Monday, May 23, 2011

Hukuman??

Salam...

Cikgu Azizah pernah cakap kat saya

      "Bila saya tegur, marah dan rotan awak, maknanya saya sayang kat awak, saya tak nak awak terus buat kesalahan.. Tapi bila saya dah tak tegur, marah dan rotan awak, maknanya saya dah tak sayang kat awak, saya benci kat awak dan biarkan awak terus buat kesalahan"

       Betul ke apa yang cikgu saya cakap?? betul ke bila orang tegur, marah dan rotan tandanya sayang?? Bila saya tanya suami saya, dia cakap cikgu saya betul.. Dan saya juga setuju dengan cikgu saya. Alhamdulillah, kerana teguran, marah dan saya selalu dirotan oleh cikgu-cikgu dan Mak Abah maka saya jadi seperti diri saya sekarang.. Walaupun saya bukanlah seorang yang terlalu hebat dalam pelajaran mahupun memiliki kerjaya yang gemilang, hari ini saya telah menjadi seorang manusia. Gembira dan bahagia bersama keluarga, kerja dan harta benda yang saya kumpul dari titik peluh sendiri. Tak lupa juga pemberian dari yang tersayang.. Syukur ALHAMDULILLAH...

       Bagaimana pula dengan orang yang tak boleh menerima teguran??? kita tegur kerana tak mahu mereka terus buat kesalahan dan kerana kasih dan sayang sesama Islam.. Sebaliknya teguran kita dipatahkan dengan sindiran dan kata-kata "busybody, mengumpat, mengata, meroyan" dan macam-macam lagi. Ya, mungkin kasih sayang kita ini tidak cukup bagus untuk dia.. Dia tidak layak dikasihi oleh orang-orang seperti kita.. Hanya kasih sayang dari seorang "sahabat sejati" dunia dan akhirat sahaja yang layak buat dia.. Siapalah kita ini, hanyalah kawan-kawan biasa dan tidak setaraf dengan "sahabat sejati"..


pokok timun papa mula membuahkan hasil.
sedap jugak dibuat ulam nasi lemak...
Sekadar gambar hiasan..

     Nasi lemak buah bidara
     Sayang selasih hamba lurutkan
     Buang emak buang saudara
     Kerana kasih hamba turutkan

     Berdoa hatiku pada ya Maha
     Agar kasih dibenteng syiar
     Usah ditanya apakah usaha
     Berbagai cara telah diikhtiar

    Jadi wajarkah saya tidak tegur dia? adakah itu satu bentuk hukuman yang paling sesuai untuk dia??

1 comment:

  1. itulah penangan guru zaman dahulu.hukum kita coznak bagi kita jadi manusia,parent tak byk cakap..suka and senyum sampai telinga bila dgr weols kena hukum cikgu.nowadays..bila guru hukum pelajar, jentik skit, rotan bagai..parent dtg serang cikgu kat sekolah,maki cikgu,siap bawa kes pg balai, saman menyaman bagai..seems that sesetengah parents nowadays tak suka anak dorg jd manusia.

    ReplyDelete