Friday, August 19, 2011

Lawatan ke Kilang Kerepek Mesrinah, Sepang.

Salam...

Tadi saya ikut lawatan KRESBA ke Kilang Kerepek Mesrinah di Sepang.. Perjalanan dari Putrajaya ke Sepang ambil masa 1 jam.. Sepanjang perjalanan saya tidur je jadi memang tak ingat jalan lah kalau suruh datang balik ke kilang tu..



Suasana di dalam kilang.. Keadaan kilang panas sikit.. Gambar pekerja sedang potong ubi menggunakan mesin khas.

Yang ni pekerja sedang potong pisang tandungk menggunakan mesin.


mesin ni boleh potong pisang dengan cepat. Tak perlu lagi sagat sekeping2 macam zaman dulu.


Selepas dipotong ubi digoreng dalam kuali ni.. besar giler kuali dia.. berbahang panas je kalau datang dekat. Panas berasap-asap


Ini pulak proses menggoreng pisang tanduk.. minyaknya kurang panas daripada minyak menggoreng ubi tadi..

Selepas digoreng pisang di angkat dan diletakkan di sini terlebih dahulu untuk disejukkan.

Banyak giler stok minyak masak dorang


Yang ni pulak sambal untuk salut kerepek ubi.. Sekawah dia masak..

Benda yang berpusing macam pembancuh simen ni pulak alat untuk menyalut kerepek dengan perasa.. Sekarang ni Kerepek ubi tengah disalut dgn sambal.

yang ni pulak kerepek pisang tengah disalut dengan perasa BBQ

Ruang pembungkusan.

Keropok Dhal selepas dibungkus 2 kilo.. harganya RM 20.. Tapi tadi saya mintak dia bahagi 2 jadi RM 11 sekilo.


Dalam bilik jualan.. Kerepek yang masih panas-panas




Keropok roda perasa BBQ


Keropok belinjau dan macam-macam lagi


Dorang pun ada jual biskut raya.. Murah-murah


Sampai kosong rak jualan, kena borong dengan ahli rombongan.


Cantik..
Asalnya rancang tak nak lah banyak sangat beli tapi dh sampai sana lain jadinya. Ada ahli rombongan yang beli sampai tak cukup tangan nak bawak sebab ramai yang kirim.. Saya cuma beli kerepek tempe, kuih sepit, batang buruk, popia serunding kecil, kerepek ubi dengan keropok dhal.. Sempat jugak belikan bos rempeyek dhal dgn batang buruk.. Harap bos suka.. hihi.

8 comments:

  1. hi..terima kasih sebab buat review kilang kerepek mesrinah.. kini kerepek mesrinah boleh didapati secara online.. sila lawati www.kerepekmesrinah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hi..terima kasih sebab buat review kilang kerepek mesrinah.. sila la dtg lagi.. atau beli saja secara online di www.kerepekmesrinah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat lawatan tak?? ntuk kerja kursus,,, dan brape org yg boleh dterima dalam satu masa??

      Delete
    2. Wah bagusnya dh boleh beli online...

      Delete
  3. Kerepek ubi yg panjn2 tu ada...i nk dlm 6 kilo??brape harga..n bleh pos gambr2 jenis kerepek n harga?coz i nk pilih n beli borong..urgent

    ReplyDelete
  4. ape name mesin buat pisang tu hah...tolong beri tahu boleh nak kene buat folio untuk PMR...

    ReplyDelete
  5. Kerepek pisang tanduk ada jual tak?

    ReplyDelete
  6. Ada ubi kayu kuning sebanyak 10 tan, jika ingin membelinya sila hubungi saya 0195592909

    ReplyDelete