Salam..
Biasalah, semua orang ada azam dan hajat yang masih belum tercapai.. Selalunya azam tahun lepas masih belum dapat di tunaikan akan di foward pulak ke tahun ni.. Begitu jugak saya, masih banyak lagi belum tercapai dan perlu di foward tahun ini.. Kalau tak cukup semangat apa pun tak akan tercapai..
Hari ni saya tak nak cerita pasal azam tapi nak cerita pasal hajat. Bagi saya hajat berbeza dari azam sebab hajat boleh ditunaikan bila-bila dan azam perlu semangat dan kekuatan untuk ditunaikan.
Hajat yang selalu saya sampaikan pada suami namun belum tertunai lagi ialah saya nak pergi berjalan ke Kuala Terengganu.. Raya Cina tahun lepas kami rancang nak pergi ke Terengganu tapi tak kesampaian sebab saya dan suami demam panas.. Kebetulan kakak ipar dari Sabah datang, jadi untuk tak menghampakan dia kami pergi ke Melaka sahaja.. Ok lah dari duk lepak kat rumah saje.. Buat apa nak pergi Terengganu?? Sebenarnya banyak yg saya plan kalau saya pergi ke sana. Saya nak jumpa kawan lama yang tengah sarat mengandung, saya nak makan keropok losong (saya minat sangat dengan keropok losong), Nak beli baju batik sutera, nak beli tudung bawal, nak berehat tepi pantai, nak makan nasi dagang dan banyak lagi hajat lain... Sebenarnya, saya rasa berada di pantai timur seperti berada di halam kampung halaman sendiri.. Memang pun kampung saya kat Kuantan tapi setiap negeri ada keunikannya tersendiri.. Walaupun dah pernah ke Terengganu 2 tahun lepas tapi macam tak puas sebab masa suntuk sangat.
hajat saya yang lain ialah saya nak pergi IKEA. Sejak kawin cuma sekali jer saya dgn husband pergi ke IKEA. Husband SANGAT-SANGAT tak minat pergi IKEA sebab jem, susah parking, ramai orang, dan macam-macam lagi alasan dia. Jadi tahun ni saya mintak dia berjanji untuk bawak saya pergi IKEA.. Akhirnya dia setuju tapi tak tau lagi lah bila...
Selain tu, saya jugak berhajat nak ke rumah kakak ipar di Kota Kinabalu, Sabah. Kesian pulak dengan mak dan ayah mertua dah lama tinggal dengan kami di sini sampai saudara mara kata dorang dh jadi orang KL.. Seronok jugak dapat bawak dorang balik ke sabah sambil melawat rumah saudara mara. Selain tu dapat jugak beli mutiara, kristal, ikan masin, ikan bilis dan udang kering gemuk-gemuk.. Kalau sudah balik ke Sabah tu, tak sah kalau hari-hari tak makan ketam dengan udang besar... Ketam segar boleh dibeli hidup-hidup, udang pulak besar-besar macam marker pen. Pastu Ketam kakak ipar masak kari dan udang saya goreng celup tepung, pehhh bestnyer... Selain tu nak jugak beli ambuyat (sagu, makanan tradisi sabah) sebab stok ambuyat dalam peti ais dh habis.. Tak lupa jugak nak pergi Restoran Nelayan kat Bukit Padang, mesti order Prawn Butter yang sedap dan ketam kulit lembut sambil menyaksikan persembahan kebudayaan..
Itu lah antara hajat saya. Semoga semuanya tercapai Insyaallah...
Thursday, January 19, 2012
Monday, January 16, 2012
Beza tinggal di kuarters dan rumah sendiri
Salam...
Lama dah saya tak update blog ni.. Banyak betul kekangan yang menghalang. Ade banyak cerita nak tulis tapi rasa-rasa macam tak sesuai untuk dibaca orang lain.. tak pe lah, simpan dan pendam sendiri...
Hari ni saya teringin nak tulis tentang pengalaman saya tinggal di kuarters dan rumah sendiri..
Dari mula berkahwin, kami tinggal di rumah sewa yang kami sewa dari kawan sepejabat dengan bayaran RM 500 sebulan.. Rumah apartmen Putra Damai di Presint 11. Rumah tu mempunyai 3 bilik dan 1 bilik air. Rumahnya kecil namun sesuai untuk kami sebagai pasangan baru berkahwin.. Tambahan pula kami tak banyak barang.. Barang-barang dan perabot saya semasa bujang pun masih muat di rumah sewa ini..
5 bulan selepas tu saya mohon berpindah ke kuarters.. Alhamdulillah, sebulan kemudian saya dapat surat tawaran kuarters apartmen kelas G di Presint 9.. Urusan permohonan kuarters saya agak mudah kerana saya mengandung masa tu.. Rumah yang kami dapat agak luas dari rumah sewa kami. 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Biasalah, manusia susah puas dengan apa yang dia dapat.. Saya rasa dapur nya kecik sikit dan ada kaunter di dapur yang boleh nampak ruang tamu.. Jadi, segala kuali dan botol kicap kat dapur boleh nampak sampai ke ruang tamu.. Walau bagaimanapun kami hanya tinggal berdua, itu semua tak jadi masalah untuk kami..
Untuk membeli barang keperluan dapur, kami akan ke Alamanda. Bila bosan kami akan ke Tesco atau Giant di Kajang. Untuk cari restoran makan pula kami akan ke Bangi. Kami memang jarang ke Kuala Lumpur kerana tak suka dengan kesesakan lalu lintas.
Bayaran bulanan pun lebih murah jika dibandingkan dengan menyewa.. Potongan gaji saya adalah sebanyak RM330 sebulan. Tak lama selepas tu Ibu dan Bapa mertua saya tinggal bersama kami.. Jadi kami perlu beli lebih banyak perabot dan kelengkapan lain untuk keselesaan mereka.. 4 bulan selepas tinggal di rumah kuarters tu saya telah melahirkan anak saya.. Jadi, barang kami semakin bertambah.. Saya mula rasa tak selesa dengan barang yang banyak dan kesian dengan anak dan mertua.. Rumah tu seperti tak selesa buat mereka.. Saya dan suami mula terfikir untuk membeli rumah sendiri..
Disinilah bermulanya pencarian rumah kami... Pada masa tu suami saya masih belum sah jawatan jadi kami bercadang untuk membeli rumah dengan menggunakan potongan gaji saya seorang.. Pada masa tu, kelayakan pinjaman perumahan kerajaan saya adalah sebanyak RM 156,000.00.. Banyak rumah yang kami jumpa tapi jarang berkenan.. Sehinggalah kami terjumpa rumah teres setingkat di Semenyih dengan keluasan 20 x 70 kaki. Rumah tersebut ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.. Harga rumah tersebut RM 158,00.00.. Setelah berbincang, kami setuju untuk membeli rumah tersebut.. Baki RM 2000 kami bayar tunai. Jadi potongan bulanan saya sebanyak RM 774.
Saya dan suami sangat gembira dan exited nak tinggal di rumah sendiri. Macam-macam yang kami rancang untuk rumah tersebut. Kami ingin ubah suai dapur dan besarkan sehingga ke hujung longkang, bercucuk tanam di belakan rumah, ubah suai parking depan rumah, buat kabinet dapur dan macam-macam lagi. Tambahan pulak suami saya jenis pandai buat kerja-kerja pertukangan dan wiring jadi lebih senang sebab tak perlu panggil tukang untuk kerja-kerja kecil...
Selama tiga tahun kami tinggal di kuarters akhirnya impian kami untuk tinggal di rumah sendiri tercapai.. Gembira sangat sebab dapat ubah suai rumah ikut kehendak sendiri.. Kami beli lampu chandelier untuk ruang tamu, kebetulan kami terjumpa kedai jual lampu chandelier cantik yang murah di seri kembangan.. Kami jugak pasang kipas jenis kawalan jauh untuk seluruh rumah.. Lebih murah dan mudah dari pasang kipas kawalan kelajuan di dinding sebab perlu buat wiring baru.. Kipas tu kami beli di Nilai 3 (tapi lampu chandelier mahal) Selain tu kami beli set meja makan baru dan set meja makan lama kami letakkan di dapur. Sofa pun kami beli baru. Sofa lama kami jenis 3 seater tu kami mix kan dengan set sofa baru.. Walaupun tak berapa ngam kami pakai jugak sebab sayang sofa tu masih cantik dan elok..
Kawasan kejiranan kami pun milik bumiputra.. Jiran-jiran nya pun baik.. Selain itu rumah kami hanya 1 kilometer dari pekan Semenyih. Ada kemudahan stesyen bas, Ambank, Hong Leong Bank, Maybank, The Store, KFC, cuci kereta, bengkel kereta, kedai borong barang dapur, kedai borong barang plastik, kedai borong barang bakeri dan banyak lagi kedai-kedai lain. Selain itu, setiap malam Sabtu ada pasar malam di belakang The Store.. Setiap pagi Sabtu dan Ahad pula ada pasar pagi berhampiran pasar basah.. Banyak dijual sayur dan ikan, anak pokok, baju, permainan, dan lain-lain. Lebih kurang 5 minit dari Pekan Semenyih iaitu di Taman Pelangi Semenyih, Ada Tesco, Petronas, Bank Islam, restoran, bengkel kereta dan banyak lagi kedai yang lain. Jadi, semenjak tinggal di sini sangat senang untuk kami mendapatkan keperluan harian tanpa perlu ke Bandar Kajang atau Bangi.
Bila kami dah selesai berpindah, proses kemas rumah bermula, kalau dulu di kuarters ada bilik stor tapi di sini tiada, jadi bilik ketiga kami gunakan untuk simpan barang.. Barang kami terlalu banyak.. Rumah yang asalnya nampak besar mula jadi sempit. Bilik ketiga tu tak dapat digunakan langsung, hanya jadi stor semata-mata.. Terasa rugi pulak..
Sepanjang bapa mertua saya tinggal bersama kami, dia tak pernah menghadapi masalah kesihatan yg teruk.. Tapi pada bulan puasa tahun lepas dia selalu diserang astma.. Dia memang menghidap penyakit astma tapi dh lama tak diserang.. Kalau mula terasa sesak, dia akan pam ubat dan tak lama lepas tu akan sembuh.. Sejak tinggal di sini, 2 kali dia ditahan di hospital kerana serangan astma... Bila kami fikirkan, mungkin ada kaitan dengan kilang-kilang di sekitar kawasan Semenyih ni. Di sekeliling rumah kami ada kilang plastik, aluminium, perabot, cat dan banyak lagi.. Tambahan pula satu projek pembinaan kilang semi D sedang di jalankan berhampiran rumah kami..
Suami juga sering demam dan selsema. Suami banyak mengambil cuti dan MC sepanjang tahun 2011 dan ini menjejaskan prestasi kerja dia.. Kadang kala dia diserang selsema teruk sehingga sukar bernafas dan dah 4 kali sepanjang 2011 di bawa ke unit Kecemasan Hospital Putrajaya.. Namun doktor mengesahkan suami tiada masalah astma atau pun sakit jantung..
Daniel yang baru berumur 3 tahun lebih juga selalu selema.. pada bulan puasa tahun lepas Daniel di tahan di Hospital Putrajaya selama 3 hari kerana demam dan bengkak tonsil.. Sebelum dibawa ke hospital, daniel mengalami demam, batuk, selsema dan bengkak tonsil selama 3 hari dan sepanjang itu dia tiada selera makan dan tak mahu minum air sehingga badan dia diydrated.. Dia di beri drip air sebanyak 3 botol.. Kami juga di minta berjumpa dengan pakar pemakanan kanak-kanak untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan masalah berat badan Daniel yang kurang berbanding usia nya.. Semua ini menjadi kerisauan kami sekeluarga.
Kesihatan saya juga semakin menurun. Semasa saya mengandung anak kedua, saya sering demam dan mengalami tekanan darah rendah. Sehinggakan saya keguguran pada bulan September lepas. Saya juga selalu demam dan selsema sejak tinggal di sini.
Apa bila di rumah, kami hadapi masalah lain pula, bilik tidur utama iaitu bilik tidur kami tidak mempunyai tingkap.. Pelikkan???? tapi itu lah kebenaran.. Bilik kami hanya mempunyi tingkap untuk udara dan cahaya masuk dan itu pun terletak tinggi berhampiran bumbung ( bumbung tinggi 12 kaki) kami langsung tak dapat capai untuk pasang langsir cuma grill dipasang oleh tukang sebelum kami pindah masuk dulu.. Itu pun tukang pasang grill tu mengadu kena buat tangga panjang baru untuk pasang grill pada tingkap atas tu.. Terlampau tinggi, tiada tangga standard biasa yang boleh sampai. Jadi, bila waktu tengahari memang langsung tak selesa tidur di bilik tu.. Cahaya panas matahari masuk terus dan bilik jadi silau seta berbahang. Kami pernah juga berangan-angan untuk tambah pelantar di bahagian atas supaya rumah kami jadi 2 tingkat (bahagian atas untuk tempat tidur dan bawah untuk letak barang/ almari tapi tu semua menelan belanja lebih dari 30 ribu ringgit dan sepanjang renovate kami tidak boleh tinggal di sana.. Terlalu banyak masalah...
