Salam..
Biasalah, semua orang ada azam dan hajat yang masih belum tercapai.. Selalunya azam tahun lepas masih belum dapat di tunaikan akan di foward pulak ke tahun ni.. Begitu jugak saya, masih banyak lagi belum tercapai dan perlu di foward tahun ini.. Kalau tak cukup semangat apa pun tak akan tercapai..
Hari ni saya tak nak cerita pasal azam tapi nak cerita pasal hajat. Bagi saya hajat berbeza dari azam sebab hajat boleh ditunaikan bila-bila dan azam perlu semangat dan kekuatan untuk ditunaikan.
Hajat yang selalu saya sampaikan pada suami namun belum tertunai lagi ialah saya nak pergi berjalan ke Kuala Terengganu.. Raya Cina tahun lepas kami rancang nak pergi ke Terengganu tapi tak kesampaian sebab saya dan suami demam panas.. Kebetulan kakak ipar dari Sabah datang, jadi untuk tak menghampakan dia kami pergi ke Melaka sahaja.. Ok lah dari duk lepak kat rumah saje.. Buat apa nak pergi Terengganu?? Sebenarnya banyak yg saya plan kalau saya pergi ke sana. Saya nak jumpa kawan lama yang tengah sarat mengandung, saya nak makan keropok losong (saya minat sangat dengan keropok losong), Nak beli baju batik sutera, nak beli tudung bawal, nak berehat tepi pantai, nak makan nasi dagang dan banyak lagi hajat lain... Sebenarnya, saya rasa berada di pantai timur seperti berada di halam kampung halaman sendiri.. Memang pun kampung saya kat Kuantan tapi setiap negeri ada keunikannya tersendiri.. Walaupun dah pernah ke Terengganu 2 tahun lepas tapi macam tak puas sebab masa suntuk sangat.
hajat saya yang lain ialah saya nak pergi IKEA. Sejak kawin cuma sekali jer saya dgn husband pergi ke IKEA. Husband SANGAT-SANGAT tak minat pergi IKEA sebab jem, susah parking, ramai orang, dan macam-macam lagi alasan dia. Jadi tahun ni saya mintak dia berjanji untuk bawak saya pergi IKEA.. Akhirnya dia setuju tapi tak tau lagi lah bila...
Selain tu, saya jugak berhajat nak ke rumah kakak ipar di Kota Kinabalu, Sabah. Kesian pulak dengan mak dan ayah mertua dah lama tinggal dengan kami di sini sampai saudara mara kata dorang dh jadi orang KL.. Seronok jugak dapat bawak dorang balik ke sabah sambil melawat rumah saudara mara. Selain tu dapat jugak beli mutiara, kristal, ikan masin, ikan bilis dan udang kering gemuk-gemuk.. Kalau sudah balik ke Sabah tu, tak sah kalau hari-hari tak makan ketam dengan udang besar... Ketam segar boleh dibeli hidup-hidup, udang pulak besar-besar macam marker pen. Pastu Ketam kakak ipar masak kari dan udang saya goreng celup tepung, pehhh bestnyer... Selain tu nak jugak beli ambuyat (sagu, makanan tradisi sabah) sebab stok ambuyat dalam peti ais dh habis.. Tak lupa jugak nak pergi Restoran Nelayan kat Bukit Padang, mesti order Prawn Butter yang sedap dan ketam kulit lembut sambil menyaksikan persembahan kebudayaan..
Itu lah antara hajat saya. Semoga semuanya tercapai Insyaallah...
Thursday, January 19, 2012
Monday, January 16, 2012
Beza tinggal di kuarters dan rumah sendiri
Salam...
Lama dah saya tak update blog ni.. Banyak betul kekangan yang menghalang. Ade banyak cerita nak tulis tapi rasa-rasa macam tak sesuai untuk dibaca orang lain.. tak pe lah, simpan dan pendam sendiri...
Hari ni saya teringin nak tulis tentang pengalaman saya tinggal di kuarters dan rumah sendiri..
Dari mula berkahwin, kami tinggal di rumah sewa yang kami sewa dari kawan sepejabat dengan bayaran RM 500 sebulan.. Rumah apartmen Putra Damai di Presint 11. Rumah tu mempunyai 3 bilik dan 1 bilik air. Rumahnya kecil namun sesuai untuk kami sebagai pasangan baru berkahwin.. Tambahan pula kami tak banyak barang.. Barang-barang dan perabot saya semasa bujang pun masih muat di rumah sewa ini..
5 bulan selepas tu saya mohon berpindah ke kuarters.. Alhamdulillah, sebulan kemudian saya dapat surat tawaran kuarters apartmen kelas G di Presint 9.. Urusan permohonan kuarters saya agak mudah kerana saya mengandung masa tu.. Rumah yang kami dapat agak luas dari rumah sewa kami. 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Biasalah, manusia susah puas dengan apa yang dia dapat.. Saya rasa dapur nya kecik sikit dan ada kaunter di dapur yang boleh nampak ruang tamu.. Jadi, segala kuali dan botol kicap kat dapur boleh nampak sampai ke ruang tamu.. Walau bagaimanapun kami hanya tinggal berdua, itu semua tak jadi masalah untuk kami..
Untuk membeli barang keperluan dapur, kami akan ke Alamanda. Bila bosan kami akan ke Tesco atau Giant di Kajang. Untuk cari restoran makan pula kami akan ke Bangi. Kami memang jarang ke Kuala Lumpur kerana tak suka dengan kesesakan lalu lintas.
Bayaran bulanan pun lebih murah jika dibandingkan dengan menyewa.. Potongan gaji saya adalah sebanyak RM330 sebulan. Tak lama selepas tu Ibu dan Bapa mertua saya tinggal bersama kami.. Jadi kami perlu beli lebih banyak perabot dan kelengkapan lain untuk keselesaan mereka.. 4 bulan selepas tinggal di rumah kuarters tu saya telah melahirkan anak saya.. Jadi, barang kami semakin bertambah.. Saya mula rasa tak selesa dengan barang yang banyak dan kesian dengan anak dan mertua.. Rumah tu seperti tak selesa buat mereka.. Saya dan suami mula terfikir untuk membeli rumah sendiri..
Disinilah bermulanya pencarian rumah kami... Pada masa tu suami saya masih belum sah jawatan jadi kami bercadang untuk membeli rumah dengan menggunakan potongan gaji saya seorang.. Pada masa tu, kelayakan pinjaman perumahan kerajaan saya adalah sebanyak RM 156,000.00.. Banyak rumah yang kami jumpa tapi jarang berkenan.. Sehinggalah kami terjumpa rumah teres setingkat di Semenyih dengan keluasan 20 x 70 kaki. Rumah tersebut ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.. Harga rumah tersebut RM 158,00.00.. Setelah berbincang, kami setuju untuk membeli rumah tersebut.. Baki RM 2000 kami bayar tunai. Jadi potongan bulanan saya sebanyak RM 774.
Saya dan suami sangat gembira dan exited nak tinggal di rumah sendiri. Macam-macam yang kami rancang untuk rumah tersebut. Kami ingin ubah suai dapur dan besarkan sehingga ke hujung longkang, bercucuk tanam di belakan rumah, ubah suai parking depan rumah, buat kabinet dapur dan macam-macam lagi. Tambahan pulak suami saya jenis pandai buat kerja-kerja pertukangan dan wiring jadi lebih senang sebab tak perlu panggil tukang untuk kerja-kerja kecil...
Selama tiga tahun kami tinggal di kuarters akhirnya impian kami untuk tinggal di rumah sendiri tercapai.. Gembira sangat sebab dapat ubah suai rumah ikut kehendak sendiri.. Kami beli lampu chandelier untuk ruang tamu, kebetulan kami terjumpa kedai jual lampu chandelier cantik yang murah di seri kembangan.. Kami jugak pasang kipas jenis kawalan jauh untuk seluruh rumah.. Lebih murah dan mudah dari pasang kipas kawalan kelajuan di dinding sebab perlu buat wiring baru.. Kipas tu kami beli di Nilai 3 (tapi lampu chandelier mahal) Selain tu kami beli set meja makan baru dan set meja makan lama kami letakkan di dapur. Sofa pun kami beli baru. Sofa lama kami jenis 3 seater tu kami mix kan dengan set sofa baru.. Walaupun tak berapa ngam kami pakai jugak sebab sayang sofa tu masih cantik dan elok..
Kawasan kejiranan kami pun milik bumiputra.. Jiran-jiran nya pun baik.. Selain itu rumah kami hanya 1 kilometer dari pekan Semenyih. Ada kemudahan stesyen bas, Ambank, Hong Leong Bank, Maybank, The Store, KFC, cuci kereta, bengkel kereta, kedai borong barang dapur, kedai borong barang plastik, kedai borong barang bakeri dan banyak lagi kedai-kedai lain. Selain itu, setiap malam Sabtu ada pasar malam di belakang The Store.. Setiap pagi Sabtu dan Ahad pula ada pasar pagi berhampiran pasar basah.. Banyak dijual sayur dan ikan, anak pokok, baju, permainan, dan lain-lain. Lebih kurang 5 minit dari Pekan Semenyih iaitu di Taman Pelangi Semenyih, Ada Tesco, Petronas, Bank Islam, restoran, bengkel kereta dan banyak lagi kedai yang lain. Jadi, semenjak tinggal di sini sangat senang untuk kami mendapatkan keperluan harian tanpa perlu ke Bandar Kajang atau Bangi.
