Monday, October 24, 2011

Filem Ombak Rindu..

Salam..

Haritu saya ada terbaca dalam Beautiful nara yang Filem Ombak Rindu telah menjalani pengambaran dan akan ditayangkan pada 1 Disember 2011. Filem yang diadaptasi dari novel Ombak Rindu ni akan dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani.

Jadi, oleh kerana tak nak perkara lalu berulang lagi (saya terlepas tengok drama Nora Elena sebab selalu balik kerja lambat - jadi beli novel dan baca saja tanpa dapat feeling romantik Aaron Aziz dengan Siti Saleha) maka saya dengan semangat wajanya telah membeli novel Ombak Rindu dari MPH Alamanda Putrajaya sementara tunggu husband ambil balik kerja. Suku buku jugak sempat saya baca.. Sampai setiap hari saya jadi tahi novel (abang sulung saya panggil orang suka baca novel = tahi novel, suka main game = tahi game). Masak pizza, sementara tunggu roti masak mengadap novel depan oven, ade ke patut.. Sampai lunyai kulit novel tu terkena air. Hahaha.. Sedangkan selama ni saya bukanlah tahi novel.... Saya memang malas betul nak membaca novel lagi-lagi yang tahap Yellow Pages. Semangat tengah membara ni tak sabar nak tengok filem Ombak Rindu kat wayang dengan somi terchenta... hahahaa... Semalam tengok trailer filem Ombak Rindu kat Astro Prima, terus berazam menghabiskan novel tersebut dalam minggu ni jugak...

Apa yang membuatkan saya malas membaca novel bila saya selalu tersalah beli novel yang tak best. Contohnya cerita-cerita perempuan perasan cantik, kononnya dalam opis tu dia lah yang paling cantik. Maka berebutlah segala jantan tak kira dari bos, opis boy dan laki orang. Tak kurang jugak cerita pasal perempuan perasan Korea-korea, comel konon tapi buat lawak tak kelakar langsung, oleh sebab sifat yang macam kelakar tu, maka ramai laki berebut nak kat dia sampai tak tau nak pilih mana satu.. Ade jugak novel cerita rumah tangga tapi tak boleh terima akal, dah kawin berpuluh tahun tapi tak boleh toleransi dan paham antara suami isteri. Si suami sibuk dengan kawan-kawan dan mengadap internet dan si isteri macam budak sekolah tak pandai ambil hati suami pastu tak de kerja lain menangis jer.. huhhhh.. terus terpadam minat saya nak baca novel..

Jadi saya akan tanya kat kawan-kawan yang agak tahi novel untuk tau novel mana yang terbaik dari ladang.. Saya tak mahu lah habis duit tapi tak habis baca.. Rasanya ada 4 - 5 novel yang jadi camtu.. Duk tersusun cantik kat almari tapi saya baru baca sampai bab 3 je terus fedap.. Tak ada magnet yang tarik saya untuk mengetahui penghabisan novel tu.. Sayang, kulit dah cantik...

Antara novel yang saya suka adalah Kasih Yang Suci, Pergilah Sepi dan Ombak Rindu. Banyak lagi tapi tak ingat tajuk (biasalah bukan tahi novel sejati kan).. Novel yang selesa untuk saya baca adalah novel yang sederhana. Jalan cerita yang tak meleret-leret, ayat yang mudah difahami dan logik dengan kehidupan sebenar.. Kenapa saya rasa cerita macam ni selesa? sebab kita boleh meletakkan diri kita sebagai watak.. Memahami perasaan yang sedang dialami dan merasakan setiap tindakan yang dilakukan oleh watak relevan dan tidak bodoh serta melulu..


Jadi kepada kawan-kawan sekalian, apakah novel-novel yang best untuk dibaca? yang romantik dan relevan dengan kehidupan seharian kita.. Tak semestinya watak heroin tu perempuan paling cantik di alam semesta, cukup sekadar manis dan sopan..

No comments:

Post a Comment