Baru-baru ni kami pergi ke rumah kakak ipar di Kuarters Presint 18, Putrajaya.. Teringat kembali kenangan lama kami semasa tinggal di kuarters dulu.. Udara lebih segar dan keadaan lebih tenang.. Tiada bau asap kilang dan debu dari projek pembangunan.. Kami mula terfikir untuk kembali tinggal di kuarters.. Kami mula mempertimbangkan baik dan buruk tinggal di kuarters dan rumah sendiri.. Demi kepentingan kesihatan kami sekeluarga, rasanya kami perlu berpindah balik ke kuarters.. Yang paling saya risaukan adalah Daniel yang kadang-kala selsema dan nampak semput.. Saya takut satu hari nanti dia akan menghidap penyakit astma jika kami tidak cuba buat sesuatu..
Kami pun tak pasti apa punca masalah kesihatan kami ni samada masalah asap dari kilang-kilang atau pun masalah air sedangkan kami telah pun menggunakan penapis air untuk kegunaan memasak dan minum... Wallahualam...
Friday, December 16, 2011
Makan malam di Little White Cafe
Salam...
Semalam sy berjaya pujuk husband pergi makan di Little White Cafe yg terletak di Bangi. Restoran ni sangat heaven bagi pencinta western food... Dari interior sampai ke menu yang di sediakan semuanya bertemakan western..
Sy memang tak tau keujudan cafe ni asalnya. Hari tu kawan-kawan office ajak pg makan kat Wong Solo nasi ayam penyet kat Bangi, pastu ternampak cafe ni. First time tengok hiasan kedai ni dh menarik hati.. Tapi pendamkan jer dulu. Pastu satu hari ada sorang kawan kata dia nampak Little White Cafe ni ada jual Macarons terus melonjak-lonjak hati nak pergi makan kat sana.. Pujuk punya pujuk akhirnya husband setuju nak pergi makan kat sana.

![]() |
| Pandangan dari luar.. Cafe ni dekat-dekat dengan Wong Solo atau belakang barisan bangunan kedai Aryani. |
Dari luar dah nampak dessert yang cafe ni sediakan.. Ini lah yang menarik orang untuk datang.
![]() |
| Macam-maca pilihan. Red velvet Cake, Real Chocolate Cake, Macarons, Bread Butter Pudding With Vanilla Sauce, New York Cheesecake dan macam-macam lagi. |
Bila masuk pelanggan akan nampak interior cafe ni yang sangat berlainan moodnya daripada restoran dan cafe biasa.. Pemilik, pelayan dan tukang masak di sini semuanya Melayu jadi tak ada kerisauan tentang makanan halal atau tak. Pelayannya speaking masa ambil order, mungkin nak kekalkan mood western..
![]() |
| Suasana yang tenang dengan hidangan lagu-lagu Inggeris. |
![]() |
| Gambar-gambar dari profesional photographer |
![]() |
| Sudut sebelah kanan cafe. |
Ini air yang saya dan suami order.
![]() |
| Berries drink untuk husband dan saya order Hot Chocolate With Marshmallows. Hot Chocolate nye sedap, dan husband order combination 2 berries jus tapi tak ingat ape.. |
![]() |
| Sekejap jer dah nak habis |
![]() |
| Roast Chicken With Mushroom Sauce. Sayuran yang dipanggang tu sedap rasanya.. Di bawah ayam tu ada kentang tapi tak tau lah dimasak macam mana. Rasanya juga sedap. |
![]() |
| Grilled Chicken Brest With BBQ Sauce.. Husband kata sos BBQ dia tak berapa ngam dengan citarasa dia.. manis sikit .. jadi dia tak habis dada ayam ni.. |
![]() |
| Semasa kami ke kaunter untuk buat pembayaran, saya ternampak Decorative Gingerbread House ni... Sangat comel!! |
![]() |
| Sebelum balik, sebagai buah tangan kami beli Gingerbread Tree and Gingerbread Man. Orangnya dah kena makan tinggal pokok aje... |
Thursday, December 1, 2011
Lama dah tak mengupdate blog..
