Monday, July 27, 2015

Nah! gambar-gambar untuk tatapan mata korang

Salam..

Alang-alang terajin sikit masuk ke blog ni ingat nak belanja gambar-gambar yang terasa macam nak tunjuk kat korang.. random ok..


Ini hantaran tema turqoise yang saya buat untuk majlis pernikahan abang sulung saya.. Hantara bajet yang sangat simpel dan dibuat dengan penuh kasih sayang untuk Long.
Ini hantaran perkahwinan Zana kawan ketotol hohoho.. Dah lama dah ni..
Ini hantaran Adib..



Ini gubahan bunga yang saya buat untuk Yani. Sebelum ni tema rumah yani English Deco pastu tahun ni dia nak ubah ala-ala Morocco jadi dia nak warna-warna yang terang dan garang dengan perincian berkilau.. Sungguh memukau..

Yang ini pun ditempah oleh Yani. 




Ini gubahan bunga di opis saya. Pasu hitam tu hadiah masa saya kahwin dari kawan-kawan di JPN Pahang.

Ini gubahan bunga yang ditempah Oleh Datin Faridatul bos saya. Dia kata nak deco bilik pengantin. Anak lelaki dia Ehsan kawin.

Bunga Orkid ni ditempah oleh Kak Mim.

Macam biasa kalau tase ala2 english style ni mestilah ditempah oleh Yani.. Sebenarnya Yani beli gubahan bunga dari Lovely Lace tapi tak berapa sedap mata memandang jadi dia mintak tolong saya alter dan buang beberapa bunga yang dia tak berkenan dan tambah elemen2 English ke dalam gubahan ni..
Ok, sekian untuk tatapan anda..
Byeee...


*Mcm biasa kalau nak tempah whatsapp saya 019-3832579. Tapi sekarang tengah bz dengan urusan seharian. Tempahan akan ambil masa yang lama sikit laa yee..

Balang kuih raya lagi dan lagi..

Salam...

Ni seperti yang dijanjikan. Gambar-gambar balang kuih raya yang saya buat untuk pelanggan-pelanggan yang dihormati.. hahaha.. enjoi.. kalau nak order untuk raya tahun depan boleh lah cuci-cuci mata dulu ya..

Setakat ni baru ini je design yang sempat saya buat.. yerla kan.. sibuk dengan kerja kat pejabat balik rumah berkejar2 dengan urusan kerja sekolah anak, gosok baju kerja, masak, kemas rumah pastu baru ada peluang duk bersila atas karpet untuk memulakan hobi.. Insyaallah tahun depan kalau saya dah dapat masuk kuarters saya akan buat ready made dan anda boleh order pastu saya pos.. sonang ajo.. hohoho...

Yang ini warna merah. Ditempah oleh kakak ipar saya, katanya untuk dihadiahkan untuk keluarga mertua.

Kakak ipar mintak buat 4 biji sahaja.

Yangi ini warna kelabu dan pink. Ditempah oleh Fatin customer saya dari Cheras. Fatin tempah 10 botol. banyak jugak lah.. Mengah jugak nak siapkan. Dah la banyak boleh pulak saya suruh Fatin self pickup kat Putrajaya. Saya tak tau yang Fatin datang naik motosikal.. Tak terbayang macammana Fatin bawak balik dengan kotak besar.

Alhamdulillah... raya ke lima Fatin whatsapp cakap dia puashati dengan balang2 kuih raya dia.. Aduh bukan kepalang rasa gembira di hati ini... heheheeheheh

Yang di under construction.. Belum siap sepenuhnya. Saya akan tambah stripes purple dan turqoise di tengah2 botol balang tu untuk menambah seri.. ceeewah..

Balang ni ditempah oleh Yani kawan satu ofis. Dia nak buat open house so nak letak kerepek2 dalam ni.

Kalau tengok warna pilihan Yani memang meriah dan berani. Padanlah dengan orangnya yang cantik dan menyerlah.. Tapi botol yang ni saya terpaksa cas mahal sikit sebab gunakan bahan-bahan yang mahal..
Ada lagi beberapa tempahan yang sempat saya buat tapi saya terlupa nak amik gambar.. Biasalah clumsy kelam kabut tak sabar nak serah kepada pelanggan. Antara warna yang terlepas tu ada warna coklat, pink silver dan peach... Apa nak buat tak de rezeki nak jamu mata korang..






Thursday, June 25, 2015

Balang kuih raya 2015. Projek Bulan Puasa

Salam...

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya sempat buat projek balang kuih raya berhias riben-riben, span gebu dan bunga berwarna yang cantik-cantik ini.. hew hew..

Kalau ada sesiapa yang berminat nak beli balang kuih raya berhias riben-riben, span gebu dan bunga berwarna yang cantik-cantik ini silalah whatsapp saya 019-3832579. Last order pada 3 Julai 2015 (Jumaat) ya.. kasik can saya mau kemas rumah pulak.. nantik kalau ada warna-warna lain saya akan update kat sini..

Harga : 

Balang besar (untuk letak kerepek) RM 8.00
Balang kecil (untuk letak biskut) RM 7.00

material balang : plastik




Monday, March 9, 2015

Tercari-cari

Salam...

Kadang-kadang saya tercari-cari dimana tempat untuk meluahkan perasaan. Dimana telinga yang tidak akan sebarkan cerita saya. Dimana boleh saya lepaskan sekejap beban yang tergantung di bahu ini..

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... Aduh... berat juga perasaan in.. Aku cuba sedayanya untuk tidak memahami perasaan dia. Supaya aku tidak turut sama merasai beban perasaan sedih dia.. Aku sudah cuba bantu sedayanya namun aku takut kemudian ia akan menjadi tanggungjawab aku.. Kerana tanggungjawab aku sendiri tidak sempat aku laksanakan....

Wednesday, November 12, 2014

Lompat Tikam Belakang

Assalamualaikum...

Adakah sibuk atau pemalas yang amat menyebabkan saya tidak mengupdate blog sebegini lama.. Kesian kepada para peminat yang sentiasa menanti cerita terbaru saya diluar sana.. kahkahkah!

Kemurungan dan kemerundungan sedang mengalami diri ini buat ketika ini.. Tahun 2014 ini merupakan tahun yang paling mencabar dalam hidup saya.. Banyak betul dugaan dan cubaan dari Allah SWT berikan.. Mungkin ada amaran dan signal2 yang Allah SWT ingin sampaikan atau mungkin Allah SWT ingin saya menjadi seorang yang lebih hebat dan power di masa akan datang. 

Ada orang diuji dengan masalah keluarga, ada juga diuji dengan masalah harta, tak kurang juga diuji dengan masalah kesihatan. Namun Alhamdulillah saya diuji dengan masalah dalam kerjaya. Kalau diuji dengan masalah keluarga, harta dan kesihatan tak ke meleleh je air mata ni.. Alhamdulillah...

Ok, biasalah.. masalah saya tak boleh cerita dalam blog tapi cuma boleh mengeluh je.. Bagi cerita kias-kias je dah la kan.. 

Bila kawan tikam belakang.. Cis!! kawan ke? silap la aku anggap dia kawan.. Dia bukan kawan tapi apa ye??? sanggup tikam belakang kawan sendiri.. Kenal pun tak lama, baru sebulan tapi yer lah kan, nasib kami hampir sama jadi kami saling bercerita dan meluahkan perasaan tentang masalah masing-masing.. Tak sangka! apa yang saya cerita, dia sampaikan balik kepada orangnya (Si X). Dan yang lebih parah ditokok tambah lagi.. Sehinggakan Si X sanggup datang ke pejabat saya sekarang untuk menyerang dan mengadu berkenaan saya dengan bos saya.. Syukur Allah ada bersama saya. Kebetulan pada minggu tersebut saya bercuti 4 hari sebab ada urusan tanah di kampung. Alhamdulillah.. Tak perlulah tengok muka Si X yang penuh dengan kebencian dan ketaksuban terhadap dunia. Dan si kawan tikam belakang ni pulak tolong ajarkan Si X lagi macam mana cara nak jahanamkan saya. Hebatkan.. Allah Maha Besar.. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa hambanya ini..

