Showing posts with label Bunga dan gubahan. Show all posts
Showing posts with label Bunga dan gubahan. Show all posts

Friday, September 4, 2015

Order Hand bouquet / bunga tangan / bunga pegang / bunga pengantin

Salam...

Minggu lepas dapat satu tempahan hand bouquet dari Nad yang sekarang tengah Kursus kat INTAN. Disebabkan saya pun tengah sibuk dengan urusan keluarga dan nak ke Melaka, jadi hand bouquet ni saya pass je kat Makcik dia yang tinggal kat Putrajaya. Exited jugak nak buat hand bouquet ni sebab ni lah kali pertama ada orang order.

Nad nak riben tema cream dan gold. Gubahan bunganya pulak saya kekalkan tema natural seperti contoh gambar yang Nad hantar kepada saya. Contoh gambar tu menggunakan bunga segar tapi Nad nak bunga artificial supaya tak membazir dan boleh digunakan lagi lain kali. Setelah kira-kira 3 jam menjadi kutu rayau kat Nilai 3, akhirnya barulah saya berjaya mencari bunga-bunga, daun dan riben yang sesuai untuk dijadikan satu hand bouquet. Agak mencabar jugak untuk cari bunga-bunga hand bouquet ni sebab tak semua jenis bunga yang kita nak ada di dalam satu kedai. pastu kat kedai tu jugak tak semestinya ada jual daun yang sesuai dan riben pun terpaksa cari di kedai lain. Dan yang paling penting sekali semua bahan-bahan ini tak melebihi dari bajet yang ditetapkan.

Sorilah gambar tak berapa clear. Masa ni malam pastu pencahayaan dalam rumah tak berapa bagus jadi gambar pun agak kelam.

Macam2 cara saya guna bagi menampakkan rupa sebenar handbouquet ni. Yang ni saya guna 360 camera. tapi masih tak memuaskan.

guna effect lain pulak.

Harap-harap Nad berpuas hati dengan handbouquet ni.

Terima kasih dan sudilah tempah lagi.

Untuk tempahan boleh whatsapp saya 019-3832579.


Monday, July 27, 2015

Nah! gambar-gambar untuk tatapan mata korang

Salam..

Alang-alang terajin sikit masuk ke blog ni ingat nak belanja gambar-gambar yang terasa macam nak tunjuk kat korang.. random ok..


Ini hantaran tema turqoise yang saya buat untuk majlis pernikahan abang sulung saya.. Hantara bajet yang sangat simpel dan dibuat dengan penuh kasih sayang untuk Long.
Ini hantaran perkahwinan Zana kawan ketotol hohoho.. Dah lama dah ni..
Ini hantaran Adib..



Ini gubahan bunga yang saya buat untuk Yani. Sebelum ni tema rumah yani English Deco pastu tahun ni dia nak ubah ala-ala Morocco jadi dia nak warna-warna yang terang dan garang dengan perincian berkilau.. Sungguh memukau..

Yang ini pun ditempah oleh Yani. 




Ini gubahan bunga di opis saya. Pasu hitam tu hadiah masa saya kahwin dari kawan-kawan di JPN Pahang.

Ini gubahan bunga yang ditempah Oleh Datin Faridatul bos saya. Dia kata nak deco bilik pengantin. Anak lelaki dia Ehsan kawin.

Bunga Orkid ni ditempah oleh Kak Mim.

Macam biasa kalau tase ala2 english style ni mestilah ditempah oleh Yani.. Sebenarnya Yani beli gubahan bunga dari Lovely Lace tapi tak berapa sedap mata memandang jadi dia mintak tolong saya alter dan buang beberapa bunga yang dia tak berkenan dan tambah elemen2 English ke dalam gubahan ni..
Ok, sekian untuk tatapan anda..
Byeee...


*Mcm biasa kalau nak tempah whatsapp saya 019-3832579. Tapi sekarang tengah bz dengan urusan seharian. Tempahan akan ambil masa yang lama sikit laa yee..

Balang kuih raya lagi dan lagi..

Salam...

Ni seperti yang dijanjikan. Gambar-gambar balang kuih raya yang saya buat untuk pelanggan-pelanggan yang dihormati.. hahaha.. enjoi.. kalau nak order untuk raya tahun depan boleh lah cuci-cuci mata dulu ya..

Setakat ni baru ini je design yang sempat saya buat.. yerla kan.. sibuk dengan kerja kat pejabat balik rumah berkejar2 dengan urusan kerja sekolah anak, gosok baju kerja, masak, kemas rumah pastu baru ada peluang duk bersila atas karpet untuk memulakan hobi.. Insyaallah tahun depan kalau saya dah dapat masuk kuarters saya akan buat ready made dan anda boleh order pastu saya pos.. sonang ajo.. hohoho...

Yang ini warna merah. Ditempah oleh kakak ipar saya, katanya untuk dihadiahkan untuk keluarga mertua.

Kakak ipar mintak buat 4 biji sahaja.

Yangi ini warna kelabu dan pink. Ditempah oleh Fatin customer saya dari Cheras. Fatin tempah 10 botol. banyak jugak lah.. Mengah jugak nak siapkan. Dah la banyak boleh pulak saya suruh Fatin self pickup kat Putrajaya. Saya tak tau yang Fatin datang naik motosikal.. Tak terbayang macammana Fatin bawak balik dengan kotak besar.

Alhamdulillah... raya ke lima Fatin whatsapp cakap dia puashati dengan balang2 kuih raya dia.. Aduh bukan kepalang rasa gembira di hati ini... heheheeheheh

Yang di under construction.. Belum siap sepenuhnya. Saya akan tambah stripes purple dan turqoise di tengah2 botol balang tu untuk menambah seri.. ceeewah..

Balang ni ditempah oleh Yani kawan satu ofis. Dia nak buat open house so nak letak kerepek2 dalam ni.

Kalau tengok warna pilihan Yani memang meriah dan berani. Padanlah dengan orangnya yang cantik dan menyerlah.. Tapi botol yang ni saya terpaksa cas mahal sikit sebab gunakan bahan-bahan yang mahal..
Ada lagi beberapa tempahan yang sempat saya buat tapi saya terlupa nak amik gambar.. Biasalah clumsy kelam kabut tak sabar nak serah kepada pelanggan. Antara warna yang terlepas tu ada warna coklat, pink silver dan peach... Apa nak buat tak de rezeki nak jamu mata korang..