Salam...
Lamanya dh saya tak mengupdate blog ni.. banyak cerita nak taip kat sini tapi semangat tak mai..
Semalam saya beli buku OH, MUDAHNYA BUAT BAJU KURUNG dari MPH Alamanda.. Ok, semangat baru dah datang.. Cuba-cuba nak buat baju kurung pulak dah... Doakan semoga semuanya ok! Thanks..

Thursday, October 27, 2011
Roti/ Bun Manis yang menjadi kenyataan..
Salam...
Rasa sangat seronok semalam sebab dapat masak roti dan roti tu pun cantik kembang, gebu dan lembut seperti beli di kedai bakery.. hahaha...
Resepi ni saya dapat dari jintanmanis. Orang cakap kalau kita cuba buat masakan mengikut resepi yang orang bagi dan resepi tu menjadi maknanya orang yang bagi resepi tu iklas.... Jadi saya sangat berterima kasih kepada jintanmanis kerana sudi berkongsi resepi ni.
Kalau nak tau, saya ni memang fail kalau bab masak roti dan kek ni.. memang lah tak pandai. bila saya buat roti ni menjadi terus jadi bersemangat. Pagi buat roti manis kosong, tengah hari pergi kedai jual barang bakery beli filling kacang merah petang terus buat roti inti kacang merah..
Meh kita tengok gamba pulak.
Jadi kawan-kawan, jika kita ada resepi yang best dan nak kongsikan dengan orang lain, kongsi lah dengan iklas.. Bagilah sukatan bahan-bahan yang cukup dan jangan kurangkan sana-sini. Ok daaaa
Rasa sangat seronok semalam sebab dapat masak roti dan roti tu pun cantik kembang, gebu dan lembut seperti beli di kedai bakery.. hahaha...
Resepi ni saya dapat dari jintanmanis. Orang cakap kalau kita cuba buat masakan mengikut resepi yang orang bagi dan resepi tu menjadi maknanya orang yang bagi resepi tu iklas.... Jadi saya sangat berterima kasih kepada jintanmanis kerana sudi berkongsi resepi ni.
Kalau nak tau, saya ni memang fail kalau bab masak roti dan kek ni.. memang lah tak pandai. bila saya buat roti ni menjadi terus jadi bersemangat. Pagi buat roti manis kosong, tengah hari pergi kedai jual barang bakery beli filling kacang merah petang terus buat roti inti kacang merah..
Meh kita tengok gamba pulak.
![]() |
| Sedang mengembang di dalam oven |
![]() |
| Dah siap.. Panas dan fresh.. |
![]() |
| Seronok bila tengok roti naik kembang dan gebu |
![]() |
| versi gulung pulak |
![]() |
| Ni pulak versi kacang merah |
![]() |
| Inti kacang merah ni sebelum di masak rasanya tawar, bila dah masak dalam roti, rasanya manis. |
![]() |
| gebu kan.. |
Monday, October 24, 2011
Filem Ombak Rindu..
Salam..
Haritu saya ada terbaca dalam Beautiful nara yang Filem Ombak Rindu telah menjalani pengambaran dan akan ditayangkan pada 1 Disember 2011. Filem yang diadaptasi dari novel Ombak Rindu ni akan dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani.
Apa yang membuatkan saya malas membaca novel bila saya selalu tersalah beli novel yang tak best. Contohnya cerita-cerita perempuan perasan cantik, kononnya dalam opis tu dia lah yang paling cantik. Maka berebutlah segala jantan tak kira dari bos, opis boy dan laki orang. Tak kurang jugak cerita pasal perempuan perasan Korea-korea, comel konon tapi buat lawak tak kelakar langsung, oleh sebab sifat yang macam kelakar tu, maka ramai laki berebut nak kat dia sampai tak tau nak pilih mana satu.. Ade jugak novel cerita rumah tangga tapi tak boleh terima akal, dah kawin berpuluh tahun tapi tak boleh toleransi dan paham antara suami isteri. Si suami sibuk dengan kawan-kawan dan mengadap internet dan si isteri macam budak sekolah tak pandai ambil hati suami pastu tak de kerja lain menangis jer.. huhhhh.. terus terpadam minat saya nak baca novel..
