Friday, December 28, 2012

Mengandung

Salam...

Macam-macam perkara yang berlaku pada tubuh kita bila kita mengandung.. Ada yang mengalami alahan teruk dan ada yang mengalami alahan biasa sahaja.

Bagi saya, saya cuma alami alahan yang biasa sahaja. Alhamdulillah.. Tidak lah saya muntah-muntah teruk sehingga tak boleh berdiri langsung.. Cuma saya selalu jadi malas dan rasa berat untuk melakukan kerja..

Walaupun mengalami kencing manis ketika mengandung, Alhamdulillah kaki saya tidak bengkak dan sembab seperti ketika saya mengandung anak yang pertama dahulu.. Saya perasan, petua yang saya selalu buat ni banyak membantu.. Bila saya rasa kaki mula lenguh dan sembab, saya akan minum banyak air masak.. minum sedikit-sedikit tapi kerap.. Kemudian saya akan kerap ke tandas untuk buang air kecil.. lama-kelamaan sembab kaki akan surut dan lenguh pun berkurang.. Mungkin cara ini berkesan untuk saya tapi tak taulah berkesan untuk orang lain atau tidak.

Satu masalah ketika mengandung yang tak dapat saya selesaikan ialah HB rendah.. Setiap kali pergi ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan, paras HB saya mesti rendah.. Doktor suruh saya makan obimin dan pil iron tapi saya perasan yang badan saya amat bergantung pada ubat2 tu. Jika sehari saya tak makan ubat2 tu saya akan rasa pening, seperti hendak pitam dan mual.. Perkara ini selalu berlaku jika saya berdiri lama, tidak makan (mula masuk angin dalam perut) atau makan dan minum makanan berkafen seperti teh, kopi dan coklat.. Bila serangan berlaku, perkara pertama yang saya akan rasa adalah jantung berdenyut kuat dan laju sehingga saya dapat merasa degupan jantung bila meletakkan tapak tangan pada dada. Diikuti dengan rasa lenguh pada bahagian kaki dan pinggang. Akhir sekali saya akan merasa pening dan mual. Jika sudah pening tapi saya tak mencari tempat untuk duduk dan berehat saya akan mula rasa seperti hendak pitam, gelap pandangan dan jalan terhuyung hayang..

Ketika awal mengandung saya selalu mengalami gastrik.. saya jadi tidak berselera untuk makan sehinggakan pada bulan puasa haritu saya hanya dapat berpuasa untuk 14 hari sahaja kerana berat badan saya sudah turun 5 kilogram.. Angin, gastrik dan rasa hendak pitam dari tengahari hinggalah waktu berbuka.. Di pejabat pun tak banyak boleh saya lakukan. Saya hanya berehat dan tidur sahaja.. Sehinggalah saya mencuba produk Virgin Coconut Oil dari Catalyst, barulah gasrtik saya berkurangan sehingga sekarang saya tidak lagi mengalami gastrik.. Alhamdulillah..

Setiap orang mempunyai pengalam sendiri dan inilah pengalaman saya..

Tuesday, December 25, 2012

Kenapa.. Kenapa.. Kenapa...?

Salam...

Hari ini mari kita mendengar membaca beberapa persoalan yang sedang bermain di fikiran penulis..

1. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa..?

Tahun ni tak dapat lagi sebijik pun kalendar, diari mahupun planner??? nampaknya terpaksalah beli sendiri di kedai alatulis Family di Semenyih.

2. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa..?

Baru-baru ni buat medical chekup kat Klinik Kesihatan Putrajaya, dalam tempoh 2 minggu boleh naik berat badan sampai 2 KG... takut tak mendengarnya???

3. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa..?

Sudah mengandung masuk 8 bulan tapi ada orang cakap "Eh, mengandung ke? tak nampak macam mengandung pun. Perut kecik jer".. Mengandung 8 BULAN ya bukan 8 MINGGU....

4. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa..?

Sepanjang mengandung ni selalu mengalami kejadian HB rendah.. rasa seperti nak pengsan @ pitam ketika sedang berdiri.. rasa macam tu setiap hari.. Doktor syak saya ada Talasimia tapi bila buat blood test tak ade pulok..

5. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa..?

Mengalami kemalasan tahap melampau... Sehingga nak lipat baju pun terasa seperti satu pekerjaan yang sangat susah dikerjakan.. apakan lagi kerja mengemas rumah dan memasak...


Sekian, terima kasih.


Thursday, December 13, 2012

Sakit gigi ketika mengandung.

Salam...

Hai sahabat-sahabat dan rakan taulan yang ohsem sekalian..

Pernahkah anda merasai SAKIT GIGI??? Ada yang mengatakan sakit gigi merupakan kesakitan yang kedua paling digeruni selepas sakit bersalin. Betul ke?? Kalau korang tanya saya jawapan nya mestilah ya benar sebenar-benarnya.. Sangat sakit sehingga sakit kepala, mata, telinga, pipi, hidung dan sakit hati... Semuanya menyakitkan hati pada ketika itu.. sehingga suami lalu kat sebelah pun menyakitkan hati.. Apsal ek?? Kena pulak time tengah berdenyut-denyut sakitnya macam dicucuk-cucuk dengan jarum.. Bila datang sakit yang betul-betul kuat tu, rasa macam gigi tu kena paku dan diketuk kuat-kuat dengan tukul... sehingga membengangkan kepala.. bila datang sakit macam ni memang rasa nak tendang-tendang je dinding, kerusi dan meja..



2 minggu lepas saya kena sakit gigi.. Memang merisaukan sangat sebab bila tengah mengandung ni langsung tak boleh makan ubat tahan sakit.. Antibiotik pun tak digalakkan.. Jadi kena lah tahan je sakit tu.. Saya cuba berubat cara homeopati tapi tak berhasil jugak.. bila pergi kerja langsung tak ada semangat nak buat kerja. Asyik letak kepala atas meja sambil gosok2 pipi.. Muka pun pucat semacam, lagi pulak tak ada selera nak makan tapi sebab mengandung menggigil2 rasa lapar.. Nak makan pun tak boleh sebab sakit sangat.. Yang boleh cuma minum susu jer..

