Salam...
Semalam sy berjaya pujuk husband pergi makan di Little White Cafe yg terletak di Bangi. Restoran ni sangat heaven bagi pencinta western food... Dari interior sampai ke menu yang di sediakan semuanya bertemakan western..
Sy memang tak tau keujudan cafe ni asalnya. Hari tu kawan-kawan office ajak pg makan kat Wong Solo nasi ayam penyet kat Bangi, pastu ternampak cafe ni. First time tengok hiasan kedai ni dh menarik hati.. Tapi pendamkan jer dulu. Pastu satu hari ada sorang kawan kata dia nampak Little White Cafe ni ada jual Macarons terus melonjak-lonjak hati nak pergi makan kat sana.. Pujuk punya pujuk akhirnya husband setuju nak pergi makan kat sana.
|
Pandangan dari luar.. Cafe ni dekat-dekat dengan Wong Solo atau belakang barisan bangunan kedai Aryani. |
Dari luar dah nampak dessert yang cafe ni sediakan.. Ini lah yang menarik orang untuk datang.
|
Macam-maca pilihan. Red velvet Cake, Real Chocolate Cake, Macarons, Bread Butter Pudding With Vanilla Sauce, New York Cheesecake dan macam-macam lagi. |
Bila masuk pelanggan akan nampak interior cafe ni yang sangat berlainan moodnya daripada restoran dan cafe biasa.. Pemilik, pelayan dan tukang masak di sini semuanya Melayu jadi tak ada kerisauan tentang makanan halal atau tak. Pelayannya speaking masa ambil order, mungkin nak kekalkan mood western..
|
Suasana yang tenang dengan hidangan lagu-lagu Inggeris. |
|
Gambar-gambar dari profesional photographer |
|
Sudut sebelah kanan cafe. |
|
Wajah gembira.. |
|
Lagi gembira bila orang belanja.. |
Ini air yang saya dan suami order.
|
Berries drink untuk husband dan saya order Hot Chocolate With Marshmallows. Hot Chocolate nye sedap, dan husband order combination 2 berries jus tapi tak ingat ape.. |
|
Grill Cheese Sandwich serve with Spicy Tomato Chilli Soup. Roti bakar berkeju tu sedap. Lagi lazat bila dicicah dengan sup tomato.. Sup tomato tu ada rasa masam, manis dan berempah segar. Ada potongan carrot dan pasta. |
|
Sekejap jer dah nak habis |
|
Ni pulak Vegetarian Lasagna yang di order oleh husband. Actually rasanya lebih sedap dari Beef Lagsana yang saya biasa makan. Gravy dia mengingatkan saya pada Lasagna di La Flamme, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang. |
|
Roast Chicken With Mushroom Sauce. Sayuran yang dipanggang tu sedap rasanya.. Di bawah ayam tu ada kentang tapi tak tau lah dimasak macam mana. Rasanya juga sedap. |
|
Grilled Chicken Brest With BBQ Sauce.. Husband kata sos BBQ dia tak berapa ngam dengan citarasa dia.. manis sikit .. jadi dia tak habis dada ayam ni.. |
|
Untuk dessert, kami ambil Real Chocolate Cake. Kek nya sangat tinggi dan besar. Makan 2 orang pun belum tentu habis. Jadi kami bungkus bawak balik. Rasanya manis, kek yang didalamnya padat dan ada layer nipis chocolate ganache. Diluar dan antara lapisan kek adalah krim chocolate berkeju. Rasanya ada sedikit macam milo.. Tapi AWAS!! baru makan 3 sudu dh rasa baju makin ketat.. |
|
Semasa kami ke kaunter untuk buat pembayaran, saya ternampak Decorative Gingerbread House ni... Sangat comel!! |
|
Sebelum balik, sebagai buah tangan kami beli Gingerbread Tree and Gingerbread Man. Orangnya dah kena makan tinggal pokok aje... |
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Little White Cafe. We would like to clarify your comment above, "...buat khas sempena sambutan Kristmas... " For your information, we, at Little White Cafe do not celebrate non Muslim festivities. Our deco is not for Christmas but for the Winter Season (We change our deco every 3 months to depict all four seasons: Winter, Spring, Summer, Fall). Notice the tree is a fir tree as a symbol of Winter and not decorated as a Christmas tree. The Gingerbread house does not have Christmas deco but showcases our "cafe" in a Winter atmosphere (complete with snow, a snowman and the chefs throwing snowballs). The food and offerings are what is common during this season. For example, the Winter Season offers dishes like Turkey, Gingerbread Cookies and such. What Little White Cafe is trying to do is to enable Muslims to experience and have the opportunity to savour delicious, authentic, International cuisine without worrying about it being halal or not. Thank you again for your support and wonderful comments. :-) faizah fzld
ReplyDeleteTerima kasih Puan Faezah kerana betulkan saya. Saya telah edit post ni. Anyway, good luck with your cafe
ReplyDelete