Jadi saya akan tanya kat kawan-kawan yang agak tahi novel untuk tau novel mana yang terbaik dari ladang.. Saya tak mahu lah habis duit tapi tak habis baca.. Rasanya ada 4 - 5 novel yang jadi camtu.. Duk tersusun cantik kat almari tapi saya baru baca sampai bab 3 je terus fedap.. Tak ada magnet yang tarik saya untuk mengetahui penghabisan novel tu.. Sayang, kulit dah cantik...
Antara novel yang saya suka adalah Kasih Yang Suci, Pergilah Sepi dan Ombak Rindu. Banyak lagi tapi tak ingat tajuk (biasalah bukan tahi novel sejati kan).. Novel yang selesa untuk saya baca adalah novel yang sederhana. Jalan cerita yang tak meleret-leret, ayat yang mudah difahami dan logik dengan kehidupan sebenar.. Kenapa saya rasa cerita macam ni selesa? sebab kita boleh meletakkan diri kita sebagai watak.. Memahami perasaan yang sedang dialami dan merasakan setiap tindakan yang dilakukan oleh watak relevan dan tidak bodoh serta melulu..
Jadi kepada kawan-kawan sekalian, apakah novel-novel yang best untuk dibaca? yang romantik dan relevan dengan kehidupan seharian kita.. Tak semestinya watak heroin tu perempuan paling cantik di alam semesta, cukup sekadar manis dan sopan..

Jadi, oleh kerana tak nak perkara lalu berulang lagi (saya terlepas tengok drama Nora Elena sebab selalu balik kerja lambat - jadi beli novel dan baca saja tanpa dapat feeling romantik Aaron Aziz dengan Siti Saleha) maka saya dengan semangat wajanya telah membeli novel Ombak Rindu dari MPH Alamanda Putrajaya sementara tunggu husband ambil balik kerja. Suku buku jugak sempat saya baca.. Sampai setiap hari saya jadi tahi novel (abang sulung saya panggil orang suka baca novel = tahi novel, suka main game = tahi game). Masak pizza, sementara tunggu roti masak mengadap novel depan oven, ade ke patut.. Sampai lunyai kulit novel tu terkena air. Hahaha.. Sedangkan selama ni saya bukanlah tahi novel.... Saya memang malas betul nak membaca novel lagi-lagi yang tahap Yellow Pages. Semangat tengah membara ni tak sabar nak tengok filem Ombak Rindu kat wayang dengan somi terchenta... hahahaa... Semalam tengok trailer filem Ombak Rindu kat Astro Prima, terus berazam menghabiskan novel tersebut dalam minggu ni jugak...
Apa yang membuatkan saya malas membaca novel bila saya selalu tersalah beli novel yang tak best. Contohnya cerita-cerita perempuan perasan cantik, kononnya dalam opis tu dia lah yang paling cantik. Maka berebutlah segala jantan tak kira dari bos, opis boy dan laki orang. Tak kurang jugak cerita pasal perempuan perasan Korea-korea, comel konon tapi buat lawak tak kelakar langsung, oleh sebab sifat yang macam kelakar tu, maka ramai laki berebut nak kat dia sampai tak tau nak pilih mana satu.. Ade jugak novel cerita rumah tangga tapi tak boleh terima akal, dah kawin berpuluh tahun tapi tak boleh toleransi dan paham antara suami isteri. Si suami sibuk dengan kawan-kawan dan mengadap internet dan si isteri macam budak sekolah tak pandai ambil hati suami pastu tak de kerja lain menangis jer.. huhhhh.. terus terpadam minat saya nak baca novel..
Jadi saya akan tanya kat kawan-kawan yang agak tahi novel untuk tau novel mana yang terbaik dari ladang.. Saya tak mahu lah habis duit tapi tak habis baca.. Rasanya ada 4 - 5 novel yang jadi camtu.. Duk tersusun cantik kat almari tapi saya baru baca sampai bab 3 je terus fedap.. Tak ada magnet yang tarik saya untuk mengetahui penghabisan novel tu.. Sayang, kulit dah cantik...
Antara novel yang saya suka adalah Kasih Yang Suci, Pergilah Sepi dan Ombak Rindu. Banyak lagi tapi tak ingat tajuk (biasalah bukan tahi novel sejati kan).. Novel yang selesa untuk saya baca adalah novel yang sederhana. Jalan cerita yang tak meleret-leret, ayat yang mudah difahami dan logik dengan kehidupan sebenar.. Kenapa saya rasa cerita macam ni selesa? sebab kita boleh meletakkan diri kita sebagai watak.. Memahami perasaan yang sedang dialami dan merasakan setiap tindakan yang dilakukan oleh watak relevan dan tidak bodoh serta melulu..