Kebetulan pulak suami out station masa tu, pergi dan balik kerja kena drive sendiri.. Sambil drive pun meleleh air mata sebab menahan sakit... Balik kerja hari kedua tu saya dah tak tahan sakit sangat dan tak sanggup sakit macam ni bila mengandung.. Saya pun pergi ke klinik gigi di Semenyih. Cuba lah usaha mana tahu doktor boleh tolong buat sesuatu atau bagi ubat yang sesuai untuk orang mengandung..



Menunggu giliran pun boleh tahan lama.. Bila sampai giliran, saya masuk jumpa dengan doktor. Seram jugak nak serah diri ni.. baring kat kerusi rawatan tu sambil tengok lampu bulat atas kepala tu memeng rasa menyeramkan.. Mungkin jugak saya ni ada fobia jumpa doktor gigi kot.. kemudian doktor pun mula lah periksa gigi saya. Doktor cakap gigi saya ada lubang kecil sebab bekas tampalan dulu dah pecah sikit dan lubang mula terjadi.. Jadi disebabkan dah terlalu lama saya biarkan, gigi dah mula reput di dalam. Jika dibiarkan lama takut gigi jadi semakin reput dan patah di dalam jika hendah dicabut kemudian. Kalau itu terjadi, pembedahan kecil terpaksa dibuat nanti.. OOOooooOOoo.. Sangat menakutkan.. Jadi doktor cadangkan saya cabut gigi pada masa itu jugak, dan ia juga tak akan membahayakan kandungan sebab kandungan saya masih belum mencapai 7 bulan.. Apa kaitan nya dengan 7 bulan, saya tak pasti dan tak sempat pulak tanya..

Bermula lah proses membius dan mencucuk sana sini.. masa tu saya memang takut sangat, jadi apa yang doktor tu buat saya tak tengok langsung.. Saya cuma pejamkan mata dan redha je... Lepas dah cucuk-cucuk bius, doktor mula test cucuk-cucuk gigi dan gusi. Dia tanya rasa sakit tak? saya jawab masih rasa sakit sikit lagi.. Jadi doktor kata dia biarkan dulu 2-3 minit supaya ubat bius tu betul2 kebaskan gusi.. Lepas tu doktor datang balik dia test lagi cucuk3 gusi dan tanya sakit atau tak.. Saya jawab saya masih rasa sakit.. Doktor tu kata mungkin tu bukan rasa sakit tapi rasa ditekan saja.. Jadi doktor mula lah kerja mengambil penyepit gigi dan dia pun pulas-pulas kiri dan kanan gigi tu... Masa tu, "AAaaarrrrrrrrr!!!" menjerit-jerit lah saya. Sakit nya bukan main lagi.. rasa menyesal yang teramat sangat.. Doktor tu tanya "rasa sakit sangat ker?" saya mengangguk2. Doktor tu pun tambah lagi cucuk ubat bius pada gusi saya.. Lepas tu dia sambung lagi pulas-pulas dan tarik-tarik gigi saya... Aduh!!!!! sakit gila rasanya.. Doktor tu pun cakap "Sabar puan sabar, gigi dah tercabut pun. Sikit jer lagi" saya pun menahan lah sikit lagi.. Akhirnya gigi tersebut telah bercerai dengan badan tuannya.. Alhamdulillah....... Tapi kesakitan saya tak terus hilang.. Doktor bersihkan kawasan gusi dan kesan lubang gigi yang dicabut tu.. ape yang dibuatnya pun ntah saya tak tau.. Rasa mcm lega baru lepas beranak.. Proses cabut gigi ni pun tak lama sangat lebih kurang 10 hingga 15 minit sahaja..



Doktor tunjukkan pada saya gigi yang telah dicabut tu.. Katanya sebab dah banyak nanah jadi bila dibius pun ubat bius tu tak berkesan lagi.. Cara yang terbaik adalah cabut gigi tu supaya nanah di dalam boleh keluar.. Doktor tu tanya saya datang dengan siapa sebab dia tak nampak pun ada sesiapa tunggu saya di luar. Saya bagi tahu saya datang seorang jadi doktor tu suruh saya berehat dulu dalam bilik rawatan tu sehingga stabil baru boleh drive balik ke rumah.. Waktu tu rasa sakit dah tak seteruk masa di pejabat siangnya, tapi rasa sakit bengkak pada gusi dan rasa kebas sebab kesan ubat bius ada lagi.. 5 minit lepas tu baru saya keluar.. Saya diberi mc 1 hari dan ubat panadol sebagai ubat tahan sakit. Doktor pesan supaya saya makan nasi terlebih dahulu sebelum makan ubat..

Balik ke rumah, saya terus sambar nasi sesenduk jer.. Bukan sebab lapar tapi sebab nak cepat2 makan ubat panadol tu.. Ada lauk ikan goreng yg mak mertua saya gorengkan tapi saya tak selera nak makan sebab isinya macam keras sikit.. Jadi saya cuma telan2 jer nasi yang digaul dengan kicap.. Lepas makan cepat2 saya telan 2 biji panadol. Daniel nak ajak saya main tapi saya langsung tak larat nak layan dia.. Saya cakap kat mak mertua yang saya tak larat sangat dan nak berehat dulu.. Nasib baik lah mak mertua saya jenis yang memahami. Dia ajak Daniel tengok kartun di ruang tamu dan saya pun berehat dalam bilik..

Lima minit lepas makan panadol, rasa sakit mula beransur baik.. Dua malam sebelumnya saya langsung tak dapat tidur lena sebab sakit, tapi malam tu saya dapat tidur lena.. Alhamdulillah sakit saya semakin berkurang.. Saya bersyukur sangat pada Allah sebab telah beri saya keberanian untuk menyelesaikan masalah sakit gigi ni.. Nak mengatasi fobia berjumpa doktor gigi ni bukan mudah tambahan pulak suami tak ada masa tu..