Masalah dari awal tahun dah jadi makin merebak-rebak. Dari bermasalah dengan Si X, kemudian dengan Si Y, kemudian dengan si tikam belakang lagi... Jadi makin berserabut dan bertambah bosan! Semangat untuk bekerja dan melakukan yang terbaik untuk jabatan semakin terpadam.. Jadi demotivated! jadi BENCI! RIMAS! BOSAN! GILA! STRESSS!!! yang teramat sangat. Setiap hari pergi kerja dengan perasaan yang teramat berat dan setiap langkah sangat longlai.. Rasa nak maki2 dengan perkataan lucah dan hina! Astaghfirullahalazim.... tidak lah saya sampai ke tahap begitu.. Kalau saya ni jenis jahat mulut dah lama saya maki-maki orang yang sejak dari awal-awal lagi menimbulkan masalah buat diri saya. Tapi sampai bila saya nak pendam dan senyap? 

Thursday, October 2, 2014

Dah Bersawang...

Salam...


Dah berapa lama ntah dah tak berblog.. Saat ini masih lagi diuji oleh Allah.. Alhamdulillah terasa Allah dekat di hati.. Walaupun ujian ni berat dan mengaibkan tapi aku harus bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku dah keluar dari "neraka" dunia tu..


Syukur ke hadarat Allah SWT sebab di tempat baru ni walaupun aku tak ada tempat tetap, meja kerusi dan computer namun semua orang di sini dapat menerima aku seadanya.. Sebab mereka tahu apa yang terjadi dan faham perangai manusia yang satu lagi tu.. Wallahualam... Semoga Allah mengampunkan dosanya..


Aku berharap agar apa yang doakan ketika usai solatku menjadi kenyataan.. Apa yang aku mohon dari Allah SWT ketika malam Ramadhan dulu juga dimakbulkan Allah dan ia juga adalah sesuatu perkara yang baik buat kami.


Tiada airmata yang aku buang untuk orang yang tidak pernah menghargai apa yang aku telah lakukan.. Aku telah memberi dan melakukan yang terbaik.. Namun dia tak Nampak. Yang dia Nampak cuma kesalahan-kesalahan kecil yang aku sendiri tidak mampu kawal kerana aku juga adalah manusia biasa yang banyak kelemahan.. Terima kasih Allah, terima kasih Encik A, terima kasih B--- kerana bawa aku keluar dari sana.


Alhamdulillah juga kerana disaat genting dan aku sudah tidak dapat bezakan antara yang betul dan tidak, kekasih hati iaitu suami ku sentiasa berada di belakang untuk mendengar setiap rintihan dan masalah aku. Malahan dialah yang banyak menyabarkan aku supaya tidak bertindak terburu-buru.


Hidup ini umpama roda.. Adakala kita di atas dan adakala kita dibawah.. Saat di bawah ini aku sentiasa mendoakan semoga yang di atas itu tidak pernah lupa diri dan menekan yang dibawah.. Bila tiba saatnya, aku harap ketika dia berada di bawah nanti dia akan menyesali sebenar-benarnya penganiayaan dan kesalahan yang dilakukannya dengan sedar. Semoga Allah memberikan dia keampunan...



Thursday, March 27, 2014

Cita-cita seorang isteri, ibu dan anak...

Salam...

