Monday, May 27, 2013

Salam takziah untuk Erina sekeluarga...

Salam..

2 minggu lepas saya terbaca kisah perginya seorang permata hati indah, Aqil Hamzah dari blogger Erina.. Saya tak tahu kalau ada ibu dalam dunia ini tidak sebak membaca apa yang ditulis Erina.. saya yang baru melahirkan Eryna 3 bulan lepas menjadi sangat sensitif dan menangis teresak-esak.. terus rasa rindu pada Daniel dan Eryna.. Rasa nak balik rumah dan peluk cium kedua-dua anak saya tu..

Kebetulan yang langsung tak disangkakan, husband ingin namakan anak kami yang baru lahir 15 Februari 2013 lepas Eryna Dhaniyah Maisarah binti Mohd Yunus dan saya bagitahu pada husband yang saya ada seorang kawan bernama Erina..

Teringat kembali bagaimana saya dan Erina boleh berkenalan.. Saya kenal Erina masa kami sama-sama belajar di UITM Sarawak dulu.. Kami tinggal di aras yang sama semasa di asrama.. Tapi perkenalan kami cuma satu semester.. Erina dan kawan-kawan yang lain berjaya menyambung pelajaran manakala saya terkandas dan selepas itu saya menyambung pelajaran di Politeknik Port Dickson.

Salam takziah untuk Erina.. aku sangat kagum dengan kau.. Kau sangat kuat semangat untuk menghadapi ujian dari Allah ini.. jangan berhenti tersenyum... La Tahzan...

Kenangan dari Erina sebelum saya berangkat pulang ke semenanjung dari UITM  Sarawak..  Kad  Erina buat sendiri.

Tersenyum baca isi kandungan kad.. banyak kenangan terindah..

Banyak kenangan antara saya, Erina dan kawan-kawan kami yang lain.. Misi ke Air Terjun Kubah yang tak berjaya akhirnya kami cuma mandi di sungai Red Bridge (jambatan merah), pergi ke show Radhi OAG di UITM Sarawak di mana saya jadi fotografer yang kusut sebab ambil gambar senget (berebut-rebut nak ambil gambar Radhi) dan peristiwa usha-usha budak lelaki (ingat tak perkataan "strawbe" - perkataan strawberry tak habis baca)...

Teringat lagi dalam perjalanan balik dari show Radhi kami jalan kaki malam-malam balik ke asrama, Erina nyanyi lagu 60's TV dari kumpulan OAG sambil melompat-lompat kegembiraan..

     "I'am waching
     "I'am waching
     "I'am waching
     "I'am waching
     60's TV"

Sumpah, seumur hidup saya itu lah kali pertama saya dengar lagu tu.. Langsung tak pernah dengar sebelum ni, skema lah katakan..

Erina, kalau kau terbaca entri ni, aku harap dapat buat kau tersenyum walaupun untuk 1 minit.. Erina, teruskan tersenyum sebab senyuman kau akan menceriakan orang-orang di sekeliling kau.. Teruskan ketawa dan nikmati hidup ini kerana kau seorang yang hebat dan menjadi contoh yang baik untuk orang lain...

Salam sayang..

Anis.

1 comment:

  1. Ya Allah! Anisssss..lamanya kita tak berhubung. Terima kasih padaNya kerana kita ditemukan semula. Tersenyum aku baca entry ko ni. Kalau ko depan mata aku sekarang aku nak pelukkkkk ko lama2.Anissss..terima kasih untuk entry penuh makna ni. Aku baca kad tu rasa kelaka je. Thanks for made me smile :D


    Ko dah ada 2 org anak..mesti comel2 kan. Anissss..

    ReplyDelete