Empat hari selepas cabut gigi tu saya rasa bengkak di kawasan lubang gusi tak surut lagi jadi saya datang semula ke klinik gigi untuk dapatkan rawatan lanjut.. Doktor kata masih ada nanah lagi dan jangkitan kuman. Jadi doktor bersihkan kawasan lubang gusi dan masukkan antiseptik ke dalamnya..
Sekarang selepas 2 minggu gigi saya dicabut, saya rasa lega sangat.. Lubang bekas dicabut pun semakin mengecil dan pulih.. Nasib baik gigi tu di belakang jadi bila senyum pun tak perasan dia tak ada. hihii..

Jadi, kesimpulannya jika kita ada masalah jangan lah takut untuk menyelesaikannya dan hadapinya sebab bila dah selesai kita akan rasa lega sangat...

Wednesday, December 5, 2012

Satu aje boleh tak?

Salam..

Hui, lamanya tak update blog.. biasalah penyakit malas belum sembuh lagi..

Saja nak cerita ni, semalam pergi medical chekup kat klinik kesihatan Putrajaya Presint 9.. Jumpa doktor dan doktor scan baby.. saiz kepala, kaki, dan badan semuanya normal alhamdulillah.. Dijangka bersalin pada 14 Februari tahun depan.. Hahahaha.. baby valentine yek? taklah taklah.. saya tak sambut pun valentine.. Saja je..

Ok, sambil2 doktor scan baby kan, ambil kesempatan dengan malu-malu miaw tanya doktor tu boleh nampak jantina ke.. Doktor tu kata "nanti saya tengok ya..".. "ok tak ada sigh mcm telur, yang nampak macam burger je" Hehehehe suke sampai ke telinga le.. Itu lah doa saya dari mula-mula mengandung dulu supaya dikurnikan seorang anak perempuan.. Tetapi sekiraya Allah dah menentukan yg anak ini lelaki pun sudah tentu saya akan terima dengan senang hati... Setiap anak itu kan anugerah dan rezeki dari Allah, dan saya akan bergembira dengan apapun anugerah dari Allah..

Sebenarnya ini bukan kali pertama saya buat scan jantina, hari tu pergi klink Sarahana dekat Kuantan... Dekat-dekat dengan rumah mak. Jumpa Doktor Maisarah, asalnya nak buat scan 4D tapi tak boleh buat waktu tu jugak sbb kena booking tarikh dulu dan proses scan ambil masa berjam-jam.. Kalau macam tu takpe lah, jadi saya mintak dia buat scan biasa untuk tengok jantina. Doktor maisarah pun kata nampak macam perempuan.. tapi tak boleh lah pastikan 100% kan sebab semuanya kuasa Allah SWT.. (Doktor Maisarah ni sepupu saya)

Baiklah, selepas mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan, maka timbul lah di dalam hati ini perasaan untuk membeli baju-baju dan aksesori anak perempuan.. Tapi kurang disokong oleh husband sebab belum pasti lagi lelaki atau perempuan yang akan keluar nanti. Dia suruh beli baju berwarna selamat macam putih, hijau, kuning, oren dan merah..

Persoalan nya sekarang, boleh tak sekali ni je.. Satu aje, sehelai aje............. saya beli dress atau blouse untuk baby peremuan??? yer lah, semangat dah berkobar2 kan.. Terbakar aje perasaan ni bila tengok dress dan blouse yang cantik2 dan berwarna pink itu... Beli je dulu kan, kalau tak ada rezeki anak perempuan nanti saya hadiahkan lah kat kawan-kawan yang dapat anak perempuan... Boleh kan? boleh kan? heheheheee..

Nak yang gini..

Nak yang gini jugak..


Ok, dah nak dekat waktu rehat tengahari ni, nak pergi Alamanda jap.. Nak membeli baju baby lah..

Daaa...

Tuesday, September 25, 2012

mim alif lam sin

Salam..

Sungguh ku tak mampu menahan malas.. ah ha!!

Aduh... satu, dua, tiga... berbulan jugak tak update blog yer.. sah-sah lah penyakit mim alif lam sin tak sembuh2 lagi..

Perut pun dah makin besar, tentu-tentu kain baju kurung kerja tak dapat dikancing, hanya boleh zip aje... ini lah nasib badan.. oh no no! bukan saja-saja nak bagi tau dah gemuk tapi dah berisi sebenarnya.. Mestilah nak bagi adik baby untuk Daniel..

Alhamdulillah.. dah masuk 5 bulan pun saya mengandung.. tapi tak scan lagi jantina.. perut pun kecik aje.. kalau tak bagi tau memang orang cakap buncit semulajadi.. sentap tau!!

Rasa alahan mual2 dan pening dh kurang tapi selera makan belum best lagi.. tak pe lah yang penting sehat..

Dah tak tau nak cerita ape.. dah la! ok bai..

Thursday, July 19, 2012

19 Julai 1984..

Salam...

Harus dihari lahir ke 28 ni boleh pulak rasa touching2 kan..


Sms dari Abah :

     "Emak rasa sangat sakit, abah bawa emak ke hospital. hati Abah gelisah dan tertanya tanya. Tak lama kemudian Abah tersenyum lebar. Itu cerita 28 tahun dulu bila Abah dapat tahu Abah dapat seorang anak perempuan dan Abah namakan Nor Idayuhanis. Selamat hari jadi ke 28 tahun. Dari Abah dan Mak."

Saya selaku seorang yang gembeng haruslah touching dan menitik air mata ye kawan-kawan.. terharu la katakan..

Bos pun belanja makan dan bagi kad birthday warna pink.. Zana pun bagi Mug hijau besar gila macam gayung. Kak Sara + Kak Sarina + Nik + Zana (sekali lagi) bagi kek dari secret recipe..

Touching tak?? yer la, orang veteran cam ni memang la cepat toucing.. syukur Alhamdulillah..

Monday, July 2, 2012

Pening kepala dan tak de selera..

Salam..



Adoi.. dah berapa hari dah kepala ni duk meragam... hanyut jer rasanya.. tido lagi lah rasa tak best, macam tengah bepusing-pusing jer rasanya..

