Monday, February 21, 2011

Pertandingan Gubahan Bunga Sempena Fiesta KRESBA 2011..

Salam..

Satu aktiviti yang paling saya tunggu2 dalam tahun ni dan tahun lepas akan berlangsung.. Bila saja saya dapat emel penyertaan pertandingan ni, ape lagi saya terus hantar penyertaan. Pertandingan gubahan bunga ni diadakan sempena fiesa KRESBA (Kelab Rekreasi dan Sukan Bahagian Akaun) tahun 2011.. saya memang teruja giler bab kerja gubah menggubah ni..

Syarat-syarat dan Prosedur Pertandingan
Gubahan Bunga bertemakan Gubahan Bunga Penyeri Majlis
  • Terbuka kepada semua ahli KRESBA
  • Jenis bunga : hudup(segar) atau artificial
  • Masa pertandingan adalah selama setengah jam(30 minit)
  • Peserta diminta hadir tepat pada masa pertandingan
  • Semua peralalatan dan bahan-bahan berkaitan dengan pertandingan hendaklah disediakan dan ditanggung oleh peserta
  • Hadiah akan diberikan kepada tempat pertama, kedua dan ketiga
Keputusan hakim adalah muktamad.

*(bunga hudup = bunga hidup. urusetia tersalah taip)

Pertandingan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh :          25 Februari 2011(Jumaat)
Masa :           12.30tgh hingga 2.00petang
            Tempat :        Bilik Mesyuarat Aras 11

Nasib baik dia buat 25 hb sebab 24 dah gaji. Kalau tak mana nak cari duit buat beli bunga beb!..

Balik kerja ni saya nak laju-laju pergi ke Nilai 3.. survey2 ape yang patut supaya nanti 24 hb datang sana terus sauk je bunga2 dan ape2 yang patut.. Mesti kena bertindak cepat.. supaya tak ketinggalan... Hahaha..

Dalam masa yang sama saya tengah buat persiapan hantaran untuk majlis perkahwinan Hardiana Adib. Adib nak gunakan warna tema purple.. saya rasa 2011 ni warna purple akan naik disamping warna oren dan kelabu.. Hmm.. Adib jugak nak saya belikan alas meja sisi katil dan lain-lain yang patut.. Semuanya dalam modal RM 500.00.. Saya tak kesah, sebab saya memang nak tolong dia. Dan saya rasa RM 500.00 memang mencukupi.

Dan salam takziah juga untuk Adib sebab keguguran minggu lepas. Adib sebenarnya sudah bernikah bulan 12 tahun lepas tapi majlis bersanding hanya dapat diadakan pada bulan 3  tahun ni.. Ini supaya mereka dapat buat majlis bersanding serentak dengan adik Adib.. Lebih meriah dan jimat..

2 comments:

  1. Tak sangka anis ada bakat terpendam..tak sabar nak tgk gubahan anis..

    ReplyDelete
  2. bakat menggubah tengah cuba ditonjolkan lah ni..

    ReplyDelete