Salam...
Hai sahabat-sahabat dan rakan taulan yang ohsem sekalian..
Pernahkah anda merasai SAKIT GIGI??? Ada yang mengatakan sakit gigi merupakan kesakitan yang kedua paling digeruni selepas sakit bersalin. Betul ke?? Kalau korang tanya saya jawapan nya mestilah ya benar sebenar-benarnya.. Sangat sakit sehingga sakit kepala, mata, telinga, pipi, hidung dan sakit hati... Semuanya menyakitkan hati pada ketika itu.. sehingga suami lalu kat sebelah pun menyakitkan hati.. Apsal ek?? Kena pulak time tengah berdenyut-denyut sakitnya macam dicucuk-cucuk dengan jarum.. Bila datang sakit yang betul-betul kuat tu, rasa macam gigi tu kena paku dan diketuk kuat-kuat dengan tukul... sehingga membengangkan kepala.. bila datang sakit macam ni memang rasa nak tendang-tendang je dinding, kerusi dan meja..

2 minggu lepas saya kena sakit gigi.. Memang merisaukan sangat sebab bila tengah mengandung ni langsung tak boleh makan ubat tahan sakit.. Antibiotik pun tak digalakkan.. Jadi kena lah tahan je sakit tu.. Saya cuba berubat cara homeopati tapi tak berhasil jugak.. bila pergi kerja langsung tak ada semangat nak buat kerja. Asyik letak kepala atas meja sambil gosok2 pipi.. Muka pun pucat semacam, lagi pulak tak ada selera nak makan tapi sebab mengandung menggigil2 rasa lapar.. Nak makan pun tak boleh sebab sakit sangat.. Yang boleh cuma minum susu jer..
Kebetulan pulak suami out station masa tu, pergi dan balik kerja kena drive sendiri.. Sambil drive pun meleleh air mata sebab menahan sakit... Balik kerja hari kedua tu saya dah tak tahan sakit sangat dan tak sanggup sakit macam ni bila mengandung.. Saya pun pergi ke klinik gigi di Semenyih. Cuba lah usaha mana tahu doktor boleh tolong buat sesuatu atau bagi ubat yang sesuai untuk orang mengandung..

Menunggu giliran pun boleh tahan lama.. Bila sampai giliran, saya masuk jumpa dengan doktor. Seram jugak nak serah diri ni.. baring kat kerusi rawatan tu sambil tengok lampu bulat atas kepala tu memeng rasa menyeramkan.. Mungkin jugak saya ni ada fobia jumpa doktor gigi kot.. kemudian doktor pun mula lah periksa gigi saya. Doktor cakap gigi saya ada lubang kecil sebab bekas tampalan dulu dah pecah sikit dan lubang mula terjadi.. Jadi disebabkan dah terlalu lama saya biarkan, gigi dah mula reput di dalam. Jika dibiarkan lama takut gigi jadi semakin reput dan patah di dalam jika hendah dicabut kemudian. Kalau itu terjadi, pembedahan kecil terpaksa dibuat nanti.. OOOooooOOoo.. Sangat menakutkan.. Jadi doktor cadangkan saya cabut gigi pada masa itu jugak, dan ia juga tak akan membahayakan kandungan sebab kandungan saya masih belum mencapai 7 bulan.. Apa kaitan nya dengan 7 bulan, saya tak pasti dan tak sempat pulak tanya..
Bermula lah proses membius dan mencucuk sana sini.. masa tu saya memang takut sangat, jadi apa yang doktor tu buat saya tak tengok langsung.. Saya cuma pejamkan mata dan redha je... Lepas dah cucuk-cucuk bius, doktor mula test cucuk-cucuk gigi dan gusi. Dia tanya rasa sakit tak? saya jawab masih rasa sakit sikit lagi.. Jadi doktor kata dia biarkan dulu 2-3 minit supaya ubat bius tu betul2 kebaskan gusi.. Lepas tu doktor datang balik dia test lagi cucuk3 gusi dan tanya sakit atau tak.. Saya jawab saya masih rasa sakit.. Doktor tu kata mungkin tu bukan rasa sakit tapi rasa ditekan saja.. Jadi doktor mula lah kerja mengambil penyepit gigi dan dia pun pulas-pulas kiri dan kanan gigi tu... Masa tu, "AAaaarrrrrrrrr!!!" menjerit-jerit lah saya. Sakit nya bukan main lagi.. rasa menyesal yang teramat sangat.. Doktor tu tanya "rasa sakit sangat ker?" saya mengangguk2. Doktor tu pun tambah lagi cucuk ubat bius pada gusi saya.. Lepas tu dia sambung lagi pulas-pulas dan tarik-tarik gigi saya... Aduh!!!!! sakit gila rasanya.. Doktor tu pun cakap "Sabar puan sabar, gigi dah tercabut pun. Sikit jer lagi" saya pun menahan lah sikit lagi.. Akhirnya gigi tersebut telah bercerai dengan badan tuannya.. Alhamdulillah....... Tapi kesakitan saya tak terus hilang.. Doktor bersihkan kawasan gusi dan kesan lubang gigi yang dicabut tu.. ape yang dibuatnya pun ntah saya tak tau.. Rasa mcm lega baru lepas beranak.. Proses cabut gigi ni pun tak lama sangat lebih kurang 10 hingga 15 minit sahaja..

