Hari ini mari kita
1. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa..?
Tahun ni tak dapat lagi sebijik pun kalendar, diari mahupun planner??? nampaknya terpaksalah beli sendiri di kedai alatulis Family di Semenyih.
2. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa..?
Baru-baru ni buat medical chekup kat Klinik Kesihatan Putrajaya, dalam tempoh 2 minggu boleh naik berat badan sampai 2 KG... takut tak mendengarnya???
3. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa..?
Sudah mengandung masuk 8 bulan tapi ada orang cakap "Eh, mengandung ke? tak nampak macam mengandung pun. Perut kecik jer".. Mengandung 8 BULAN ya bukan 8 MINGGU....
4. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa..?
Sepanjang mengandung ni selalu mengalami kejadian HB rendah.. rasa seperti nak pengsan @ pitam ketika sedang berdiri.. rasa macam tu setiap hari.. Doktor syak saya ada Talasimia tapi bila buat blood test tak ade pulok..
5. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa..?
Mengalami kemalasan tahap melampau... Sehingga nak lipat baju pun terasa seperti satu pekerjaan yang sangat susah dikerjakan.. apakan lagi kerja mengemas rumah dan memasak...
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment