Setiap orang ada masalah sendiri. Ada yang boleh berkongsi dan bercerita dengan orang lain dan ada yang lebih selesa untuk simpan semua masalah tu sendiri atau dikongsikan dengan orang yang paling rapat sahaja.. Begitu jugak dengan saya..
Walau pada zahirnya saya macam tak banyak masalah tapi banyak yang saya fikirkan dan risaukan dalam hidup ini.. bukan setakat suami, anak, rumah, kereta, duit, keluarga semuanya ada masalah masing-masing.. Namun hanya doa dan kesabaran yang membuatkan saya terus menerima ujian Allah SWT ini.. Alhamdulillah.. kerana saya dikurniakan anak yang sihat, baik dan mendengar kata walaupun kadang-kadang nakal.. Juga saya bersyukur kerana dikurniakan pasangan hidup yang terbaik untuk diri saya.. Syukur Alhamdulillah....
Namun kini kerisauan saya banyak tertumpu pada Emak dan Abah... Tak dapat saya ceritakan masalah rumah tangga kami kerana saya perlu menjaga aib keluarga namun kerana tertekan saya sampaikan dalam bentuk ini.. Semoga Allah memahami niat murni saya yang ingin mengubah nasib keluarga saya..
Mak dan Abah.. |
Ya Allah, sesungguhnya Kaulah tuhan yang maha pengasih dan penyayang.. Kau kasihanilah kedua ibu bapa ku ini sepertimana mereka mengasihani aku dan adik beradik ku ketika kami kecil... Juga Kau terimalah pengorbanan mereka terhadap anak-anak sebagai satu pahala dan kebaikan untuk mereka...
Kau lenyapkanlah kegusaran dalam hati mereka dan gantikan lah dengan kegembiraan yang berpanjangan.
Ya Rahman, Kau jadikanlah anak-anak sebagai harta yang paling bernilai buat mereka. Jangan lah kau membebani mereka dengan karenah anak-anak. Ku mohon Kau jadikanlah kesabaran mereka sebagai pokok yang akan membuahkan kegembiraan dan kebahagiaan.. Kau peliharalah maruah ibu bapa ku dan selamatkan lah mereka dari fitnah dan kejahatan dunia..
Ya Aziz, Kau murahkanlah rezeki ku agar aku dapat terus membantu kedua ibu bapa ku dikala mereka memerlukan.. Jauhkanlah aku dari menjadi beban kepada mereka dan jauhkanlah aku dari merisaukan hati mereka.
Ya Ghaffar, sekiranya pernah ibu dan bapa ku melakukan dosa, ku mohon Kau ampunkanlah dosa mereka. Janganlah kau hukum mereka di atas kesalahan lampau mereka. Kau terimalah taubat mereka dan jauhkanlah mereka dari api neraka..
Amin, ya rabbal alamin...