Doktor tunjukkan pada saya gigi yang telah dicabut tu.. Katanya sebab dah banyak nanah jadi bila dibius pun ubat bius tu tak berkesan lagi.. Cara yang terbaik adalah cabut gigi tu supaya nanah di dalam boleh keluar.. Doktor tu tanya saya datang dengan siapa sebab dia tak nampak pun ada sesiapa tunggu saya di luar. Saya bagi tahu saya datang seorang jadi doktor tu suruh saya berehat dulu dalam bilik rawatan tu sehingga stabil baru boleh drive balik ke rumah.. Waktu tu rasa sakit dah tak seteruk masa di pejabat siangnya, tapi rasa sakit bengkak pada gusi dan rasa kebas sebab kesan ubat bius ada lagi.. 5 minit lepas tu baru saya keluar.. Saya diberi mc 1 hari dan ubat panadol sebagai ubat tahan sakit. Doktor pesan supaya saya makan nasi terlebih dahulu sebelum makan ubat..
Balik ke rumah, saya terus sambar nasi sesenduk jer.. Bukan sebab lapar tapi sebab nak cepat2 makan ubat panadol tu.. Ada lauk ikan goreng yg mak mertua saya gorengkan tapi saya tak selera nak makan sebab isinya macam keras sikit.. Jadi saya cuma telan2 jer nasi yang digaul dengan kicap.. Lepas makan cepat2 saya telan 2 biji panadol. Daniel nak ajak saya main tapi saya langsung tak larat nak layan dia.. Saya cakap kat mak mertua yang saya tak larat sangat dan nak berehat dulu.. Nasib baik lah mak mertua saya jenis yang memahami. Dia ajak Daniel tengok kartun di ruang tamu dan saya pun berehat dalam bilik..
Lima minit lepas makan panadol, rasa sakit mula beransur baik.. Dua malam sebelumnya saya langsung tak dapat tidur lena sebab sakit, tapi malam tu saya dapat tidur lena.. Alhamdulillah sakit saya semakin berkurang.. Saya bersyukur sangat pada Allah sebab telah beri saya keberanian untuk menyelesaikan masalah sakit gigi ni.. Nak mengatasi fobia berjumpa doktor gigi ni bukan mudah tambahan pulak suami tak ada masa tu..
Empat hari selepas cabut gigi tu saya rasa bengkak di kawasan lubang gusi tak surut lagi jadi saya datang semula ke klinik gigi untuk dapatkan rawatan lanjut.. Doktor kata masih ada nanah lagi dan jangkitan kuman. Jadi doktor bersihkan kawasan lubang gusi dan masukkan antiseptik ke dalamnya..
Sekarang selepas 2 minggu gigi saya dicabut, saya rasa lega sangat.. Lubang bekas dicabut pun semakin mengecil dan pulih.. Nasib baik gigi tu di belakang jadi bila senyum pun tak perasan dia tak ada. hihii..
Jadi, kesimpulannya jika kita ada masalah jangan lah takut untuk menyelesaikannya dan hadapinya sebab bila dah selesai kita akan rasa lega sangat...