Monday, April 11, 2011

Seminggu di sabah.. Bahagian 1. (Adat perkahwinan Suku kaum Bajau)

Salam...

Cerita sikit lagi nak basi.. Barulah nak hidangkan ek.. Ok ni lah citer masa saya balik ke rumah kakak ipar di Kota Kinabalu, Sabah hari tu.. kita orang naik flight ke sabah pada pagi Jumaat 11 Mac 2011. Sampai di KK pun dah petang. Terus kitaorang siap-siap sebab lepas Maghrib nak pergi ke Kampung Tambalang. Minggu sebelum tu sepupu Papa di Kampung Tambalan menjemput kami sekeluarga ke kenduri kahwin anak lelaki dia.. Sampai je kitaorang di rumah pengantin, nampak macam orang dh tak ramai. Nak masuk pun malu sebab ingatkan dh lambat sangat. Tapi nasib baik rupanya orang baru makan-makan.. 

Mula-mula masuk kawasan rumah terus nampak khemah tetamu.. Saya jadi macam jakun bagai sebab hiasan untuk khemah tu tak macam kita disini.. Lain sikit. Kalau kat sini kita biasa pasang scallop kat tepi khemah kan tapi dorang pasang kain yang ade hiasan segitiga-segitiga cam gambar tu.. Saya tanya husband kenapa dorang pasang kain tu, nampak tradisional dan etnik sangat.. Husband cakap ni lah adat kaum Bajau Sabah. Dorang dari keturunan Bajau dan sepupu papa ni sangat menghargai adat keturunan dia..

Kalau kita disini, malam berinai hanya untuk pengantin perempuan, tapi kat Sabah pengantin lelaki pun ada malam berinai.. Pengantin akan dipakaikan pakaian yang cantik dan ditepung tawar di atas pelamin. Pastu adik beradik lelaki tu akan pakai baju cantik2 jugak dan menjadi pengapit untuk abangnya.. Lepastu pengantin akan ditepung tawar oleh saudara mara tanda restu..

Then, yang menarik pada malam tu adalah pelaminnya.. pelamin tu betul-betul mengikut hiasan dari suku kaum Bajau.. Pada saya nampak antik dan jarang-jarang kita dapat tengok.. Hiasan tepi pelamin bukan lah jambangan bunga tapi tembikar yang dibuat dari tembaga..

Pelamin yang sungguh klasik.. adik perempuan dan lelaki yang jadi pengapit

Tepi pelamin dihias dengan tembikar dari tembaga.. antik

klasik dan antik giler..

Rumah jugak dihias dengan kain hiasan macam ni.. rare..

khemah tetamu pun ada hiasan macam ni.. sori gambar macam tengah gempa bumi

Ni nenek tiri husband.. sekarang tinggal di Labuan dengan Babuma.

ni pulak moyang husband.. mak kepada nenek dia tadi.

Ni mak budak..


Ni bapak budak
Bergambar dengan pengantin lelaki.. dia mengadu tanjak tu ketat.. hihihi
Lepas bersanding, budak-budak pulak lanyak pelamin.. Daniel pun nak ikut sama..

5 comments:

  1. wauuu...ni betol2 tradisi nih

    ReplyDelete
  2. I am truly happy to read this weblog posts which contains tons of valuable
    facts, thanks for providing these kinds of data.

    Feel free to surf to my web-site; cheap toys

    ReplyDelete
  3. Fantastic website you have here but I was wanting
    to know if you knew of any discussion boards that cover the same topics discussed in
    this article? I'd really love to be a part of online community where I can get feed-back from other experienced people that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Thanks!

    Here is my page family pet and companion

    ReplyDelete
  4. Hey! This is my first comment here so I just wanted to give a quick shout out and say
    I really enjoy reading your blog posts. Can you suggest any other blogs/websites/forums
    that cover the same subjects? Thank you!

    My page :: Dragon City Hack

    ReplyDelete