Monday, May 30, 2011

Salam takziah

Salam..

Hari ini hari 31 Mei 2011. Pagi tadi sampai di pejabat saya nak pergi ke pantri untuk buat air. Tapi tak sempat sampai ke pantri saya terkejut sebab nampak Kak Rokiah menangis sambil peluk Kak Fazila.. Saya datang dekat tanya kawan-kawan yg lain.. Rupanya Suami Kak Fazila baru meninggal dunia pagi tadi sebab kemalangan. Innalillahiwainnalillahirojiun... terus Kak fazila mintak tolong En. Azrul, Kak Rokiah, Kak Ramlah dan kawan-kawan lain teman pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya..

Ya Allah.... Sedihnya, sampai saya pun berlinang air mata.. Pagi tadi sempat lagi Kak Fazila sarapan nasi goreng dengan suami dan anak-anak bersama.. Keluar rumah sama-sama untuk pergi ke pejabat tapi suami dia pergi kerja asing-asing... Tadi, anak Kak Fazila beberapa kali telefon tanya kenapa Kak Fazilah suruh mandi dan siap cepat-cepat.. Tapi Kak Fazila tak nak bagi tahu...

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan mereka. Ringankanlah beban mereka dan tabahkanlah hati mereka.. Amin...

1 comment:

  1. Innalillahiwainnalillahirojiun.. besarnya dugaan pn fazila terima.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh suaminya.. Kirimkan salam takziah pd Pn Fazila ye Anis..

    ReplyDelete