Jadi kepada kawan-kawan sekalian, apakah novel-novel yang best untuk dibaca? yang romantik dan relevan dengan kehidupan seharian kita.. Tak semestinya watak heroin tu perempuan paling cantik di alam semesta, cukup sekadar manis dan sopan..
Thursday, October 13, 2011
Semalam dah ambil janin dari Hospital Putrajaya..
Salam...
Semalam suami ambil janin yang keguguran haritu dari Hospital Putrajaya. Sebelum ni, janin diambil untuk buat ujian makmal.. Saya pun tak tahu apa fungsinya..
Saya rasa sedih memeluk bekas berbalut plastik kuning yang suami bawa semalam.. Saya seperti mahu nangis tapi tak tahu macam mana.. Dalam keadaan masih berpantang saya tahu saya tak boleh menangis dan bersedih..
Sampai di rumah, masa tu hampir dengan waktu solat maghrib. Suami keluarkan janin bayi kami dari bekas tadi. Ya Allah.... hiba sangat hati saya bila tengok bayi tu.. Bentuk dia masih sempurna.. Warna nya kelabu kebiruan sebab dh lama berendam dalam cecair pengawet.. Saiz nya kecil sangat.. kecil dari tapak tangan. Kami cuba tengok jantina dia.. Subhanallah... sedihnya... bayi lelaki.. organ jantina dia sudah dapat dibezakan dengan jelas.. saya nampak dia sudah mempunyai telinga, hidung dan titik mata. Tangan kanan kedepan dan tangan kirinya bersentuh dada.. kakinya bersilang seperti bayi baru lahir.. Saya dapat lihat punggung dan belakang badannya sudah terbentuk.. Saya lihat pulak raut wajah dia, dagu dia juga sudah terbentuk.. hampir menitik air mata saya.. Ya Allah, saya rasa betul-betul rasa kehilangan. Saya nak ambil gambar dia tapi mak mertua saya cakap tak bagus.. Jadi saya tak ambil gambar dia.. Saya jugak terfikir kalau lain kali saya tengok gambar tu mesti saya sedih...
Kami mula tertanya-tanya bagaimana nak uruskan bayi tu.. Bolehkan ditanam begitu sahaja atau perlu diuruskan seperti jenazah biasa.. Jadi, selepas solat Maghrib, suami telefon ustaz yang bekerja satu pejabat dengan dia.. Ustaz tu suruh kami bawa bayi tu ke Masjid untuk diuruskan oleh khariah masjid.
Sebelum ke masjid, saya gunting sedikit kain putih, bapa mertua saya balutkan bayi tu dan masukkan ke dalam beg kertas. Suami saya bawak beg kertas tu bersama lebihan kain putih yang ada. Sebelum bertolak, suami saya bertanya apa harus kita namakan bayi ini jika pihak khariah masjid minta untuk dinamakan. Saya betul-betul buntu sebab saya langsung tak bersedia dengan apa-apa nama.. Saya tak pasti untuk beri nama pada anak saya. Suami minta saya cepat putuskan satu nama sebab dia nak segera ke surau.. Tiba-tiba satu nama terlintas di fikiran saya. MUHAMMAD IRFAN.. saya terus sebut pada suami sambil bergenang air mata.. Tak sangka nama dia Irfan.. Sambil sebut nama dia, saya terbayang muka dia... Semakin sebak saya rasa. Saya tunggu suami balik dari masjid dari pukul 8.00 mlm. Agak lama jugak baru suami saya balik, lebih kurang pukul 10.45 mlm.
Suami saya cerita, dia pergi ke surau berhampiran dan imam di sana menyuruh suami pergi ke Masjid Semenyih sebab di surau mereka tidak menguruskan jenazah. Selesai solat Ishak suami saya pergi ke Masjid. Sampai di Masjid, jemaah sedang makan jamuan yang disediakan oleh bakal jemaah yang akan menunaikan haji.
