Salam...
Gambar scan baby ni saya dapat masa bukak buku chekup 12 September haritu dan saya keguguran pada 17 September.. Adalah satu je gambar kenangan kandungan saya..
Walaupun baru berusia 10 minggu tapi saya rasa seperti dia telah ada dalam hidup saya.. Saya dah mula sayang dan gembira bila nampak degupan jantung dia pada mesin scan hari tu..
Jika nak fikirkan kesedihan, memanglah saya sedih tapi saya tak mahu memikirkannya. Dalam keadaan yang masih berpantang, saya tak mahu terlalu ikutkan perasaan.. Saya tak mahu menangis dan stress.. Syukur Alhamdulillah saya dapat menerima ujian Allah ini..
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment