Wednesday, April 13, 2011

Saya sudah jatuh cinta...

Salam...

Tajuk ya sudah.. Ok, hari ini hasil dari mengoogle ke seluruh pelusuk dunia, maka saya telah terjumpa satu objek yang sangat comel dan hebat.. maka hati saya telah jatuh kepada nya tanpa lama perlu merenungnya.. Oleh yang demikian, saya telan air liur kerana saya sangka saya tidak mampu menjadikan ia milik saya... Dengan hati yang tekad dan azam yang kuat untuk bermain kutu, saya telah mengoogle ayat ini "Fuji Polaroid 7S camera price Malaysia"... Maka hasil googlelan saya telah menjadikan saya seorang yang bakal bertepuk keriangan.. Hahahahah!!!! terus bukak CIMB Clicks... Yesss!!!

Objek ini berharga RM 310.00 bagi pasaran Malaysia.


warna biru yang menawan


Oren yang ceria


dan Pink yang seksissss.... hot seh..




dan aksesori juga. Macro lense untuk zoom benda-benda kecik.. RM 50.00


Aksesori kreatif. Kola Colour Filter berharga RM 30.00. fungsinya adalah menjadikan gambar yang diambil berwarna-warni


seperti ini..
      Jenis kamera ini dinamakan Polaroid Camera.. kalau korang selalu tengok citer omputih, kan dorang amik gamba pastu terus kamera tu cetak gamba dan keluar zeeeeetttttttt dalam beberapa saat sahaja... Fuuuuhhh.. Saya suka... Maka, saya telah mensubmit permohonan kepada En. Husband secepat mungkin dengan mengattachkan gambar dan harga kamera ini melalui emel...
     1 jam kemudian, bagi merasuah En. berkenaan, saya telah mentopupkan handpon nya lalu sepantas kilat saya menalipon nya bagi mengesahkan penerimaan transaksi topup yang saya hantar melalui CIMB Clicks.. Sambil menyelam minum air, setelah En. berkenaan mengesahkan bahawa beliau telah menerima makan suap tersebut, lalu saya bertanya "lulus tak emel tadi??" lalu dia cakap "betul ke murah macam tu harga dia" lalu saya menjawab " betul, hunee dh survey dalam internet tadi"... Maka En. tersebut telah mengatakan satu perkataan iaitu "OK"... Hahahaha... Maka saya telah meletak ganggang telefon dengan perasaan bangga dan gumbira...

Sekian, begitulah flashback saya...

Nota kaki : Gambar-gambar tersebut adalah ehsan dari En.Google bin Search.

4 comments:

  1. giler ayat tak ley blahhhh

    ReplyDelete
  2. hahaha... aku suka nik.... aku suka natang ni..

    ReplyDelete
  3. wehhh yang colour cover lens tu ada kat malaysia tak?

    kalau ada, mana nak cari ha?

    ReplyDelete