Wednesday, June 15, 2011

Karipap pertamaku...

Salam...

Betul.. Percayalah, saya buat karipap hujung minggu lepas.. Ini pertama kali saya buat keripap sejak bergelar isteri. bukan 1 jenis, 3 jenis tau.. saya buat karipap daging, karipap ayam dan temosa... Rasa dia mestilah sedap (merujuk kepada statement husband).. ahhahah.. tak percaya? tengok gamba ni..


Panas-panas baru digoreng..

Si Senah pun berkata "Alah, aku tau Nis ko beli yang frozen kan pastu ko goreng, boleh la ko cakap ko buat"
Alah Senah... Sumpah! saya yang buat Senahhh.. kalo tak caye gak saya tunjuk gambo yang mentah baru saya lepas kelim..


Tak main lah pakai acuan ni.. saya kelim picit-picit pakai jari jer.. Seni picit-picit tau..
  


Ini baru sikit je..
 
Ini inti ikan, panas-panas dalam periuk..



Ini inti ayam.. saya baru siap tumis terus snap gamba


Ini inti daging, terlebih masin jadi tambah kentang untuk kurangkan rasa masin.. isk isk macam orang baru kawin tak pandai bajet garam..

Tengok tangan yang montel tu tengah menguli tepung.. Sekarang ko dah caye Senah?
 
Tapi jangan risau... saya bukan jenis manusia yang kedekut ilmu ye Senah.. lagi pun ilmu ni ambik dari internet.. jadi saya share2 lah kat sini ek...

Resepi Karipap Pertamaku..

Inti Daging/ ayam

1 ketul dada ayam / daging (ikut suka, kalau suka banyak isi, tambah lagi) - potong kecil-kecil
2 biji kentang - dikupas kulit dan dipototng kecil-kecil
4 sudu rempah kari - dibancuh dengan 1/2 cawan air
1 tangkai daun kari
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
1 sudu asam jawa
Gula
Garam
Perasa

Bahan kisar
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
halia sebesar ibu jari

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu minyak masak.
2. Bila minyak sudah panas, tumiskan daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
3. Masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dh siap dibancuh.
4. Gaul sekali sekala supaya tak hangus di bawah. Tumis sehingga garing atau berbau wangi.
5. Masukkan asam jawa
6. Masukkan ayam/ daging dan kentang. Tutup kuali dengan penutup dan kecilkan api supaya daging dan kentang dapat masak dan empuk. Gaul sekali sekala.
7. Apabila ayam/ daging dan kentang sudah empuk, masukkan garam, gula dan perasa.. Jangan lupa rasa masakan untuk pastikan cukup masin atau manis.
8. Biarkan ayam/ daging kering dengan api kecil.
9. Bila sudah cukup kering padam api dan sejukkan dahulu sebelum mula masukkan dalam kulit karipap.


Inti temosa (serunding ikan)

5 ekor ikan kembung
1/2 biji kelapa parut
1 cawan santan
1 sudu kecil halba
3 biji bawang merah - ditumbuk sehingga lumat.
sehiris halia - ditumbuk sehingga lumat.

Cara-cara

1. ikan kembung disiang dan dibersihkan. Masukkan ikan dalam periuk dan rebus dengan 3 cawan air. Rebus sehingga isi ikan empuk atau selama lebih kurang 7 minit.
2. Asingkan isi ikan dengan tulangnya.
3. Masukkan isi ikan dalam blender dan masukkan air lebihan rebus ikan tadi. Belender sehingga isi ikan hancur. Asingkan
5. Masukkan tulang ikan ke dalam blender dan masukkan air. blender sehigga tulang ikan lumat. tapiskan tulang ikan dengan air hasil dari blender tulang ikan tadi. Ambil airnya sahaja dan buang tulang tadi.
6. Di dalam periuk, masukkan isi ikan, air dari tulang dan santan. Masak bahan-bahan sehingga sedikit kering.
7. Masukkan bawang merah, halia dan halba. Gaul rata..
8. Masukkan garam dan gula sehingga sesedap rasa.
9. Masukkan kelapa parut dan gaul sehingga rata..
10. Masak lagi sehingga sedikit kering.. Sejukkan dan sedia untuk digunakan sebagai inti temosa

Kulit karipap
2 cawan tepung gandum
2 sudu margerin
1 cawan air
1 sudu kecil garam

1. Gaulkan margerin sehingga rata ke semua tepung.
2. Campurkan garam ke dalam air
3. Masukkan sedikit air ke dalam tepung, uli sehingga rata. Masukkan lagi sedikit dan uli lagi sehingga rata.. Ulang-ulang sehingga doh tepung menjadi lembut seperti yang dikehendaki. (pastikan air dimasukkan sedikit demi sedikit dan uli supaya tak terlebih air)
4. Sedia untuk dijadikan inti karipap.

1 comment: