Friday, February 25, 2011

Layan gambar pertandingan menggubah bunga dan menggubah manik jom!

Salam...

Ini dia sudah keluar gambar pertandingan gubahan bunga kejap tadi.. Penyertaan untuk pertandingan di disetai cuma 4 orang jer.. Saya, Dek Na, Jeris dan Kak Sabrina.. Memang berentap abis lah.. Saya dan Jeris guna bunga plastik manakala Dek Na dgn Kak Sabrina guna bunga segar.. Dalam masa yang sama, ada jugak dianjurkan pertandingan jahitan manik. Kalau ikut hati rasa macam nak masuk jugak tapi sayangnyer pertandingan dibuat serentak dengan pertandingan menggubah bunga... Jom kita layan gambar.. Zazzzsss..

Ini lah bahan-bahan yang saya gunakan yer...


Puaslah saya tonggengkan gamba ni nak kasi tegak, sekali tak nak tegak jugak. dia nak baring jer. Pasu ni saya beli kat KK Home Deco Nilai. Harga asal dia RM 30++


Playar laki aku nok... banyak jasa ni..

bunga-bunga yang saya gunakan.. termasuklah ranting-ranting recycle tu.. Cabut dari jambangan bunga kat dalam bilik tidur..


Pesaing sengit.. Musuh tradisi.. Jeris the Floris. Berpura-pura tenang..

Dek Na berjaya meggerunkan saya dengan bunga segarnya.. Antara pesaing terhandal dalam pertandingan ni..


Kak Sabrina dah tak sabar dah. Terus gubah jer.. Dalam botol air tu adalah air jampi katanya, bagi memastikan kemenangan berpihak kepada beliau..


Peserta bajet terer.. sedangkan tangan menggigil.. pakai shawl konon, macam sejuk sangat bilik mesyuarat tu...


Florist kita sedang sibuk menang..


Dekna tak lekang dengan senyuman.. Ape, dia ingat senyuman manis itu akan berjaya menawan hati para hakim?? Oh tidak... hakim kita sangat arif lagi profesional.


Kak Sabrina adalah peserta yang paling pantas, cekap dan hot.. temanya adalah "Rock Garden". Harus kita panggil Kak Sabrina sebagai Kak Rock selepas ini, yang mana gelaran itu telah dipegang berpuluh tahun oleh Kak Rokiah..


Dek Na masih lagi dengan senyuman manisnya.. Hahaha saya tidak akan terpedaya.. Dek Na dengan tema bunga untuk centrepiece majlis makan malam..


Gubahan bunga Jeris memang mantopp!! mula-mula Jeris keluarkan bunga dia, macam sikit jer. Gubahan mcm mana dia nak buat?? Rupanay gubahan bertemakan Natural..

Inilah gubahan si tembam tu... "Jambangan Ratu" ???hahaha.. kenapa tak pakai nama "Sanggul mak andam" jer?? Ape benda dalam bakul kecik tu?? "Bunga Rampai Pemalas"ke?... Punyalah tebal-tebal si tembam tu racik... Bunga untuk hiasan majlis perkahwinan


Juri-juri awam sedang memberi markah kepada peserta Pilih Kasih..


Yang berbaju merah menghadap ke arah Pn. Zarina tu lah Juri Profesional... Ampunlah juri, I amik gamba spare tyre U jer.. Gamba muka U lupa I nak amik.. Juri profesional ini diundang khas dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia..


Ini pula peseta jahitan manik yang sedang berjuang sehingga ke titisan air mata terakhir... nensi dengan manik glamor ala-ala artis... makcik-makcik kat pejabat tu dah aim kat sape nak tempah jahit manik...


Tu diaaaa hai.... Punyalah macam artis Rozita Che four"


Ini dia Kak Mim atau lebih terkenal dengan panggilan "Seksi Mami"... tu dia hai, sampai dah nak abih pertandingan tak berenti menggeletaq...


CC Anum... tak de perasaan...


Si Pengelat.. kak Aliza cuba untuk menang mudah dengan menggunakan baju kurung anaknya yang berusia 4 tahun.. Lebih kecil, lebih pendek dan lebih senang.. "undilah saya" katanya....


Gambar show off...


Dari tepi.. lebih seksa..

Luahan perasaan

rampai pemalas...

Thursday, February 24, 2011

Inilah harinya..

Salam...

Hahaha... inilah harinya. Pertandingan menggubah bunga akan diadakan harini. Segala persiapan dah saya buat. Beli bunga, pasu, span dan lain-lain.. Oleh sebab nak menjimat, saya recycle @ guna semula bunga lama campur dengan bunga baru.. Last-last, mak aiii... Banyak jugak saya belanja untuk beli bunga bagai tu...

Tak menang tak apa, janji dapat meramaikan pertandingan....

Monday, February 21, 2011

Pertandingan Gubahan Bunga Sempena Fiesta KRESBA 2011..

Salam..

Satu aktiviti yang paling saya tunggu2 dalam tahun ni dan tahun lepas akan berlangsung.. Bila saja saya dapat emel penyertaan pertandingan ni, ape lagi saya terus hantar penyertaan. Pertandingan gubahan bunga ni diadakan sempena fiesa KRESBA (Kelab Rekreasi dan Sukan Bahagian Akaun) tahun 2011.. saya memang teruja giler bab kerja gubah menggubah ni..

Syarat-syarat dan Prosedur Pertandingan
Gubahan Bunga bertemakan Gubahan Bunga Penyeri Majlis
  • Terbuka kepada semua ahli KRESBA
  • Jenis bunga : hudup(segar) atau artificial
  • Masa pertandingan adalah selama setengah jam(30 minit)
  • Peserta diminta hadir tepat pada masa pertandingan
  • Semua peralalatan dan bahan-bahan berkaitan dengan pertandingan hendaklah disediakan dan ditanggung oleh peserta
  • Hadiah akan diberikan kepada tempat pertama, kedua dan ketiga
Keputusan hakim adalah muktamad.

