Salam...
Hari ni emo sikit, jadi nak update blog pun kena emo jugak....
Cukup-cukup lah tu nak menyindir dan mengata orang!!!!!!!! tak payah lah nak perli orang lain macam lah diri sendiri tu maksum... hari ni Allah bagi nikmat kesihatan dan rezeki, esok mana tahu Allah tarik balik semua tu..
Kita ni tak tau bila ajal kita akan sampai.. Ada yang Allah panggil bila dh tua, ada yang Allah panggil masa masih muda belia lagi... Kalau tak sempat nak bertaubat.... Nauzubillah... Kita tak pernah tahu kalau ajal kita cuma tinggal sejengkal je lagi... Sedangkan orang sihat tengah makan pun boleh meninggal...
Setiap orang pernah buat kesalahan... tapi kita ni siapa nak hukum orang tu masuk neraka dan kita ni confirm masuk syurga... Kalau pun orang tu ada buat kesalahan tak payah lah kompang sekampung.. Perli depan-depan, sindir, cerita kat orang pastu ada mat koyak yang tokok tambah garam dan lada kasi kick lagi... Huhhh!!!! Pedas panas berbisa sungguh cerita ko ni cik Jah!! Aku sokong! Aku sokong!!!
Sebelum pandang orang, pandang diri sendiri dulu... Sebelum nilai orang, nilai diri sendiri dulu... Kita ni lawa ke nak cakap orang hodoh??? Kita ni pandai ke nak cakap orang bodoh??? Kita ni baik ke nak cakap orang jahat??? Kita ni rajin ke nak cakap orang malas???
Bersyukurlah sebab Allah bagi nikmat kesihatan tu... Ada orang sakit astma, kencing manis, cancer, strok dan macam-macam lagi.. Hari-hari berdoa dan beribadat pada Allah, berikhtiar beribu-ribu ringgit, dari Perlis sampai ke Sabah mencari penawar, dari dalam negara pergi ke depan Kaabah bersujud dan merayu dengan serendah-rendah dirinya supaya Allah sihatkan tubuh badan. Bersedekah dan berzakat tanpa henti.. Semoga dengan segala usaha tu Allah akan kembalikan kesihatan seperti sedia kala.... Tapi kita yang sihat segar bugar ni huh!!! senang-senang mengata menyindir orang sana-sini... Dia tu teruk lah, dia tu buruk lah, dia tu busuk lah!!!
Bila makan di gerai dan restoran, ada orang buta, anak yatim atau orang dari sekolah pondok datang mintak jasa baik kita hulurkan sedikit rezeki dari poket kita untuk dikongsi bersama mereka... Apa yg kita buat????? Jeling je??? cakap "takde-takde"??? geleng-geleng kepala?? atau cakap "tengok ok jer, pergi lah kerja, jangan mintak sedekah jer!!".... Sampai hati kita buat kat orang macam tu??? Tak ingat ke kita pada Allah bila waktu susah??? Tak ingat ke kita berdoa setiap kali lepas solat "Ya Allah, murahkanlah reseki aku, berilah aku duit lebih supaya aku mampu beli ini, ini, ini....... dan ini..." Tak ingat ke?? tapi bila Allah dh beri rezeki lebih pada kita apa kita buat pada orang lain yang tengah susah???? "Aku penat-penat kerja senang-senang nak bagi kau"
Allahhuakbar!!!
Kita tak tahu esok atau lusa kita akan diuji oleh Allah... Bila kita berada dalam keadaan sangat susah, sakit dan tersiksa, kita rasa seperti kita nak merayu mintak tolong pada sesiapa sahaja dan nak mintak ampun pada semua orang yg dengan sengaja atau tidak kita sakitkan. Mungkin kita dah lupa saat siksa tu ataupun belum pernah rasa saat siksa tu, tapi Allah maha berkuasa... Kunfayakun!!!! dengan izin Nya masanya akan tiba...
Semua yang saya tulis kat atas ni tak ada kaitan dengan sesiapa.. Sekadar nak ingatkan diri sendiri dan bertaubat kepada Allah SWT...
(Kita = Kau)
No comments:
Post a Comment