Muka hensem, badan sasa, tapi rebah jugak..
Ketika kejadian.. Kena paksa buat muka menderita... |
Biasalahkan di unit kecemasan kalau bukan kes pengsan atau kemalangan sampai darah-darah pesakit tak akan dirawat sebagai pesakit kecemasan.. jadi dari 11.30 pagi si hero menunggu, hingga pukul 3.15 petang baru dia dapat masuk.. Sampai badan dah lembik.. Lepas pegawai perubatan masukkan jarum untuk drip air kat tangan dia, pegawai tu mintak dia baring di katil wad kecemasan.. Baru lah si hero ni berjalan 2-3 langkah tiba-tiba dia rasa nak pitam... terus cemas nurse-nurse dgn pegawai-pegawai kat situ sambut dia sebelum sempat rebah kat lantai.. Dorang naikkan dia kat atas wheal chair dan baringkan dia di katil.. Jadilah hero wilcha sekejap..
Pas setengah jam masukkan air, doktor arahkan hero masuk ke wad 4A... Saya pun macam tak percaya jer hero saya kena tahan wad.. kesian kat dia.. 3 hari dia ditahan di wad, 11 botol air dimasukkan dalam badan.. Alhamdulillah nasib baik tak jadi ape-ape.. Tapi dia dapat MC sampai hari Jumaat.. boleh lah berehat sikit.. Terima kasih kepada semua Pegawai dan kakitangan Wad 4A Hospital Putrajaya di atas layanan yang superb semasa si hero berada di sana.. Tu lah sebabnya ramai orang suka dapatkan rawatan di Hospital Putarajaya... Tapi unit kecemasan sikit punya lambat lah..
Bila fikir-fikir balik macam kelakar lah pulak.. Muka hensem, badan sasa tapi rebah jugak sebab penangan NASI KERABU... taubat dah hero pasni tak nak makan nasi kerabu..
No comments:
Post a Comment