     Selera makan pun makin kurang... Bila sampai time makan mesti hati jadi risau.. Nak makan ape lah ni, tengok makanan pun jadi tak de selera. Tapi kena makan jugak takut nanti masuk angin kus-kus lagi lah rasa gastrik macam nak muntah bagai.. Tengok ayam, rasa geli. Tengok daging rasa tak selera, tengok ikan rasa pelik, tengok sotong ngan udang pun rasa nak geleng2 kepala ni..

   Dalam kepala dan tekak ni rasa nak makan cream puff tapi nak yang saya masak sendiri. Tapi tengok dapur pun rasa nak berpusing masuk bilik baring terus pejam mata... Tak de mood yang amat. Nak makan roti pun nak yang masak sendiri. Nak makan sambal tumis pun yang sendiri masak juga. Nak makan mee goreng pun tak nak yang beli di kedai.. Nak makan sup sayur tapi tak nak yang orang lain masak.. Macam mana nak makan kalau tengok jer dapur terus rasa mim alif lam sim terus giveup..

    Dah payah sangat nak makan mulalah masuk angin kepala dan perut tu.. terus rasa gastrik cam nak pitam.. sendawa atas bawah tak payah lah cakap bersepah-sepah.. Segan lah dibuatnya..

Thursday, June 28, 2012

DOAKAN KESIHATAN NUR AISYAH BINTI ABU BAKAR..


Ya Allah, sesungguhnya Kaulah tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Tuhan yang maha menyembuh penyakit.. Ku pohon kau pinjamkanlah kembali nikmat kesihatan sahabatku Ecah... Kau berilah peluang untuk hamba Mu yang amat memerlukan ehsanMu itu agar dia dapat terus menyembah Mu dan mencurahkan kasih sayangnya kepada suami, anak-anaknya serta seluruh kaum keluarganya.. Amin..

---------------------------------------------------------------------------------------------------


*Ecah... tak ada apa yang mampu aku buat untuk tolong kau Ecah, cuma aku harap doa aku ni akan dimakbulkan Allah SWT..


Salam...

Kepada kawan-kawan yang terbaca entri saya ni, saya mohon doakanlah yang terbaik untuk Ecah.. Ecah mengidap kanser kelenjar dan sekarang berada di tahap 4. Apa yang paling menyedihkan saya, adiknya iaitu Arfah berpesan kepada kawan-kawan Ecah yang ingin melawat Ecah bolehlah datang sekarang di Hospital Besar Melaka..



Ecah dan adiknya Arfah. Arfah adalah nurse di Hospital Besar Melaka. Gambar ni diambil dari facebook Arfah.. Saya sangat terkejut melihat keadaan Ecah.. mengalir air mata saya setiap kali melihat gambar ni..


    2 tahun lepas saya datang melawat Ecah di HUKM dan dia baru lagi buat kimoterapi pertama.. Pada masa tu keadaan dia seperti selalu yang kami kenal dia. Cuma badanya kurus sedikit.  Masih lagi ramah berceloteh dan buat lawak.. cuma dia meluahkan kepada kami yang dia sangat-sangat rindukan anak-anaknya yang terpaksa ditinggalkan bersama emak mertuanya di Melaka..



Masa kami melawat Ecah di HUKM. Ecah sempat lagi bertanya bila Maya nak kahwin..


Saya dan Ecah.. boleh lagi tersenyum macam biasa..
     Ecah merupkan salah seorang sahabat baik saya semasa saya belajar di Politeknik Port Dickson dalam bidang Sains Kesetiausahaan.. Kami tinggal sebilik semasa di semester 4. Banyak kenangan pahit manis kami dan kawan-kawan semasa di Politeknik dulu..

    Kami sama-sama menari zapin dengan Gmud, Ecang, Radin, Zura, Noni dan Adib semasa join kelab Kebudayaan. Dia jugak Setiausaha Persatuan Jabatan Perdagangan.. Ecah ni jenis yang ceria dan suka melawak.. Walaubagaimanapun dia alim dan tak tinggal sembahyang.. Kalau jalan-jalan ke Pekan PD, memang tak sah kalau tak singgah sembahyang dulu bila dh masuk waktu..

    Di dalam kelas kami, Ecah di antara pelajar yang selalu mendapat keputusan cemerlang.. Tak dapat dinafikan Ecah mudah cemburu kalau ada kawan-kawan yang mendapat keputusan yang lebih baik dari dia. Sebab tu lah Ecah sangat kuat belajar dan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.. Ecah jugak mendapat Anugerah Ketua Jabatan setiap semester (sebab markah melebih 3.5) dan masa tamat pelajaran dia mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang.

    Pernah sekali saya tanya kepada sorang kawan lelaki kelas kami diantara semua perempuan dalam kelas tu siapa yang paling cantik dan dia cakap Ecah lah yang paling cantik.. Kembang tersipu-sipu ecah time tu..

    Semasa kawan kami Noza kawin (ketika itu kami baru semester 2), kami berdua menaiki bas dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk pergi ke kenduri kahwin Noza.. masa balik ayah Noza hantarkan Ecah, saya, Ecang dan Zehan sampai ke Stesyen Komuter Rawang dan kami naik komuter ke Seremban. Kami sampai di Seremban terlalu lewat kira-kira jam 10 malam dan masa tu dh tak ada teksi dan bas untuk balik Melaka.. takut sangat time tu sebab stesyen bas Seremban pun dah gelap. Takut jugak kalau kami terpaksa tunggu dari malam sampai pagi kat stesyen bas tu atau kami terpaksa tidur di surau (itu pun kalau surau tak berkunci).. Nasib baik Ecah ada sorang pakcik yang tinggal di Seremban.. Pakcik Ecah tu bujang lagi dan bekerja sebagai pensyarah.. Nasib baik jugak pakcik Ecah tinggal sorang dan bukan berkongsi di rumah bujang.. Malam tu selamat kami tidur di rumah pakcik Ecah dan pagi-pagi pakcik Ecah hantar kami ke stesyen bas Seremban...

