Monday, June 27, 2011

ujian..

Salam..

Pelbagai cara kita diuji, dengan kesedihan, kesusahan, kepayahan, dan kesenangan.. Namun sejauh mana kita mampu menerima ujian Nya? Sejauh mana kita mampu bersabar dan redha? Sejauh mana kita mampu untuk tidak merungut dan memberontak?

Monday, June 20, 2011

Nak kata tak ada adab kang marah pulak..

Salam...

Fuhhhh.... tarik nafas panjang-panjang dan hembus......... ~ Huhhh... Payah kalau bercakap dengan orang tak ada adab ni...

Seorang hamba Allah datang lelaju masuk pejabat aku, dah la tak ketuk atau bagi salam terus masuk meluru nak jumpa bos. Aku terus cakap "bos tengah online"... Dia tak nak dengar, terus masuk menonong dalam bilik bos.. Bos aku nampak dia terus tak jadi berbual, cakap bisik2 kat telefon dan letak telefon.. Huhhh...????

Ko tak ada akai ke nak pikir bos aku tengah telefon?? mana lah tau dia tengah berbincang perkara sulit atau rahsia besar kerajaan Malaysia??? Hahhh? hah?? ko tak boleh pikir prioriti ke?? sedangkan Big Bos pun kalau dia tengok bos aku tengah bercakap kat telefon dia akan tunggu dan tak terus masuk ikut suka hati, ni kan pulak ko yang lagi bawah dari bos aku.. Tak kira lah kalau ko fikir ko kawan kamcing kaw giler ngan bos aku pun macam adik beradik tapi kenalah hormat dia tu bos ko jugak!!!!

Pehhh... dah la tu kalau gebang ngan bos aku tak padan ngan setengah jam, nak gak temberang bos aku sampai berjam-jam-jam-jam lamanya....

Panas rasa bila orang buat aku macam tak ujud je..

Wednesday, June 15, 2011

Karipap pertamaku...

Salam...

Betul.. Percayalah, saya buat karipap hujung minggu lepas.. Ini pertama kali saya buat keripap sejak bergelar isteri. bukan 1 jenis, 3 jenis tau.. saya buat karipap daging, karipap ayam dan temosa... Rasa dia mestilah sedap (merujuk kepada statement husband).. ahhahah.. tak percaya? tengok gamba ni..


Panas-panas baru digoreng..

Si Senah pun berkata "Alah, aku tau Nis ko beli yang frozen kan pastu ko goreng, boleh la ko cakap ko buat"
Alah Senah... Sumpah! saya yang buat Senahhh.. kalo tak caye gak saya tunjuk gambo yang mentah baru saya lepas kelim..


Tak main lah pakai acuan ni.. saya kelim picit-picit pakai jari jer.. Seni picit-picit tau..
  


Ini baru sikit je..
 
Ini inti ikan, panas-panas dalam periuk..



Ini inti ayam.. saya baru siap tumis terus snap gamba


Ini inti daging, terlebih masin jadi tambah kentang untuk kurangkan rasa masin.. isk isk macam orang baru kawin tak pandai bajet garam..

Tengok tangan yang montel tu tengah menguli tepung.. Sekarang ko dah caye Senah?
 
Tapi jangan risau... saya bukan jenis manusia yang kedekut ilmu ye Senah.. lagi pun ilmu ni ambik dari internet.. jadi saya share2 lah kat sini ek...

Resepi Karipap Pertamaku..