*(bunga hudup = bunga hidup. urusetia tersalah taip)

Pertandingan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh :          25 Februari 2011(Jumaat)
Masa :           12.30tgh hingga 2.00petang
            Tempat :        Bilik Mesyuarat Aras 11

Nasib baik dia buat 25 hb sebab 24 dah gaji. Kalau tak mana nak cari duit buat beli bunga beb!..

Balik kerja ni saya nak laju-laju pergi ke Nilai 3.. survey2 ape yang patut supaya nanti 24 hb datang sana terus sauk je bunga2 dan ape2 yang patut.. Mesti kena bertindak cepat.. supaya tak ketinggalan... Hahaha..

Dalam masa yang sama saya tengah buat persiapan hantaran untuk majlis perkahwinan Hardiana Adib. Adib nak gunakan warna tema purple.. saya rasa 2011 ni warna purple akan naik disamping warna oren dan kelabu.. Hmm.. Adib jugak nak saya belikan alas meja sisi katil dan lain-lain yang patut.. Semuanya dalam modal RM 500.00.. Saya tak kesah, sebab saya memang nak tolong dia. Dan saya rasa RM 500.00 memang mencukupi.

Dan salam takziah juga untuk Adib sebab keguguran minggu lepas. Adib sebenarnya sudah bernikah bulan 12 tahun lepas tapi majlis bersanding hanya dapat diadakan pada bulan 3  tahun ni.. Ini supaya mereka dapat buat majlis bersanding serentak dengan adik Adib.. Lebih meriah dan jimat..

Wednesday, February 9, 2011

Selamat Hari Lahir Emak

Salam...

Hari adalah hari lahir Mak yang ke-51. Usia mak yang tersayang dah bertambang setahun lagi.. Mak memang best, Mak memang happening, Mak memang pemaaf, Mak is everything for me!! Mak is my best friend forever, Mak is Super Woman,  Sayang Mak!

Orang selalu cakap kat saya "mak awak cantik la.." sampai kadang-kadang saya pun jeles..

Mak dengan anak perempuan tunggal dan cucu lelaki tunggal setakat ini.. Tengok, anak perempuan tunggal dia tak mewarisi kecantikan dia, lebih banyak ikut muka Abah..

Pagi raya tahun 2010.. Tengok, mak memang cantik bila senyum kan..

Tak caya?? nah, gamba zaman muda@.. ramping lagi you time ni..

Couple romantik tahun 2010.. anak-anak pun jeles..

Ada satu kejadian yang paling saya ingat bila melibatkan Mak.. 2 tahun lepas masa saya melahirkan Daniel... Disebabkan masa mengandung saya kena diabetis, jadi saya kena bersalin menggunakan ubat induce.. Dari jam 8.00 pagi saya dimasukkan ke labour room, saya diberi ubat induce dan ubat tahan sakit.. Sakit bersalin mula datang jam 4 petang. Aduh.. dah la saya bersalin bulan puasa, kesian kat husband kena teman saya kat dalam labour room dari pagi.. makin lama sakit bersalin makin kuat, mulalah mulut saya bising.. Saya marah-marah suami saya (ampun ayang.. tak sedar time tu..).. Saya marah-marah nurse dan doktor pastu asyik-asyik saya mintak operation jer sebab tak tahan sakit.. Last-last saya kena marah balik dengan doktor sebab bising sangat, pastu saya boleh bersalin normal tapi nak ambil risiko lebih teruk pulak untuk operation.. Sampai waktu berbuka puasa saya tak bagi suami saya keluar untuk berbuka (kejam kan..) saya paksa suami saya teman sebab saya takut tinggal sorang-sorang dalam keadaan sakit yang amat.. Nurse tu kesian kat suami saya, dia bagi kurma 2-3 biji untuk suami saya berbuka. Tu pun dah pukul 8mlm... Lebih kurang pukul 10 mlm, suami saya mintak kebenaran saya untuk keluar pergi solat, saya kecik ati giler sebab dia tinggalkan saya time tu.. pastu tiba-tiba saya dengar suara "anin.. anin.. mak datang ni" hah! mak.. saya pun nangis-nangis mengadu kat mak sakit sangat-sangat.. pastu saya cakap "mak, anin mintak ampun mak, sakitnye..." saya mintak ampun kat mak rasanya lebih 10 kali.. pastu mak saya jawab "tak apa anin, mak maafkan..." sambil tu mak urut-urut belakang pinggang saya kuat-kuat.. sampai berpeluh-peluh mak.. "tak apa anin, mak ada sini.." Mak memang support giler saya masa tu.. Sampailah pukul 11 mlm saya dh mula rasa nak meneran.. mak panggil nurse untuk cek, rupanya pintu rahim dah terbuka 9 cm.. "ha anin, dah nak bersalin, mak panggil Yus yer" Mak saya nak panggil balik suami saya masuk.. "Tak nak, anin nak mak..." Saya tak bagi mak saya keluar panggil suami saya, saya nak mak saya jugak tunggu hingga saya bersalin sebab saya rasa mak saya pandai, suami saya tak pandai pasal bersalin ni.. Pastu mak ajar macam mana cara nak meneran dan kawal nafas.. Sampai lah anak saya keluar, barulah saya benarkan mak panggil suami saya... hahaha.. bila ingat balik memang kelakar kan...

Haaa... camtu lah kenangan manis Mak dengan saya.. Saaaaaayang Mak!