    Ecah berkahwin masa berumur 22 tahun (jika saya tak salah).. Masa tu saya dan rakan-rakan baru lagi bekerja sebagai Pembantu Khas di Putrajaya. Ecah pula bekerja di Majlis Perbandaran Alor Gajah sebagai Pembantu Khas juga. Kami menyewa sebuah kereta wira dan pergi ke rumah Ecah sehari sebelum Majlis. Saya bersama Radin, Adib, Nisa, Noni dan Zehan kesemuanya. Saya yang memandu ketika itu kerana saya seorang sahaja yang memiliki lesen kereta. Kami tidur di rumah Ecah semalaman sebelum balik pada tengah hari esoknya (hari kenduri besar). Pada hari bersanding, Ecah kelihatan sangat cantik.. Mak andam yang makeup kan Ecah pun puji tak perlu pakaikan bulu mata palsu sebab bulu mata Ecah pun memang sdh sedia panjang.

    Beberapa bulan lepas Ecah buat kimoterapi dulu, Ecah berpeluang pergi mengerjakan umrah.. Masa tu lega hati saya sebab saya ingatkan Ecah dh sembuh dan kuat untuk pergi umrah.. tak sangka lepas 2 tahun keadaan dia semakin kurang memuaskan.. Ada jugak di facebook dia letak gambar semasa jalan-jalan di Langkawi bersama suami dan anak-anak dia.

    Ecah ada dua orang anak yang masih kecil. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Ecah sangat sayangkan anak-anaknya.. Bila terkenangkan anak-anak Ecah, mesti saya akan merasa sayu sangat.. Subhanallah.. Allah, semoga Kau panjangkanlah usia Ecah dan bahagiakanlah dirinya..

   Ecah, aku doakan semoga kau bertemu dengan penawar untuk penyakit kau.. Aku sayang kan kau sebagai sahabat dan kakak yang selalu menasihatkan aku.. Kuatkanlah semangat Ecah, demi suami dan anak-anak kau..

    Jika ada rezeki, saya ingin melawat Ecah hujung minggu ini.. Insyaallah..

Tuesday, June 5, 2012

Lama dah tak melukis, semalam cuba-cuba nak melukis..

Salam...

Semalam tengah cari bateri kamera husband terjumpa pulak water colour zaman anak dara dulu.. terus ajak Daniel main lukis-lukis..



try lukis bunga tapi tak berapa jadik.. nak lukis daun pun kertas A4 tu mcm dh kembang sangat, terus tukar kertas lain.



Try lukis buah oren tapi cam buruk jer



Lukis pulak buah epal sekali ada bayang -bayang.. hahah.. lawak lak tengok
Lupa pulak nak snap lukisan yang Daniel lukis.. Len kali la ek..

kerja patchwork (cantum tampal)

Salam...

     Hai korang.. korang pernah tak tengok orang buat kerja-kerja kreatif ni? contohnya patchwork? Pecis kain kecil-kecil dijahit dan dicantumkan besama sehingga menjadi sekeping kain yang besar.. Selalunya, reka coraknya berulang dan menggunakan bentuk geometri agar mudah dicantumkan dengan sempurna. ..

     Zaman nenek saya dulu orang buat parchwork ni sebab tak nak membazir cebisan kain lebihan dari buat baju.. Jadi nenek saya kumpul cebisan-cebisan kain ni dan cantumkan untuk buat sarung bantal, cadar dan alas meja. Selain itu dari patchwork ni orang selalu buat bag, baju, selimut dan macam-macam lagi.. boleh cari kat google kalau nak tahu lebih lanjut.

     Saya belajar dari akak sepejabat yang tengah buatkan selimut untuk cucu dia. Jadi hari ini saya ingin menyebarluaskan lagi ilmu yang saya dapat ini dan berkongsi dengan anda.. Bak kata omputeh, sharing is caring kan..

Hexagon patchwork (Patchwork segi enam)

1) Potong kertas dalam bentuk hexagon. Untuk dapatkan bentuk hexagon boleh cari di internet yer.. ingin diingatkan, dapatkan bentuk segi enam tau bukan segi lima, bukan segi tujuh tapi segi enam.. Potong banyak banyak dan sama saiz. Pastikan panjang setiap bucu ke bucu sama supaya mudah untuk dicantum nanti.


2) Potong kain perca. Saya beli kain cotton untuk buat patchwork ni

3) Pastikan saiz kain lebih besar dari saiz kertas bentuk segi enam tadi. Dapatkan saiz yang sesuai supaya senang dijahit dan tak terbuka nanti. Kalau anda rajin, boleh potong kain ikut bentuk segi enam jugak tapi memandangkan saya ni tak berapa rajin jadi saya biarkan segi empat jer.

4) Jahitkan kain mengikut bentuk kertas tadi. Diingatkan untuk menggunakan jarum jahit saiz kecil supaya mudah menembusi kain dan kertas.

5) Lipat kemas-kemas dan jahit jelujur kasar.. tak perlu jahit rapat-rapat sebab nanti kita akan buang juga jahitan ini.

6) Jahit sehingga habis dan buat banyak-banyak.

7) Ini rupa dari sebelah depan.

8) Cantumkan kepingan-kepingan kain tadi dan jahit. Pastikan bahagian depan menghadap satu sama lain..

9) Bila dicantumkan jadi macam ni.

10) Teruskan cantum lebih banyak dan mengikut design yang anda nak.


Ok, dah siap. Tapi jangan lupa untuk potong benang jelujur kasar tadi dan buang kertas segi enam dalam cebisan kain tu.

Untuk pengetahuan anda, saya mengambil masa 3 minggu untuk cantumkan cebisan kain tu menjadi sebesar ni. Itu pun saya buat waktu lapang sementara tunggu husband datang ambil balik dari kerja atau waktu-waktu terluang. 

Kalau nak tahu apa saya nak buat dengan patchwork ni, tunggu di post yang lain ya..

bye!

Update terbaru.. (13/11/2014)

Punyalah lama baru sempat bukak blog ni.. Kesian pulak kat kawan-kawan yang bertanya tentang patchwork ni.. nanti kalau berkesempatan saya akan buat update terkini tentang patchwork ni.