Inti Daging/ ayam

1 ketul dada ayam / daging (ikut suka, kalau suka banyak isi, tambah lagi) - potong kecil-kecil
2 biji kentang - dikupas kulit dan dipototng kecil-kecil
4 sudu rempah kari - dibancuh dengan 1/2 cawan air
1 tangkai daun kari
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
1 sudu asam jawa
Gula
Garam
Perasa

Bahan kisar
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
halia sebesar ibu jari

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu minyak masak.
2. Bila minyak sudah panas, tumiskan daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
3. Masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dh siap dibancuh.
4. Gaul sekali sekala supaya tak hangus di bawah. Tumis sehingga garing atau berbau wangi.
5. Masukkan asam jawa
6. Masukkan ayam/ daging dan kentang. Tutup kuali dengan penutup dan kecilkan api supaya daging dan kentang dapat masak dan empuk. Gaul sekali sekala.
7. Apabila ayam/ daging dan kentang sudah empuk, masukkan garam, gula dan perasa.. Jangan lupa rasa masakan untuk pastikan cukup masin atau manis.
8. Biarkan ayam/ daging kering dengan api kecil.
9. Bila sudah cukup kering padam api dan sejukkan dahulu sebelum mula masukkan dalam kulit karipap.


Inti temosa (serunding ikan)

5 ekor ikan kembung
1/2 biji kelapa parut
1 cawan santan
1 sudu kecil halba
3 biji bawang merah - ditumbuk sehingga lumat.
sehiris halia - ditumbuk sehingga lumat.

Cara-cara

1. ikan kembung disiang dan dibersihkan. Masukkan ikan dalam periuk dan rebus dengan 3 cawan air. Rebus sehingga isi ikan empuk atau selama lebih kurang 7 minit.
2. Asingkan isi ikan dengan tulangnya.
3. Masukkan isi ikan dalam blender dan masukkan air lebihan rebus ikan tadi. Belender sehingga isi ikan hancur. Asingkan
5. Masukkan tulang ikan ke dalam blender dan masukkan air. blender sehigga tulang ikan lumat. tapiskan tulang ikan dengan air hasil dari blender tulang ikan tadi. Ambil airnya sahaja dan buang tulang tadi.
6. Di dalam periuk, masukkan isi ikan, air dari tulang dan santan. Masak bahan-bahan sehingga sedikit kering.
7. Masukkan bawang merah, halia dan halba. Gaul rata..
8. Masukkan garam dan gula sehingga sesedap rasa.
9. Masukkan kelapa parut dan gaul sehingga rata..
10. Masak lagi sehingga sedikit kering.. Sejukkan dan sedia untuk digunakan sebagai inti temosa

Kulit karipap
2 cawan tepung gandum
2 sudu margerin
1 cawan air
1 sudu kecil garam

1. Gaulkan margerin sehingga rata ke semua tepung.
2. Campurkan garam ke dalam air
3. Masukkan sedikit air ke dalam tepung, uli sehingga rata. Masukkan lagi sedikit dan uli lagi sehingga rata.. Ulang-ulang sehingga doh tepung menjadi lembut seperti yang dikehendaki. (pastikan air dimasukkan sedikit demi sedikit dan uli supaya tak terlebih air)
4. Sedia untuk dijadikan inti karipap.

Tuesday, June 14, 2011

Hero ku rebah jua..

Salam...

Muka hensem, badan sasa, tapi rebah jugak..


Ketika kejadian.. Kena paksa buat muka menderita...
Ini lah yang telah terjadi kepada hero ku.. Isnin minggu lepas dia terlantar di Hospital Putrajaya. Puncanya adalah keracunan makanan.. Pagi tu bukan main ceria dia call dari pejabat kasi tau dia makan nasi kerabu sedap.. Siap belikan sebungkus untuk heroin tersayang.. Dia makan lebih kurang pukul 9 pagi pastu pukul 10 pagi terus dia dengan 7 orang kakitangan pejabat dia berlari-lari ke tandas untuk muntah dan buang air berjamaah.. Gilers tak? Pastu si hero mintak tolong kawan dia hantar pergi ke Klinik Mediviron Putrajaya. Di klinik sempat lagi muntah sampai 3 kali.. Pastu, bila doktor cek, tekanan darah dia rendah. Doktor tulis surat untuk rujuk ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya.. Sampai di Hospital sempat lagi buang air dan muntah sampai 5 - 6 kali.. Punya lah hebat penangan nasi kerabu tu..

