Thursday, October 27, 2011

Roti/ Bun Manis yang menjadi kenyataan..

Salam...

Rasa sangat seronok semalam sebab dapat masak roti dan roti tu pun cantik kembang, gebu dan lembut seperti beli di kedai bakery.. hahaha...

Resepi ni saya dapat dari jintanmanis. Orang cakap kalau kita cuba buat masakan mengikut resepi yang orang bagi dan resepi tu menjadi maknanya orang yang bagi resepi tu iklas.... Jadi saya sangat berterima kasih kepada jintanmanis kerana sudi berkongsi resepi ni.

Kalau nak tau, saya ni memang fail kalau bab masak roti dan kek ni.. memang lah tak pandai. bila saya buat roti ni menjadi terus jadi bersemangat. Pagi buat roti manis kosong, tengah hari pergi kedai jual barang bakery beli filling kacang merah petang terus buat roti inti kacang merah..

Meh kita tengok gamba pulak.


Sedang mengembang di dalam oven


Dah siap.. Panas dan fresh..

Seronok bila tengok roti naik kembang dan gebu


versi gulung pulak


Ni pulak versi kacang merah


Inti kacang merah ni sebelum di masak rasanya tawar, bila dah masak dalam roti, rasanya manis.


gebu kan..
 Jadi kawan-kawan, jika kita ada resepi yang best dan nak kongsikan dengan orang lain, kongsi lah dengan iklas.. Bagilah sukatan bahan-bahan yang cukup dan jangan kurangkan sana-sini. Ok daaaa

No comments:

Post a Comment