Monday, February 4, 2013

Minggu-minggu terakhir tanpa orang baru...

Salam...

Hari ni 4hb februari 2013, Insyaallah lagi 10 hari saya akan sampai ke due date untuk bersaliln anak kedua.. rasa takut dan berdebar-debar jugak.. Tapi dalam masa yang sama rasa tak sabar nak menimang cahaya mata kedua ni.. semoga semuanya selamat..

tadi blogwalking ke blog blogers2 yang menceritakan pengalaman bersalin mereka.. saya jadi semakin takut untuk menghadapi sakit bersalin...Ya Allah... Semakin banyak baca, semakin takut.. Terkenang-kenang sakit yang pernah saya alami semasa melahirkan Daniel dulu.. Saya betul-betul perlukan kata-kata semangat untuk menghadapi hari tu nanti.. Juga doa dari orang-orang yang dikasihi semoga saya mudah bersalin dan pengalaman sakit tu berlalu dengan cepat dan mudah...

Minggu lepas buat scan baby, doktor bagitahu berat baby dh capai 3 kg.. Sementara menunggu bersalin ni mesti dah jadi 3 kilo lebih.. Amboi.. boleh tahan besar anak mama ni.. Saya berdoa semoga dipermudahkan lah..

Persediaan barang-barang tu boleh kira dh mencapai 90% dah.. cuma tinggal sikit-sikit jer lagi. Saya merancang untuk  bersalin di Kuantan.. Nak berpantang dengan emak.. Tapi rasa risau jugak sebab abah tak ada di rumah semasa saya berpantang ni.. Abah pergi ke luar negara (Sudan) sebab kerja... Itu pun merisaukan jugak.. Macam mana keadaan abah di Sudan nanti.. Jugak macam mana keadaan kami di Kuantan berpantang tanpa bantuan abah untuk pergi beli barang keperluan itu dan ini... Harapnya, husband saya dapatlah bercuti lama sikit bagi membantu saya dan emak.. Macam mana nak panggil tukang urutnya, nak belikan ikan atau sayur yang sesuai dan kalau tak sihat nak ke hospital..


2 comments:

  1. Insyallah dipermudahkan.. jangan banyak fikir.. :)

    ReplyDelete
  2. tabik spring kat kak fareen semua boleh urus sendiri.. kuat semangat dan berdikari betul kak fareen.. Insyaallah, ni saje je meluahkan perasaan..

    ReplyDelete