Friday, February 25, 2011

Layan gambar pertandingan menggubah bunga dan menggubah manik jom!

Salam...

Ini dia sudah keluar gambar pertandingan gubahan bunga kejap tadi.. Penyertaan untuk pertandingan di disetai cuma 4 orang jer.. Saya, Dek Na, Jeris dan Kak Sabrina.. Memang berentap abis lah.. Saya dan Jeris guna bunga plastik manakala Dek Na dgn Kak Sabrina guna bunga segar.. Dalam masa yang sama, ada jugak dianjurkan pertandingan jahitan manik. Kalau ikut hati rasa macam nak masuk jugak tapi sayangnyer pertandingan dibuat serentak dengan pertandingan menggubah bunga... Jom kita layan gambar.. Zazzzsss..

Ini lah bahan-bahan yang saya gunakan yer...


Puaslah saya tonggengkan gamba ni nak kasi tegak, sekali tak nak tegak jugak. dia nak baring jer. Pasu ni saya beli kat KK Home Deco Nilai. Harga asal dia RM 30++


Playar laki aku nok... banyak jasa ni..

bunga-bunga yang saya gunakan.. termasuklah ranting-ranting recycle tu.. Cabut dari jambangan bunga kat dalam bilik tidur..


Pesaing sengit.. Musuh tradisi.. Jeris the Floris. Berpura-pura tenang..

Dek Na berjaya meggerunkan saya dengan bunga segarnya.. Antara pesaing terhandal dalam pertandingan ni..


Kak Sabrina dah tak sabar dah. Terus gubah jer.. Dalam botol air tu adalah air jampi katanya, bagi memastikan kemenangan berpihak kepada beliau..


Peserta bajet terer.. sedangkan tangan menggigil.. pakai shawl konon, macam sejuk sangat bilik mesyuarat tu...


Florist kita sedang sibuk menang..


Dekna tak lekang dengan senyuman.. Ape, dia ingat senyuman manis itu akan berjaya menawan hati para hakim?? Oh tidak... hakim kita sangat arif lagi profesional.


Kak Sabrina adalah peserta yang paling pantas, cekap dan hot.. temanya adalah "Rock Garden". Harus kita panggil Kak Sabrina sebagai Kak Rock selepas ini, yang mana gelaran itu telah dipegang berpuluh tahun oleh Kak Rokiah..


Dek Na masih lagi dengan senyuman manisnya.. Hahaha saya tidak akan terpedaya.. Dek Na dengan tema bunga untuk centrepiece majlis makan malam..


Gubahan bunga Jeris memang mantopp!! mula-mula Jeris keluarkan bunga dia, macam sikit jer. Gubahan mcm mana dia nak buat?? Rupanay gubahan bertemakan Natural..

Inilah gubahan si tembam tu... "Jambangan Ratu" ???hahaha.. kenapa tak pakai nama "Sanggul mak andam" jer?? Ape benda dalam bakul kecik tu?? "Bunga Rampai Pemalas"ke?... Punyalah tebal-tebal si tembam tu racik... Bunga untuk hiasan majlis perkahwinan


Juri-juri awam sedang memberi markah kepada peserta Pilih Kasih..


Yang berbaju merah menghadap ke arah Pn. Zarina tu lah Juri Profesional... Ampunlah juri, I amik gamba spare tyre U jer.. Gamba muka U lupa I nak amik.. Juri profesional ini diundang khas dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia..


Ini pula peseta jahitan manik yang sedang berjuang sehingga ke titisan air mata terakhir... nensi dengan manik glamor ala-ala artis... makcik-makcik kat pejabat tu dah aim kat sape nak tempah jahit manik...


Tu diaaaa hai.... Punyalah macam artis Rozita Che four"


Ini dia Kak Mim atau lebih terkenal dengan panggilan "Seksi Mami"... tu dia hai, sampai dah nak abih pertandingan tak berenti menggeletaq...


CC Anum... tak de perasaan...


Si Pengelat.. kak Aliza cuba untuk menang mudah dengan menggunakan baju kurung anaknya yang berusia 4 tahun.. Lebih kecil, lebih pendek dan lebih senang.. "undilah saya" katanya....


Gambar show off...


Dari tepi.. lebih seksa..

Luahan perasaan

rampai pemalas...

2 comments:

  1. gubahan bunga sumer peserta cantik2 belaka....tak tau nak pilih yg mana...tp nmpaknya gubahan sitembam lg menyerlah kot....bagi tahniah dulu la....heheheh....semoga berjaya......

    ReplyDelete
  2. si tembam tu memang perasan bagus.. Dia ingat bunga dia cantik sangat ker?? Bunga Jeris barulah seni..

    ReplyDelete