Biasalahkan di unit kecemasan kalau bukan kes pengsan atau kemalangan sampai darah-darah pesakit tak akan dirawat sebagai pesakit kecemasan.. jadi dari 11.30 pagi si hero menunggu, hingga pukul 3.15 petang baru dia dapat masuk.. Sampai badan dah lembik.. Lepas pegawai perubatan masukkan jarum untuk drip air kat tangan dia, pegawai tu mintak dia baring di katil wad kecemasan.. Baru lah si hero ni berjalan 2-3 langkah tiba-tiba dia rasa nak pitam... terus cemas nurse-nurse dgn pegawai-pegawai kat situ sambut dia sebelum sempat rebah kat lantai.. Dorang naikkan dia kat atas wheal chair dan baringkan dia di katil.. Jadilah hero wilcha sekejap..

Pas setengah jam masukkan air, doktor arahkan hero masuk ke wad 4A... Saya pun macam tak percaya jer hero saya kena tahan wad.. kesian kat dia.. 3 hari dia ditahan di wad, 11 botol air dimasukkan dalam badan.. Alhamdulillah nasib baik tak jadi ape-ape.. Tapi dia dapat MC sampai hari Jumaat.. boleh lah berehat sikit.. Terima kasih kepada semua Pegawai dan kakitangan Wad 4A Hospital Putrajaya di atas layanan yang superb semasa si hero berada di sana.. Tu lah sebabnya ramai orang suka dapatkan rawatan di Hospital Putarajaya... Tapi unit kecemasan sikit punya lambat lah..

Bila fikir-fikir balik macam kelakar lah pulak.. Muka hensem, badan sasa tapi rebah jugak sebab penangan NASI KERABU... taubat dah hero pasni tak nak makan nasi kerabu..

Majlis perpisahan Pn. Zaini

Salam...

Cerita lama dah, tapi baru le hari ni nak upload gamba..

Ni gamba sekitar majlis perpisahan Pn Zaini dan Pn Rahani. Nak cerita, dah tak ingat jadi kita layan gamba jer lah...

Ucapan alu-aluan dari Bos besar.. walaupun baru seminggu masuk dh boleh biasakan diri dgn anak buah.. Pn Zaini tertunduk malu.


Sama-sama meraikan majlis ini//

Pegawai-pegawai lain yang turut hadir


Pegawai-pegawai lain yang tumpang glemer.. tak ketinggalan yang gelak sakan belakang tu mungkin telah mendapat jangkitan e-coli..


Sah! memang e-coli.



Selesai sesi beri ucapan, sekarang sesi bagi-bagi hadiah pulak.. sila maklum bahawa hadiah bakul pink tersebut di gubah oleh pemilik blog ini.. hohohoo


Selepas bagi hadiah, baca doa makan pulak.. Su walaupun mengandung tapi masih kusyuk jadi ketua membaca doa.. eeh.. salah orang lain bukan Su.


Lepas baca doa, mari kita main nangis-nangis pulak.. "Anis, ambilkan saya tisu" tau dah.. tu lah ayat dia..


Oklah.. sayang jugak..

tak sanggup hadapi perpisahan..

jeng jeng jeng.....

"Aku teringin nak salam dia, untung dorang dapat salam dan peluk dia" kata abang Haizam kepada Zek.


Ni hadiah yang diterima Pn Zaini


Dan yang lain-lain ni pulak hadiah yang diterima oleh Pn Rahani.. Dalam bekas atas ni ada cincin tapi ktorg suruh dia terus pakai. Takut hilang pulak nanti.


Sesi bergambar belah petang.

Aku pun nak masuk jugak


Anak-anak kesayangan bos


Insan yang paling disayangi di sini.


 Tak lupa juga PA tersayang.