Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan..

Salam...

Alhamdulillah.. kita dah masuk ke bulan Ramadhan yang penuh berkat.. Rasa diri saya semakin tenang dan seronok menempuhi hari pertama berpuasa ini.. Yang paling saya suka, fikiran rasa lapang dan senang sangat.. Rindunya pada Ramadhan..

Insyaallah tahun ni saya berazam untuk berpuasa penuh sebulan.. Jika Allah izinkan, saya memohon supaya sepanjang bulan puasa ni saya tak mengalami alahan teruk dan apa-apa kemudaratan lain yang boleh membatalkan puasa..

Pagi tadi bila sampai di pejabat saya rasa mengantuk sangat.. tak boleh kawal sampai terlentok2 kat meja.. aduh.. susah betul nak celikkan mata.. Bila dah petang ni barulah segar sikit.

Dan, aktiviti biasa para isteri adalah memikirkan menu apa untuk berbuka puasa nanti.. Memandangkan saya masih mengambil waktu bekerja P3, jadi saya lupakanlah hasrat untuk masak lebih-lebih untuk berbuka.. Yang saya fikir cuma juadah yang boleh di beli di bazar Ramadhan jer.. Mungkin saya akan masak sesuatu yang istimewa pada hujung minggu sahaja..

Apapun saya nak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog ini.. Ampunkan dosa dan salah silap saya selama ini.. Semoga Allah memudahkan urusan kita bersama..

No comments:

Post a Comment