ecah hantar kami ke stesyen bas Seremban...
Ecah berkahwin masa berumur 22 tahun (jika saya tak salah).. Masa tu saya dan rakan-rakan baru lagi bekerja sebagai Pembantu Khas di Putrajaya. Ecah pula bekerja di Majlis Perbandaran Alor Gajah sebagai Pembantu Khas juga. Kami menyewa sebuah kereta wira dan pergi ke rumah Ecah sehari sebelum Majlis. Saya bersama Radin, Adib, Nisa, Noni dan Zehan kesemuanya. Saya yang memandu ketika itu kerana saya seorang sahaja yang memiliki lesen kereta. Kami tidur di rumah Ecah semalaman sebelum balik pada tengah hari esoknya (hari kenduri besar). Pada hari bersanding, Ecah kelihatan sangat cantik.. Mak andam yang makeup kan Ecah pun puji tak perlu pakaikan bulu mata palsu sebab bulu mata Ecah pun memang sdh sedia panjang.
Beberapa bulan lepas Ecah buat kimoterapi dulu, Ecah berpeluang pergi mengerjakan umrah.. Masa tu lega hati saya sebab saya ingatkan Ecah dh sembuh dan kuat untuk pergi umrah.. tak sangka lepas 2 tahun keadaan dia semakin kurang memuaskan.. Ada jugak di facebook dia letak gambar semasa jalan-jalan di Langkawi bersama suami dan anak-anak dia.
Ecah ada dua orang anak yang masih kecil. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Ecah sangat sayangkan anak-anaknya.. Bila terkenangkan anak-anak Ecah, mesti saya akan merasa sayu sangat.. Subhanallah.. Allah, semoga Kau panjangkanlah usia Ecah dan bahagiakanlah dirinya..
Ecah, aku doakan semoga kau bertemu dengan penawar untuk penyakit kau.. Aku sayang kan kau sebagai sahabat dan kakak yang selalu menasihatkan aku.. Kuatkanlah semangat Ecah, demi suami dan anak-anak kau..
Jika ada rezeki, saya ingin melawat Ecah hujung minggu ini.. Insyaallah..