Ukuran segi enam kertas patchwork ni terpulang kepada diri masing-masing. Kalau nak cepat siap boleh buat besar-besar tapi kalau rasa diri tu rajin, buat lah kecik-kecik... Saya buat kecik2 je tapi last2 menyesal sendiri sebab lambat gila nak siap.. 

Belakang cantuman patchwork tu pulak saya akan buat tutorial lain ya!! janji-janji! betul! tak tipu! Ni tengah angkat tangan kanan ni..

Memandangkan sekarang kerja di pejabat pun banyak sampai bawak ke rumah, jadi memang tertangguh lagi patchwork ni.. Bayangkan, dah lebih 2 tahun!! Dari my baby dalam perut sampat dah nak masuk 2 tahun masil belum bergerak2.. Tapi tak Apa! demi anda, awak dan kamu di luar sana, saya berjanji akan berusaha untuk menyiapkan patchwork tu dan saya akan masukkan ke dalam blog yang hening ini!!

Monday, June 4, 2012

Harus feeling2 macam Lee Chong Wei hari ni..

Salam...

Ape ke jadahnya hari ni boleh pulak feeling2 macam pemain badminton nombor satu Malaysia hokeh! Kaki ku sakit di pergelangan kaki sebelah kiri ni haaa.. tak ingat pulak kalau ada terjatuh atau tersungkoq.. hai lah dah jalan pun terhincut2.. Harus malu kalau muka pakai bedak comel2 tapi pakai selipar jepun dan jalan pun terhincut-hincut.. hai lah kaki..

Thursday, May 24, 2012

bOSAN!!!! aDE BERuK MaK yeE tenGaH MembUrukKAn pEkerJA KerAJAan

Salam...

Pung pang pung pang!~!!! datang beruk makye jantina yang tak boleh bertelur dan beranak ke pejabat aku mengata-ngata pegawai tu tak pandai buat kerja dan orang ni menyusahkan dia sebab dh lama tak datang kerja.. Ayat dia best jer "Orang kerja kerajaan ni memang macam ni ek, buat kerja sambil lewa jer".... Perghhh kepala hotak dia la!!! Pegawai yg dia mengata tu memang banyak beban tugas tambah lagi tengah tanggung kerja pegawai lain memang lah kelam kabut sikit tapi pada aku still mantap kerja dia. Siap jugak on time bila bos mintak.. Yang kawan lagi sorang tu tak datang kerja sebab cuti bersalin 3 bulan... Ape ke bengap sangat la beruk sekor ni itu pun tak dapat pikir.. Sekarang, kerja kawan yg cuti bersalin tu dia kena buat so berjejes lah bercerita sana sini dia kena buat kerja lebih.. Tak iklas letuw.. Time gaji nak pulak ek..

Orang lain sume buat kerja lembab, dia jer buat kerja betul ikut time... perghhh!!

Itu lah kerja dia dari dulu duk melaga-lagakan orang jer...

Wednesday, May 2, 2012

Rumah Mak, Abah dan kami...

Salam..

Sabtu dan Ahad lepas kitaorang balik ke rumah mak abah di Kuantan.. Semangat mak meluap-luap nak tunjukkan rumah yang dia baru buat kat tanah kebun di Jaya Gading, Kuantan. Jadi, sepanjang hari Sabtu kami habiskan masa kat rumah baru sambil buat bbq..

Sebenarnya bukan rumah besar pun.. Rumah kecik yg mak buat guna duit pencen dia.. kecik jer cuma 1 bilik tidur.. Ada duit lagi nanti mak besarkan lagi.. setakat ni belum ada elektrik dan air. Mujur abah ada generator kecik dapatlah pasang kipas untuk tiup api ayam bakar.. Air pulak kitaorang ambil dari perigi lama depan rumah tu.. rancangnya nak tutup perigi tu dan gali perigi lain sebab kedudukannya sangat tak sesuai.. Betul-betul depan branda rumah.. Mak seronok dapat bina rumah sendiri sebab jauh dari bising dan orang ramai.. Nak karaoke tengah malam buta pun tak jadi masalah sebab jiran pun jauh-jauh.. Petang-petang dapat duduk lepak kat branda sambil minum nescafe dan makan goreng pisang.. Tak pun menyapu daun-daun kering kat halaman sambil tunggu masuk waktu maghrib.. Aktiviti orang tua-tua kat kampung macam tu lah... Tapi belum dapat pindah lagi memandangkan rumah tu kecik sangat dan barang-barang kat rumah mak sekarang banyak sangat.. kena besarkan rumah tu 2 kali ganda lagi baru boleh sumbat segala harta karun mak..



Rumah mak dari depan.. kecik jer. tapi boleh tahan hasil buatan tukang rumah ni.. kemas lah...


Ini pandangan dari dapur rumah..


Ayam yang siap di perap dengan madu.. Resepi istimewa dari long


Ayam bakar panas-panas..


tukang bakar buat aksi panas.


tukang bakar yang kepanasan..


Sedap sehingga menjilat jari.. Tak main lah duk makan dalam rumah, panas bebeno.. kipas dok tiup ke ayam, orang pulak kepanasan.

Yang paling seronok tentulah Daniel.. jarang-jarang dia dapat keluar rumah main tanah.. Hari ni dapat berlari main rumput, ranting kayu buat pedang dan memancing dengan Ayah Su dia.. Biasanya kat rumah dia memancing pakai pancing permainan jer.. kesian budak kecik tu..


Menonton aksi bapaknya masak ayam..

Pergi memancing ikan dengan Ayah Su dia.. Dapat pulak ikan haruan besar.. Sape nak makan ni??


Yang lawaknya, masa dia sibuk angkat batang pancing ni untuk bergambar, dia terlebih hayun batang pancing.. Ikan tu melayang kena muka dia.. Hahahaha.. lawak tol tengok dia teperanjat masa tu..
 Kebetulan semua dh ada ni, Long bawak balik ehem baru dia.. Nak kenalkan dengan keluarga la gamok nyer tu.. Shikin namanye.. Suke ati awok le.. janji bahagia..


Ehem-ehem long..
Hujung minggu yang seronok..