Bila kami dah selesai berpindah, proses kemas rumah bermula, kalau dulu di kuarters ada bilik stor tapi di sini tiada, jadi bilik ketiga kami gunakan untuk simpan barang.. Barang kami terlalu banyak.. Rumah yang asalnya nampak besar mula jadi sempit. Bilik ketiga tu tak dapat digunakan langsung, hanya jadi stor semata-mata.. Terasa rugi pulak..
Sepanjang bapa mertua saya tinggal bersama kami, dia tak pernah menghadapi masalah kesihatan yg teruk.. Tapi pada bulan puasa tahun lepas dia selalu diserang astma.. Dia memang menghidap penyakit astma tapi dh lama tak diserang.. Kalau mula terasa sesak, dia akan pam ubat dan tak lama lepas tu akan sembuh.. Sejak tinggal di sini, 2 kali dia ditahan di hospital kerana serangan astma... Bila kami fikirkan, mungkin ada kaitan dengan kilang-kilang di sekitar kawasan Semenyih ni. Di sekeliling rumah kami ada kilang plastik, aluminium, perabot, cat dan banyak lagi.. Tambahan pula satu projek pembinaan kilang semi D sedang di jalankan berhampiran rumah kami..
Suami juga sering demam dan selsema. Suami banyak mengambil cuti dan MC sepanjang tahun 2011 dan ini menjejaskan prestasi kerja dia.. Kadang kala dia diserang selsema teruk sehingga sukar bernafas dan dah 4 kali sepanjang 2011 di bawa ke unit Kecemasan Hospital Putrajaya.. Namun doktor mengesahkan suami tiada masalah astma atau pun sakit jantung..
Daniel yang baru berumur 3 tahun lebih juga selalu selema.. pada bulan puasa tahun lepas Daniel di tahan di Hospital Putrajaya selama 3 hari kerana demam dan bengkak tonsil.. Sebelum dibawa ke hospital, daniel mengalami demam, batuk, selsema dan bengkak tonsil selama 3 hari dan sepanjang itu dia tiada selera makan dan tak mahu minum air sehingga badan dia diydrated.. Dia di beri drip air sebanyak 3 botol.. Kami juga di minta berjumpa dengan pakar pemakanan kanak-kanak untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan masalah berat badan Daniel yang kurang berbanding usia nya.. Semua ini menjadi kerisauan kami sekeluarga.
Kesihatan saya juga semakin menurun. Semasa saya mengandung anak kedua, saya sering demam dan mengalami tekanan darah rendah. Sehinggakan saya keguguran pada bulan September lepas. Saya juga selalu demam dan selsema sejak tinggal di sini.
Apa bila di rumah, kami hadapi masalah lain pula, bilik tidur utama iaitu bilik tidur kami tidak mempunyai tingkap.. Pelikkan???? tapi itu lah kebenaran.. Bilik kami hanya mempunyi tingkap untuk udara dan cahaya masuk dan itu pun terletak tinggi berhampiran bumbung ( bumbung tinggi 12 kaki) kami langsung tak dapat capai untuk pasang langsir cuma grill dipasang oleh tukang sebelum kami pindah masuk dulu.. Itu pun tukang pasang grill tu mengadu kena buat tangga panjang baru untuk pasang grill pada tingkap atas tu.. Terlampau tinggi, tiada tangga standard biasa yang boleh sampai. Jadi, bila waktu tengahari memang langsung tak selesa tidur di bilik tu.. Cahaya panas matahari masuk terus dan bilik jadi silau seta berbahang. Kami pernah juga berangan-angan untuk tambah pelantar di bahagian atas supaya rumah kami jadi 2 tingkat (bahagian atas untuk tempat tidur dan bawah untuk letak barang/ almari tapi tu semua menelan belanja lebih dari 30 ribu ringgit dan sepanjang renovate kami tidak boleh tinggal di sana.. Terlalu banyak masalah...
Baru-baru ni kami pergi ke rumah kakak ipar di Kuarters Presint 18, Putrajaya.. Teringat kembali kenangan lama kami semasa tinggal di kuarters dulu.. Udara lebih segar dan keadaan lebih tenang.. Tiada bau asap kilang dan debu dari projek pembangunan.. Kami mula terfikir untuk kembali tinggal di kuarters.. Kami mula mempertimbangkan baik dan buruk tinggal di kuarters dan rumah sendiri.. Demi kepentingan kesihatan kami sekeluarga, rasanya kami perlu berpindah balik ke kuarters.. Yang paling saya risaukan adalah Daniel yang kadang-kala selsema dan nampak semput.. Saya takut satu hari nanti dia akan menghidap penyakit astma jika kami tidak cuba buat sesuatu..
Kami pun tak pasti apa punca masalah kesihatan kami ni samada masalah asap dari kilang-kilang atau pun masalah air sedangkan kami telah pun menggunakan penapis air untuk kegunaan memasak dan minum... Wallahualam...
Subscribe to:
Posts (Atom)