Imam masjid memberi salam dan menegur suami saya. Suami saya terangkan masalah kami dan mintak bantuan pihak khariah masjid untuk uruskan bayi kami seperti sepatutnya.. Alhamdullillah, walaupun sudah lewat malam mereka masih sanggup membantu.. Setelah bayi kami dimandikan dan dikafankan, Pegawai yang menjaga urusan masjid membawa suami, tukang gali kubur dan beberapa orang masjid ke Tanah Perkuburan Semenyih. Bayi kami ditanam disana dan ditandakan dengan sebatang pokok puding.. Pegawai tadi menyuruh suami membuat tanda besok... Suami tanya jika perlu dinamakan bayi kami, dan ustaz tu memberi nama Mohd Syahid sebab bayi yang lahir keguguran dikira sebagai mati syahid.. Alhamdulillah bayi kami telah selamat diuruskan seperti sepatutnya.
Menurut doktor yang melakukan ujian makmal kepada bayi kami, berdasarkan keadaan fizikal bayi itu sudah berusia lebih kurang 16 hingga 17 minggu. Namun saiz nya kecil sedikit.
Jadi, kami buat keputusan untuk namakan dia MUHAMMAD IRFAN SYAHID..
Ya Allah tabahkanlah hatiku menghadapi ujian ini. Amin..
Semalam suami ambil janin yang keguguran haritu dari Hospital Putrajaya. Sebelum ni, janin diambil untuk buat ujian makmal.. Saya pun tak tahu apa fungsinya..
Saya rasa sedih memeluk bekas berbalut plastik kuning yang suami bawa semalam.. Saya seperti mahu nangis tapi tak tahu macam mana.. Dalam keadaan masih berpantang saya tahu saya tak boleh menangis dan bersedih..
![]() |
| Saiznya kecik, boleh diletak di atas tapak tangan sahaja. (gambar dari google) |
![]() |
| gambar dari google |
![]() |
| Kaki dia berlipat macam ni.. (gambar dari google) |
Sebelum ke masjid, saya gunting sedikit kain putih, bapa mertua saya balutkan bayi tu dan masukkan ke dalam beg kertas. Suami saya bawak beg kertas tu bersama lebihan kain putih yang ada. Sebelum bertolak, suami saya bertanya apa harus kita namakan bayi ini jika pihak khariah masjid minta untuk dinamakan. Saya betul-betul buntu sebab saya langsung tak bersedia dengan apa-apa nama.. Saya tak pasti untuk beri nama pada anak saya. Suami minta saya cepat putuskan satu nama sebab dia nak segera ke surau.. Tiba-tiba satu nama terlintas di fikiran saya. MUHAMMAD IRFAN.. saya terus sebut pada suami sambil bergenang air mata.. Tak sangka nama dia Irfan.. Sambil sebut nama dia, saya terbayang muka dia... Semakin sebak saya rasa. Saya tunggu suami balik dari masjid dari pukul 8.00 mlm. Agak lama jugak baru suami saya balik, lebih kurang pukul 10.45 mlm.
Suami saya cerita, dia pergi ke surau berhampiran dan imam di sana menyuruh suami pergi ke Masjid Semenyih sebab di surau mereka tidak menguruskan jenazah. Selesai solat Ishak suami saya pergi ke Masjid. Sampai di Masjid, jemaah sedang makan jamuan yang disediakan oleh bakal jemaah yang akan menunaikan haji.
Imam masjid memberi salam dan menegur suami saya. Suami saya terangkan masalah kami dan mintak bantuan pihak khariah masjid untuk uruskan bayi kami seperti sepatutnya.. Alhamdullillah, walaupun sudah lewat malam mereka masih sanggup membantu.. Setelah bayi kami dimandikan dan dikafankan, Pegawai yang menjaga urusan masjid membawa suami, tukang gali kubur dan beberapa orang masjid ke Tanah Perkuburan Semenyih. Bayi kami ditanam disana dan ditandakan dengan sebatang pokok puding.. Pegawai tadi menyuruh suami membuat tanda besok... Suami tanya jika perlu dinamakan bayi kami, dan ustaz tu memberi nama Mohd Syahid sebab bayi yang lahir keguguran dikira sebagai mati syahid.. Alhamdulillah bayi kami telah selamat diuruskan seperti sepatutnya.
Menurut doktor yang melakukan ujian makmal kepada bayi kami, berdasarkan keadaan fizikal bayi itu sudah berusia lebih kurang 16 hingga 17 minggu. Namun saiz nya kecil sedikit.
Jadi, kami buat keputusan untuk namakan dia MUHAMMAD IRFAN SYAHID..
Ya Allah tabahkanlah hatiku menghadapi ujian ini. Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)