* Hari berkelah ni (28 April 2012), di KL ada buat perhimpunan BERSIH 3.0.. (Diari kehidupan)

Thursday, March 22, 2012

Cream Puff yg sukses

Salam...

Lama no tak jenguk2 kat blog ni.. Tak tau sebenarnya nak tulis ape..

Tapi hari ni dh ada idea..

Nak cerita pasal cream puff yang sy buat semalam.. nasib baik Suksess!! Suksess!!


Cream puff tak fotogenik



Resepi cream puff ni sy ambil Dari Myresipi.. Resepi ni senang je, asalkan gigih berusaha mesti boleh jadi..

Malam tadi lepas makan malam baru start buat. Pukul 11.30 baru siap. Tak banyak dapat. Kalau nak cuba boleh gandakan adunan.

Untuk filling dia pulak ni resepi yg saya cipta sendiri.

Inti Cream Puff

1 cawan susu segar
3 sudu gula (tambah lagi bagi yg suka manis)
2 sudu besar tepung kastad (masukkan 3 sudu susu segar dan bancuh)
2 sudu besar cream cheese (tak perlu kalau tak suka cheese/ tambah lagi kalau suka rasa cheese yg kuat)

cara-cara
1) Masukkan susu segar, cream cheese dan gula dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana
2) Kacau sentiasa. Bila mendidih, kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung kastad tadi. Kacau laju-laju. Padamkan api
3) Bila sudah likat dan sekata, baru sedia di angkat.
* Biar sejuk sedikit baru dipaipkan ke dalam puff tadi.

Daniel suka makan cream puff ni. Belum siap bakar lagi dia dh cakap "mami, nak uwe (Kuih).. Tapi dia tak suka letak kastad tengah2 tu. Dia nak makan kosong jer.. Jadi malam ni nak modified sikit resepi tu jadi manis dan tak payah letak filling kat dalam.

Selamat mencuba, daaa~

Tuesday, February 21, 2012

amalan persekitaran berkualit 5S, Bahagian Akaun, KPM.. Mari melawat meja saya dan kawasan sekeliling..

Salam...

Pada 31 Oktober 2011 lepas, Bahagian Akaun KPM telah di iktiraf sebagai jabatan yang mengamalkan 5S.
Makna bagi Akronim 5S ialah

S1- Sisih
S2- Susun
S3- Sapu
S4- Seragam
S5- Sentiasa Amal

     Proses untuk mendapatkan 5S ni bukan mudah namun tak mustahil. Kami mengambil masa lebih kurang setahun untuk betul-betul layak di beri beri iktiraf 5S. Proses yang saya rasakan paling sukar ialah proses S1 iaitu proses menyisih.. Terlalu banyak barang dan dokumen yang dirasakan perlu disimpan sedangkan ia sudah layak disisih.. Sehinggakan kerja menyisih perlu dilakukan berulang kali agar dokumen dan barang-barang yang benar-benar perlu sahaja yang disimpan..

     Proses S2 juga tak kurang mencabar.. Di sini jawatankuasa yang berkaitan perlu sama-sama berbincang dan "braistorming" untuk mendapatkan kaedah menyusun yang sesuai mengikut keperluan kerja dan jabatan.. Setiap jabatan mempunyai kaedah menyusun yang berbeza. Tiada undang-undang atau garis panduan yang tepat mengenai kaedah menyusun ini kerana penyimpanan dokumen dan barang-barang setiap jabatan adalah berlainan.. Maka, terpulang kepada jawatankuasa masing-masing untuk memutuskan cara mana yang paling sesuai digunakan.

      S3- Sapu. Setelah kerja-kerja sisih dan susun dilakukan, semua sampah, habuk dan bahan buangan perlu di sapu dari pejabat itu.. Ini lebih banyak melibatkan tugas pegawai aset.. Kami banyak melupuskan komputer rosak, almari rosak, meja rosak, dokumen yang tidak aktif dan perlu dilupuskan. Di peringkat ini, pegawai aset perlu bertindak proaktif untuk memastikan tiada lambakan barang-barang rosak dan tidak berguna di pejabat. Proses melupuskan pun perlu mengikut prosedur dan pekeliling yang telah ditetapkan dan direkodkan dengan betul.

     Bagi peringkat S4 iaitu Seragam, mesyuarat jawatankuasa induk perlu bertindak agar setiap zon mempunyai aturcara 5S yang seragam. Contohnya menyeragamkan kaedah penyimpanan fail dan surat. Di setiap zon juga, setiap individu perlu menyeragamkan kedudukan meja dan peralatan pejabat. Kesepakatan perlu diambil agar keputusan dapat dibuat dan mendapat keputusan yang dipersutujui ramai contohnya menyeragamkan agar semua kakitangan menyimpan alat tulis di dalam laci dan menyediakan sudut khas peribadi pada dinding partition masing-masing. Tiada undang-undang khas berkaitan perkara ini, semuanya perlu diputuskan melalui mesyuarat jawatankuasa masing-masing. Setiap jabatan mempunyai amalan yang berbeza-beza mengikut keperluan.

      Segala usaha ini tiada gunanya jika kita tidak mengekalkannya. Jadi S5 iaitu Sentiasa Amal perlu diterapkan.. Setiap individu dalam jabatan adalah bertanggungjawab terhadap amalan 5S yang ada di pejabat. Setiap individu perlu memastikan 5S ini diamalkan dan dengan itu persekitaran pejabat akan sentiasa selesa dan tersusun.

     Baiklah, sekarang mari kita melawat pejabat saya yang terletak di Aras 8, Blok E12, Kompleks E Putrajaya.


Ini Pejabat Setiausaha Pejabat Timbalan Ketua Akauntan (Operasi). Bilik saya ni biasa je, bagi saya less is more... 2 kerusi tu menghalang pemandangan.. nanti saya alihkan..


Nah lihat, lebih lapang. (hahaha ayat cam Indon jer).. Atas meja saya cuma ada kalendar, planner, tray surat, telefon, printer, kertas memo dan botol air.. Oh! bunga ros pink itu adalah untuk menutup wayar2 yang berselirat.. Selalu orang ingatkan bunga betul tapi sebenarnya bunga tiruan yang saya beli di Alamanda 6 tahun lepas.