Setiap manusia pasti ada cita-cita masing-masing.. Di sekolah cikgu akan tanya apa cita-cita kita dan ditulis dalam buku laporan kita.. Ada beberapa cita-cita saya masa di sekolah dulu. Antaranya saya nak jadi kerani macam mak, kemudian nak jadi cikgu atau ustazah, nak jadi saintis, nak jadi angkasawan, nak jadi doktor, nak jadi pramugari, nak jadi pembaca berita, nak jadi pengacara tv dan macam-macam lagi..

Tetapi bila lihat ke alam nyata, saya sebenarnya adalah seorang penjawat awam. Bekerja dengan Kerajaan Malaysia. Dan bertugas sebagai seorang Setiausaha Pejabat.

Bila usia mencapai 30 tahun, saya mempunyai cita-cita baru. Impian untuk menjadi seorang SURI RUMAH. Suri rumah sepenuh masa. Bila difikirkan balik, cita-cita ini mungkin tidak dapat disempurnakan kerana terikat dengan komitmen tugas dan keadaan kewangan keluarga yang mendesak saya untuk sama membantu suami mencari nafkah dan keselesaan untuk keluarga.

Alangkah indahnya jika saya dapat mendidik sendiri anak-anak dengan tangan sendiri. Melilhat perkembangan fizikal, sahsiah dan rohaninya.. Mengajar anak-anak bersolat 5 waktu sehari semalam. Mengajar anak-anak membuat kerja rumah, menyuapkan makanan ke mulut anak dari masakan sendiri, menyediakan pakaian lengkap untuk anak. Menidurkan anak setiap malam..


Alangkah indahnya jika saya dapat menyediakan kelengkapan untuk suami pergi bekerja. Mengemaskan beg kerja, menyediakan roti bakar dan teh o untuk sarapan pagi, memasak bekalan nasi goreng tak pedas dengan telur mata beserta bekal air putih. Menggosok pakaian kerja suami lengkap untuk 1 minggu setiap hari sabtu atau ahad. Menyambut beg kerja suami setiap kali suami balik kerja. Sekali sekala mengajak suami dan anak-anak makan malam di kedai.


Alangkah indahnya jika dapat menyapu habuk-habuk dilantai rumah, mengemop lantai sehingga berkilat. Mengebas habuk dan sawang di almari hiasan. Menukar langsir setiap 2 atau 3 bulan sekali. Menukar kedudukan kerusi sofa dan almari perhiasan agar tak jemu. Menggubah bunga untuk diletakkan di atas meja makan. Menukar cadar katil, bantal dan meletakkan wangian lavender dalam bilik tidur.


Alangkah indahnya jika dapat menjahit baju raya untuk Ayang, Daniel dan Eryna. Semua warna sedondon lengkap bersampin, bersongkok, tudung dan kasut berkilat.. Merebus ketupat, memasak rendang ayam dan daging, memasak kek marble dan kek span vanila beserta topping fresh cream. Tak ketinggalan cream puff kegemaran Daniel, biskut kegemaran Eryna dan kurna ayam kegemaran  Ayang.. Memilih langsir berwarna kelabu bagi dipadankan dengan day curtain warna cream bercorak damask. Menukar gambar di dalam frame gambar dengan gambar terbaru seisi keluarga. Menggubah bunga baru berwarna pink hijau untuk diletakkan di atas almari hiasan. Melayan tetamu yang datang beraya di rumah. Bersembang dan bercerita tentang masakan dan kuih muih..

ni contoh aje.. gambar Siti beraya

Alangkah indahnya jika dapat datang melawat mak abah setiap hujung minggu. Mengajak mak, abah, long, uda, pipi dan amir datang berjalan di rumah. Menyediakan bilik tetamu untuk mereka tidur. Masak kan makanan untuk mereka makan ketika berada di rumah. Membantu mak dan abah menguruskan kenduri kahwin long atau adik-adik. Bersembang sehingga ke pagi bercerita tentang nenek, kampung, saudara mara dan pokok buah di kebun.



Ini semua cuma angan-angan.. Aku berdoa akan menjadi kenyataan.. Insya Allah..