Thursday, August 18, 2011

Nasi ayam madu

Salam...

Baru 2 bulan mengandung dh mengidam macam-macam...

Rasanya dah lebih seminggu mengidam nak makan nasi ayam madu, haritu ada beli dari bazar ramadhan tapi tak puas hati. Ayam kecik, sup sikit, nasik tak best. Jadi, bagi mengubat sakit mengidam malam semalam saya masak nasi ayam madu idaman hati.. hohoho..



Ayam yang diperap madu dan digoreng sehingga empuk.. walaupun rupanya gelap, tapi rasanya tetap manis mengancam.
 

Sebahagian sahaja sebelum di belasah oleh kak yong yang mengidam..
 

Sup ayam dan kentang yang ditaburi dengan daun bawang dan daun sup.. Sungguh mengiurkan..
 

Tak sah kalau tak ulang tayang..




Dimakan bersama sambal cili asam limau.. Fuh..
  Alhamdulillah tertunailah hasrat untuk menikmati nasi ayam buatan sendiri. Dh abis mengidam nasi ayam cari benda lain pulak untuk mengidam.. hahah..

Resepi nasi ayam madu

Ayam madu
1/2 ekor ayam
5 cawan air
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh serbuk kunyit
5 sudu madu
1 sudu gula
1 sudu teh garam
sedikit perasa

cara-cara
1. Potongkan ayam mengikut saiz yang dikehendaki. Bersihkan
2. Rebus ayam dengan 5 cawan air selama 5 hingga 7 minit (untuk mendapatkan stok ayam)
3. Angkat dan toskan ayam
4. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kunyit, garam, gula dan perasa.
5. Perapkan bersama ayam yang telah direbus tadi.
6. Masukkan 5 sudu madu ke dalam perapan ayam. Gaul rata. Biarkan selama 1- 2 jam.
7. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. (ayam ini lebih mudah masak sebab sudah direbus)

Nasi Ayam

2 pot beras
stok ayam (hasil dari rebusan ayam tadi)
2 biji bawang putih - ditumbuk
1 batang serai - diketuk
1/2 sudu serbuk kunyit
sedikit garam dan perasa

cara-cara
1. Cuci beras sehingga bersih
2. Masukkan dalam periuk nasi. Masukkan stok ayam dan tambah lagi sedikit air supaya sesuai dengan sukatan beras.
3. Masukkan bawang putih, serai, serbuk kunyit, garam dan perasa.
4. Masak seperti biasa

Sup Ayam

Bahagian tulang ayam (cth : leher, kepak, tulang selangka dll)
2 biji kentang dikupas kulit dan dipotong
2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 rempah sup bunjut
1 sudu garam
sedikit perasa
1 biji bawang besar - dihiris halus (digoreng dalam minyak sedikit)
2 biji bawang putih - dihiris halus (digoreng dalam minyak sedikit)
sedikit hirisan daun bawang dan daun sup

cara-cara

1. Rebuskan ayam bersama 5 cawan air. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan rempah sup bunjut.
2. Masukkan kentang. Tutup periuk dan biarkan ayam dan kentang masak atau sehingga empuk.
3. Masukkan garam dan perasa. Jangan lupa rasa sup untuk pastikan cukup garam atau tak.
4. Ketika hidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Sambal Cili Asam Limau

4 biji cili besar
3 biji cili kecil -lebihkan kalau suka pedas
5 biji limau kasturi
sedikit cuka (jika tak suka cuka tak perlu masukkan)
sedikit garam
sedikit perasa

Cara-cara
1. Potongkan cili besar dan masukkan dalam blander
2. Masukkan cili kecil
3. Perahkan jus limau kasturi (tapiskan supaya biji tidak masuk sekali sbb rasanya pahit)
4. masukkan cuka, garam dan perasa
5. Blender sehingga lumat.
6. Sedia untuk dihidangkan.

1 comment:

  1. Bagusnya Anis dpt lagi memasak.. :) n congrats yer preggy kali kedua ni.. akak baru tau lepas buka blog ni.. :) wow.. dua2 PA preggy, adakah Pa sorg lg pun sama??? hehe..

    ReplyDelete