Showing posts with label Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Cream Puff yg sukses

Salam...

Lama no tak jenguk2 kat blog ni.. Tak tau sebenarnya nak tulis ape..

Tapi hari ni dh ada idea..

Nak cerita pasal cream puff yang sy buat semalam.. nasib baik Suksess!! Suksess!!


Cream puff tak fotogenik



Resepi cream puff ni sy ambil Dari Myresipi.. Resepi ni senang je, asalkan gigih berusaha mesti boleh jadi..

Malam tadi lepas makan malam baru start buat. Pukul 11.30 baru siap. Tak banyak dapat. Kalau nak cuba boleh gandakan adunan.

Untuk filling dia pulak ni resepi yg saya cipta sendiri.

Inti Cream Puff

1 cawan susu segar
3 sudu gula (tambah lagi bagi yg suka manis)
2 sudu besar tepung kastad (masukkan 3 sudu susu segar dan bancuh)
2 sudu besar cream cheese (tak perlu kalau tak suka cheese/ tambah lagi kalau suka rasa cheese yg kuat)

cara-cara
1) Masukkan susu segar, cream cheese dan gula dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana
2) Kacau sentiasa. Bila mendidih, kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung kastad tadi. Kacau laju-laju. Padamkan api
3) Bila sudah likat dan sekata, baru sedia di angkat.
* Biar sejuk sedikit baru dipaipkan ke dalam puff tadi.

Daniel suka makan cream puff ni. Belum siap bakar lagi dia dh cakap "mami, nak uwe (Kuih).. Tapi dia tak suka letak kastad tengah2 tu. Dia nak makan kosong jer.. Jadi malam ni nak modified sikit resepi tu jadi manis dan tak payah letak filling kat dalam.

Selamat mencuba, daaa~

Thursday, August 18, 2011

Nasi ayam madu

Salam...

Baru 2 bulan mengandung dh mengidam macam-macam...

Rasanya dah lebih seminggu mengidam nak makan nasi ayam madu, haritu ada beli dari bazar ramadhan tapi tak puas hati. Ayam kecik, sup sikit, nasik tak best. Jadi, bagi mengubat sakit mengidam malam semalam saya masak nasi ayam madu idaman hati.. hohoho..



Ayam yang diperap madu dan digoreng sehingga empuk.. walaupun rupanya gelap, tapi rasanya tetap manis mengancam.
 

Sebahagian sahaja sebelum di belasah oleh kak yong yang mengidam..
 

Sup ayam dan kentang yang ditaburi dengan daun bawang dan daun sup.. Sungguh mengiurkan..
 

Tak sah kalau tak ulang tayang..




Dimakan bersama sambal cili asam limau.. Fuh..
  Alhamdulillah tertunailah hasrat untuk menikmati nasi ayam buatan sendiri. Dh abis mengidam nasi ayam cari benda lain pulak untuk mengidam.. hahah..

Resepi nasi ayam madu

Ayam madu
1/2 ekor ayam
5 cawan air
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh serbuk kunyit
5 sudu madu
1 sudu gula
1 sudu teh garam
sedikit perasa

cara-cara
1. Potongkan ayam mengikut saiz yang dikehendaki. Bersihkan
2. Rebus ayam dengan 5 cawan air selama 5 hingga 7 minit (untuk mendapatkan stok ayam)
3. Angkat dan toskan ayam
4. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kunyit, garam, gula dan perasa.
5. Perapkan bersama ayam yang telah direbus tadi.
6. Masukkan 5 sudu madu ke dalam perapan ayam. Gaul rata. Biarkan selama 1- 2 jam.
7. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. (ayam ini lebih mudah masak sebab sudah direbus)

Nasi Ayam

2 pot beras
stok ayam (hasil dari rebusan ayam tadi)
2 biji bawang putih - ditumbuk
1 batang serai - diketuk
1/2 sudu serbuk kunyit
sedikit garam dan perasa

cara-cara
1. Cuci beras sehingga bersih
2. Masukkan dalam periuk nasi. Masukkan stok ayam dan tambah lagi sedikit air supaya sesuai dengan sukatan beras.
3. Masukkan bawang putih, serai, serbuk kunyit, garam dan perasa.
4. Masak seperti biasa

Sup Ayam

Bahagian tulang ayam (cth : leher, kepak, tulang selangka dll)
2 biji kentang dikupas kulit dan dipotong
2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 rempah sup bunjut
1 sudu garam
sedikit perasa
1 biji bawang besar - dihiris halus (digoreng dalam minyak sedikit)
2 biji bawang putih - dihiris halus (digoreng dalam minyak sedikit)
sedikit hirisan daun bawang dan daun sup

cara-cara

1. Rebuskan ayam bersama 5 cawan air. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan rempah sup bunjut.
2. Masukkan kentang. Tutup periuk dan biarkan ayam dan kentang masak atau sehingga empuk.
3. Masukkan garam dan perasa. Jangan lupa rasa sup untuk pastikan cukup garam atau tak.
4. Ketika hidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Sambal Cili Asam Limau

4 biji cili besar
3 biji cili kecil -lebihkan kalau suka pedas
5 biji limau kasturi
sedikit cuka (jika tak suka cuka tak perlu masukkan)
sedikit garam
sedikit perasa

Cara-cara
1. Potongkan cili besar dan masukkan dalam blander
2. Masukkan cili kecil
3. Perahkan jus limau kasturi (tapiskan supaya biji tidak masuk sekali sbb rasanya pahit)
4. masukkan cuka, garam dan perasa
5. Blender sehingga lumat.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, June 15, 2011

Karipap pertamaku...

Salam...

Betul.. Percayalah, saya buat karipap hujung minggu lepas.. Ini pertama kali saya buat keripap sejak bergelar isteri. bukan 1 jenis, 3 jenis tau.. saya buat karipap daging, karipap ayam dan temosa... Rasa dia mestilah sedap (merujuk kepada statement husband).. ahhahah.. tak percaya? tengok gamba ni..


Panas-panas baru digoreng..

Si Senah pun berkata "Alah, aku tau Nis ko beli yang frozen kan pastu ko goreng, boleh la ko cakap ko buat"
Alah Senah... Sumpah! saya yang buat Senahhh.. kalo tak caye gak saya tunjuk gambo yang mentah baru saya lepas kelim..


Tak main lah pakai acuan ni.. saya kelim picit-picit pakai jari jer.. Seni picit-picit tau..
  


Ini baru sikit je..
 
Ini inti ikan, panas-panas dalam periuk..



Ini inti ayam.. saya baru siap tumis terus snap gamba


Ini inti daging, terlebih masin jadi tambah kentang untuk kurangkan rasa masin.. isk isk macam orang baru kawin tak pandai bajet garam..

Tengok tangan yang montel tu tengah menguli tepung.. Sekarang ko dah caye Senah?
 
Tapi jangan risau... saya bukan jenis manusia yang kedekut ilmu ye Senah.. lagi pun ilmu ni ambik dari internet.. jadi saya share2 lah kat sini ek...

Resepi Karipap Pertamaku..

Inti Daging/ ayam

1 ketul dada ayam / daging (ikut suka, kalau suka banyak isi, tambah lagi) - potong kecil-kecil
2 biji kentang - dikupas kulit dan dipototng kecil-kecil
4 sudu rempah kari - dibancuh dengan 1/2 cawan air
1 tangkai daun kari
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
1 sudu asam jawa
Gula
Garam
Perasa

Bahan kisar
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
halia sebesar ibu jari

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu minyak masak.
2. Bila minyak sudah panas, tumiskan daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
3. Masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dh siap dibancuh.
4. Gaul sekali sekala supaya tak hangus di bawah. Tumis sehingga garing atau berbau wangi.
5. Masukkan asam jawa
6. Masukkan ayam/ daging dan kentang. Tutup kuali dengan penutup dan kecilkan api supaya daging dan kentang dapat masak dan empuk. Gaul sekali sekala.
7. Apabila ayam/ daging dan kentang sudah empuk, masukkan garam, gula dan perasa.. Jangan lupa rasa masakan untuk pastikan cukup masin atau manis.
8. Biarkan ayam/ daging kering dengan api kecil.
9. Bila sudah cukup kering padam api dan sejukkan dahulu sebelum mula masukkan dalam kulit karipap.


Inti temosa (serunding ikan)

5 ekor ikan kembung
1/2 biji kelapa parut
1 cawan santan
1 sudu kecil halba
3 biji bawang merah - ditumbuk sehingga lumat.
sehiris halia - ditumbuk sehingga lumat.

Cara-cara

1. ikan kembung disiang dan dibersihkan. Masukkan ikan dalam periuk dan rebus dengan 3 cawan air. Rebus sehingga isi ikan empuk atau selama lebih kurang 7 minit.
2. Asingkan isi ikan dengan tulangnya.
3. Masukkan isi ikan dalam blender dan masukkan air lebihan rebus ikan tadi. Belender sehingga isi ikan hancur. Asingkan
5. Masukkan tulang ikan ke dalam blender dan masukkan air. blender sehigga tulang ikan lumat. tapiskan tulang ikan dengan air hasil dari blender tulang ikan tadi. Ambil airnya sahaja dan buang tulang tadi.
6. Di dalam periuk, masukkan isi ikan, air dari tulang dan santan. Masak bahan-bahan sehingga sedikit kering.
7. Masukkan bawang merah, halia dan halba. Gaul rata..
8. Masukkan garam dan gula sehingga sesedap rasa.
9. Masukkan kelapa parut dan gaul sehingga rata..
10. Masak lagi sehingga sedikit kering.. Sejukkan dan sedia untuk digunakan sebagai inti temosa

Kulit karipap
2 cawan tepung gandum
2 sudu margerin
1 cawan air
1 sudu kecil garam

1. Gaulkan margerin sehingga rata ke semua tepung.
2. Campurkan garam ke dalam air
3. Masukkan sedikit air ke dalam tepung, uli sehingga rata. Masukkan lagi sedikit dan uli lagi sehingga rata.. Ulang-ulang sehingga doh tepung menjadi lembut seperti yang dikehendaki. (pastikan air dimasukkan sedikit demi sedikit dan uli supaya tak terlebih air)
4. Sedia untuk dijadikan inti karipap.

Tuesday, January 25, 2011

Asam Pedas Ikan Pari Dengan Terung

Sedap dimakan bersama nasik panas.. Huhhh..


Hari ni nak kongsi satu resepi kegemaran husband.. Belajar masak asam pedas ni dengan kawan satu rumah sewa dulu..

Asam pedas ikan pari dgn terung..

Resipi
8- 10 keping isi ikan pari
terung atau bendi
daun kesum 3 tangkai (ambik daun shj)
2 batang serai
asam jawa (bancuh dgn 1 cawan air)
1 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
sedikit perasa

bahan kisar
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
kunyit hidup
belacan
cili boh atau lada kering (kalau suka pedas, lebihkan)
1 sudu kecil kerisik

cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar sehingga garing
2. Masukkan air asam jawa, serai dan daun kesum
3. Setelah mendidih, masukkan ikan, air dan terung/ bendi
4. Masukkan garam, gula dan perasa
5. Biarkan sehingga mendidih atau ikan masak. Jangan lupa rasa untuk balance garam dan gula

Tuesday, January 18, 2011

Udang Goreng Berempah...


Udang goreng berempah ni sangat sedap dimakan panas2 bersama nasik... Lagi-lagi pulak bila digoreng garing2, janggut udang tu rasa rangup sangat... bestnyer.. Baunyer pun memikat kalbu kooo..

Nak resepi tak?? Ni resepi dari mak mertua tau..

Udang goreng berempah

300 gm Udang basah (dibuang kulit, kepala dan ekor. tinggalkan janggut jer pd badannyer)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil sebuk ketumbar
1/2 sudu kecil Serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecik asam jawa (saya guna asam jawa ekstra Adabi. tak perlu bancuh air)
1 cawan minyak masak

cara-cara

1. Lumurkan asam jawa pada udang sehingga rata.
2. Masukkan garam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan jintan putih.
3. Gaul sehingga rata.
4. Biarkan dalam 15 minit supaya rempah meresap dalam udang.
5. Panaskan minyak, dan goreng sehingga kekuningan..

makan panas-panas tau..