Dari tepi agar lebih jelas... Itu bukan bantal busuk.. 


Di sebelah kanan sana pula ialah white board yang telah bertahun-tahun berjasa.. Memaparkan maklumat mesyuarat dan perjalanan bos dan pegawai2.. Rak putih tu saya angkut dari tempat pegawai yang telah bersara dan penggantinya belum sampai.. Tidak ketinggalan jam pink yang dibeli di Tesco, jam ini sentiasa mendahului kita lebih kurang 10 minit.

 
Maklumat rasmi yang penting saya tampal di sini.. Di kanan ialah carta organisasi KPM dan di sebelah kiri ialah carta Organisasi Bahagian Akaun.. Tidak ketinggalan kalendar kuda dan senarai nombor telefon pegawai dan kakitangan yang sering dihubungi bos.. Nombor telefon lain ada dalam buku direktori saya letak berhampiran telefon agar senang nak cari..


Ini tray surat yang ada atas meja saya.. Setiap satunya perlu dilabelkan..

Rak ini juga perlu dilabelkan.. Sebelah kiri atas adalah rujukan, tengah sampul surat dan kanan Letter Head Jabatan. Saya gunakan penutup kotak A4 dan balut dengan kertas. nampak lebih kemas. Di aras tengah pula saya letak buku-buku rujukan, novel dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, buku panduan telefon, buku panduan protokol majlis dan lain-lain. Aras bawah sekali saya letak kertas A4, kertas warna, majalah yang saya labelkan sebagai rujukan dan di dalam kotak berbunga tu barang-barang peribadi seperti cawan, milo dan biskut.


penutup kotak A4 saya balut dengan kertas.

Rak besi ini adalah rak lama yang hendak dilupuskan oleh kakitangan lain tapi saya ambil sebab masih boleh digunakan.. Saya simpan fail dan dokumen. Selain tu, kalau saya keluar tinggalkan pejabat contohnya pergi makan, saya akan kuncikan beg tangan di dalam almari ni. Lebih selamat..

Kertas untuk dikitar semula dan bakul sampah pun perlu ada parking supaya tak diletakkan sepah merata-rata..
Laci kami ada 3 tingkat. Setiap tingkat perlu dilabelkan..



Aras pertama yang belabel Rasmi kami simpan alat tulis.. Pen dan pensel saya asingkan.. Untuk cop jawatan dan tarikh saya susunkan dalam satu kotak. Stapler dan penebuk lubang pun ada tempatnya.. tali fail dan klip kertas pun saya asingkan. Gam, gunting, pembaris pendek, liquid paper, highliter dan pisau saya satukan dalam satu kotak. Kotak dan sempadan ni saya buat guna kotak tisu, kotak biskut dan kotak A4 yang saya potong dan balut menggunakan kertas warna.


Laci kedua untuk simpan dokumen berkaitan peribadi contohnya slip gaji, penyata pendapatan, Surat pengesahan jawatan, sijil dan lain-lain.

laci bawah sekali untuk simpan barang peribadi. Saya simpan berus dan ubat gigi, bedak, tabung syiling, makeup dan lain-lain..


bawah meja pulak kami buat parking untuk kasut dan slipar. Setiap kakitangan dibenarkan menyimpan 2 pasang kasut atau selipar sahaja.

Wayar kami balut dalam gelung paip agar nampak lebih kemas dan tersusun.

Setiap orang perlu ada maklumat kehadiran seperti ni.. kalau saya pergi mesyuarat atau bercuti saya akan tukarkan status disini. Maklumat kehadiran ini dibuat mengikut kretiviti zon masing-masing.


Ini ruang menunggu untuk sesiapa yang ingin berjumpa dengan bos. Diletakkan di depan bilik saya. Tak lah cantik sangat tapi boleh lah...

Ini meja bos saya..


Ini pulak tempat bos saya berehat sebentar bersama kit kat.. Ace lihat bunga pepel putih tu... itu lah bunga yg saya gubah

Ini pula kawasan seliaan saya.. terletak betul-betul di depan pintu bilik saya. Mesin faks ini di bawah tanggungjawab saya.


Ini maklumat 'person in charge'


Ini ialah panduan menggunakan mesin faks ini.. bersusah payah saya buat sendiri sambil di bantu oleh internet.. haha

Laci ini untuk simpan faks yang diterima, kertas A4 dan Kertas untuk dikitar semula.


Bahagian cermin tu saya tampalkan dengan doa melihat cermin dan pantun.


Meja perbincangan ini digunakankan kakitangan untuk berbincang dan bergossip pada waktu rehat.. (tapi jarang digunakan sebab letaknya betul-betul depan tingkap bilik bos)


Carta pergerakan pegawai.. merekodkan pergerakan pegawai bagi tempoh sebulan. Pintu sebelah tu adalah pintu bilik perbincangan.
Warna setiap butang magnet melambangkan pergerakan pegawai

Pelan lantai bilik perbincangan

Etika penggunaan bilik perbincangan
Butang untuk off dan on lampu dalam bilik perbincangan.


Peringatan untuk mereka yang menggunakan bilik perbincangan

Sudut 5S Zon Zuhrah.. Merekodkan dan mempamerkan aktiviti 5S setiap zon


Meja kerja Linda.. Sebelum balik, mesti pastikan tiada dokumen atau surat atas meja


Ini meja Fiza.. Kemas dan tersusun

Bulu Ayam dan payung disusun dan ditempatkan di kawasan khas

Fail dan dokumen di simpan dan disusun dengan kemas.

Kaunter aras 8
 
Pintu ke kawasan kaunter aras 8



Ini bunting amalan 5S kami

Ini pula bunting pengiktirafan amalan 5S di Bahagian Akaun.
     Ini sahaja gambar yang sempat saya ambil.. Walaupun kami tak dapat hadiah zon 5S tebaik tapi alhamdulillah, 5S telah berjaya di amalkan di jabatan kami.. Banyak lagi zon lain yang lebih baik dari zon kami tapi saya malu nak amik gamba..