Monday, May 30, 2011

Salam takziah

Salam..

Hari ini hari 31 Mei 2011. Pagi tadi sampai di pejabat saya nak pergi ke pantri untuk buat air. Tapi tak sempat sampai ke pantri saya terkejut sebab nampak Kak Rokiah menangis sambil peluk Kak Fazila.. Saya datang dekat tanya kawan-kawan yg lain.. Rupanya Suami Kak Fazila baru meninggal dunia pagi tadi sebab kemalangan. Innalillahiwainnalillahirojiun... terus Kak fazila mintak tolong En. Azrul, Kak Rokiah, Kak Ramlah dan kawan-kawan lain teman pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya..

Ya Allah.... Sedihnya, sampai saya pun berlinang air mata.. Pagi tadi sempat lagi Kak Fazila sarapan nasi goreng dengan suami dan anak-anak bersama.. Keluar rumah sama-sama untuk pergi ke pejabat tapi suami dia pergi kerja asing-asing... Tadi, anak Kak Fazila beberapa kali telefon tanya kenapa Kak Fazilah suruh mandi dan siap cepat-cepat.. Tapi Kak Fazila tak nak bagi tahu...

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan mereka. Ringankanlah beban mereka dan tabahkanlah hati mereka.. Amin...

Monday, May 23, 2011

Hukuman??

Salam...

Cikgu Azizah pernah cakap kat saya

      "Bila saya tegur, marah dan rotan awak, maknanya saya sayang kat awak, saya tak nak awak terus buat kesalahan.. Tapi bila saya dah tak tegur, marah dan rotan awak, maknanya saya dah tak sayang kat awak, saya benci kat awak dan biarkan awak terus buat kesalahan"

       Betul ke apa yang cikgu saya cakap?? betul ke bila orang tegur, marah dan rotan tandanya sayang?? Bila saya tanya suami saya, dia cakap cikgu saya betul.. Dan saya juga setuju dengan cikgu saya. Alhamdulillah, kerana teguran, marah dan saya selalu dirotan oleh cikgu-cikgu dan Mak Abah maka saya jadi seperti diri saya sekarang.. Walaupun saya bukanlah seorang yang terlalu hebat dalam pelajaran mahupun memiliki kerjaya yang gemilang, hari ini saya telah menjadi seorang manusia. Gembira dan bahagia bersama keluarga, kerja dan harta benda yang saya kumpul dari titik peluh sendiri. Tak lupa juga pemberian dari yang tersayang.. Syukur ALHAMDULILLAH...

       Bagaimana pula dengan orang yang tak boleh menerima teguran??? kita tegur kerana tak mahu mereka terus buat kesalahan dan kerana kasih dan sayang sesama Islam.. Sebaliknya teguran kita dipatahkan dengan sindiran dan kata-kata "busybody, mengumpat, mengata, meroyan" dan macam-macam lagi. Ya, mungkin kasih sayang kita ini tidak cukup bagus untuk dia.. Dia tidak layak dikasihi oleh orang-orang seperti kita.. Hanya kasih sayang dari seorang "sahabat sejati" dunia dan akhirat sahaja yang layak buat dia.. Siapalah kita ini, hanyalah kawan-kawan biasa dan tidak setaraf dengan "sahabat sejati"..


pokok timun papa mula membuahkan hasil.
sedap jugak dibuat ulam nasi lemak...
Sekadar gambar hiasan..

     Nasi lemak buah bidara
     Sayang selasih hamba lurutkan
     Buang emak buang saudara
     Kerana kasih hamba turutkan

     Berdoa hatiku pada ya Maha
     Agar kasih dibenteng syiar
     Usah ditanya apakah usaha
     Berbagai cara telah diikhtiar

    Jadi wajarkah saya tidak tegur dia? adakah itu satu bentuk hukuman yang paling sesuai untuk dia??

Sunday, May 22, 2011

Adakah semua itu ketentuan Allah atau kehendak sendiri??

Salam..

Bukan hanya sekadar penghibur, diri ku ini sayang
Bukan jua sekadar pelepas rindu mu oh sayang...
Sakit hati ku.. kau buat begitu...

Ok, ni lirik lagu "Benci tapi rindu" dari Diana Nasution... Kalau karaoke saya suka nyanyi lagu ni walaupun lagu lama, sebab tak tinggi sangat sampai jerit2.. hahaha..

Baiklah, lirik tu tak ada kena mengena dengan topik kali ni.. Topik kali ni bukan suka-suka cuma nak fikir macam mana perkara seperti ini terjadi...

Bila suami orang melihat isteri orang seperti isteri sendiri dan isteri orang melihat suami orang seperti suami sendiri..

Bukan apa, cuma saya berdoa agar tak akan pernah berlaku kepada diri ini dan suami tercinta..

Persoalannya.. Adakah semua itu ketentuan Allah SWT atau kehendak sendiri??

"bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi"
"Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang"..

atau

"Manusia merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang"

Tak perlulah kita cari siapa pesalahnya, cuma kita sama-sama berhati-hati dan mengawal nafsu dalam perkara seharian. Dan tak lupa juga berfikir sebelum mengambil tindakan.

Wallahualam...

Wednesday, May 18, 2011

Bismillah.. Bos baru, pengalaman baru.

Salam..

Ni lah yang dinamakan untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. hahaha.. ape pulak kena mengena dengan cerita hari ni??

Baiklah, berbalik kepada tajuk.. Hari ni merupakan hari pertama saya berjumpa bos baru. Sebenarnya bos ni dh melapor diri Isnin hari tu tapi saya cuti sebab sambung hari selasa cuti wesak.. Jadi, gelabah la orang lain ni duk carikan dia kunci, fail meja dan lain-lain keperluan untuk dia.. Hahahah.. gelakkan dorang!!

Hari rabu barulah bersua muka.. Cantik manis orangnya.. tengok macam 30-an rupanya dah 43 tahun umurnya.. haaa... cakap pun baik dan lemah lembut jer.. Orang kedah dan suami orang Termeloh, Pahang.. Suke suki jer En. Firdaus menyebarkan berita palsu kononya dia ada 5 orang anak.. Anak sulung 19, kedua 17 ketiga tingkatan 2 dan keempat darjah 4.. sorang je perempuan, yang ketiga tu..

Bagusnyer la dia, tadi dia suruh buat kerja pastu bila saya dh selesai mesti dia cakap terima kasih.. rase cam segan pulak bos cakap terima kasih.. hehehe... pastu pejabat ktorg ni pulak sejuk seperti berada di Amsterdam, pagi tadi elok sihat jer bos tu petang nak balik dah merah hidung, selsema... kesian dia..

Setakat ni semuanya ok, Alhamdulillah.. Cuma kesian kat bos tu pening-pening lalat nak menyesuaikan diri dengan kerja-kerja baru.. almaklumlah bos lame tu kan workaholic... Takpe bos, pelan-pelan kayuh.. saye sentiasa ada disisi bos untuk membantu..

Wish me luck dengan bos baru okeh!

daaaaa....~

Tuesday, May 3, 2011

Ape kene dgn aku ni??

Salam...

Ape kena dengan saya ni? dah tak boleh bau yang teruk sikit terus rasa anak tekak buat shuffle... rasanya selama ni saya bukanlah manusia yang cerewet sangat pasal bau tapi lately saya jadi sensetif pada bau..

Ok, motif sebenar : Ade sorang pegawai yang segak bergaya, berbaju kot serba hitam, bertali leher dan masih diminati walaupun bergelar suami orang.. eh tak, saya tak minat tapi ade kawan yang minat.. Dia datang, menghantar laporan untuk disemak oleh bos.. bila dia mula dekat dengan meja saya untuk terangkan tentang laporan itu, tidak semena-mena paru-paru saya tidak mahu berfungsi seperti biasa.. tahan nafas... ok 5 saat.. 10 saat (sambil senyum)... aduh, tak cukup oksigen, hembus, sedut sikit... (errkkkk tekak menari shuffle lagi)....

Kenapa??? kenapa??? dia lupa mandi atau berus gigi ke pagi ni??

Kerjaya yang paling shial di dunia...
 gambar ehsan google image

tak tau rasa sedih ke gembira..

Salam...

Selalu saya cerita pasal bos saya kat sini.. Dia seorang yang garang, selalu marah, suka salahkan orang lain.. itu dari sudut yang tak best.


Dari sudut yang bestnyer dia seorang yang pemaaf, dia marah cuma sekejap dan esok atau lusa dia akan lupakan.. Dia jugak tak kedekut markah penilaian prestasi... Kebanyakan orang cakap kualiti kerja dia lebih baik berbanding bos-bos yang terdahulu..

Tadi dapat surat dari ibu pejabat, bos saya ditukarkan ke sana berkuatkuasa 16 hb ni.. mula-mula saya baca surat tu terus Yayyyyy!!!! gembira gile senyum sampai anak rambut... Pastu rasa cam sedih jugak ada.. sebab dia lah bos yang paling banyak ajar saya tentang kerja.. Sejak saya jaga dia, kerja saya jadi teratur dan sentiasa kemas.. Prestasi jabatan pun banyak meningkat hasil dari usaha dia.. dan saya rasa diri saya sangat berfungsi kepada jabatan...

Tiba-tiba datang lah pulak sekumpulan kakitangan datang merayu supaya dia tolak arahan ke ibu pejabat... tapi dia tak dapat tolak sebab ia satu arahan.. Macam sedih bila dia tengok anak-anak buah dia sayang kat dia walaupun dorang selalu kena marah.. nampak macam bergenang air mata dia.. rasa cam sayu pulak bos ni nak tinggalkan kami..

Baiklah, tak apa.. bos baru semangat baru.. tapi masih belum tahu siapa calonya.. semoga orangnya lebih berhemah dan cemerlang.

* gambar ehsan google