Tuesday, November 19, 2013

Lepas gian nak melukis..

Salam...

Lama betul dah tak melukis.. teringin rasanya nak lukis gambar muka orang macam masa budak2 dulu..

Harini kurang sibuk memandangkan bos pergi ke Korea untuk bercuti.. Jadi ambil kesempatan untuk melukis sambil dengar lagu Siti Nurhaliza..

Ni lah hasil lukisan yg agak kaku.. Tak ada emosi. Tak reti lukis hidung. Dari budak2 dulu pun mmg tak pandai lukis hidung.. kalau lukis betul mcm bentuk hidung nanti jd macam kembang atau senget. jadi lukis garisan jer..

Pastu rambut mesti mcm buat rebonding pakai seterika baju.. keras kejung.. tak nampak flowy macam natural.. hahaha..

Telinga pun fail.. hahaha..

Tapi paling saya suka lukis ialah bibir.. 

Apepun nilah hasil usaha saya selama tak sampai sejam.. saya gembira sekurang-kurangnya berjaya melepaskan gian untuk melukis.. 

Masa sekolah rendah dan menengah dulu saya selalu lukis gambar perempuan macam ni.. Ade buku lukisan khas untuk lukis orang, untuk lukis pemandangan, untuk lukis bunga, dan lain-lain.. Ntah la mak dah buang kot sekarang dh tak jumpa lagi kat umah mak..

Dulu bilik saya mak kata macam galeri lukisan.. Lukis2 pastu tampal kat dinding macam lah cantik.. hahaha.. sampai terkopek2 cat bila cabut (tampal pakai salotape je)..

macam sakit tengkuk je..

Nampak tak bunga rose itu.. hmmm..

hidung yang tak dapat dipastikan bentuknya..


Thursday, October 31, 2013

Dah lama tak update macam nak kena tinggal jer blog ni..

Salam...

Lama gile kot tak update.. sejak mengandung jadi malas nak bukan blog. Pastu lepas beranak Eryna, jadi super malas nak tengok blog.. 5 bulan lepas saya tukar tempat kerja (buka jauh pun tukar jadi PA bos besor je).. Semakin bizi dan banyak kerja (mcm best jer).. 2 bulan lepas bos besor tukar ke Mindef ganti ngan bos dari JPM... Jadi sejak 2 bulan lepas memang bapak sibuk giler macam hebak sangat jadi memang tak de mood dan masa nak update blog ni.. Kena pulak bos baru ni perempuan+cerewet+banyak rules baru+banyak tanya+suka panggil pegawai+suka buat meeting sehingga malam (serius ni MALAM ok).. Saya yg pastel ni mesti la takut nak buat tuntutan lebih masa.. kang kena sergah sambil hentak meja tak ke hilang bateri kat lutut tu terus rasa menggigil mcm nak baring sambil nangis tersedu-sedu...

Sambil melihat tingkap yg semakin kurang cahaya masuk sempat menjeling jam yang menunjukkan jarum pendek ke tujuh dan panjang ke sembilan. Dalam hati berdetik agak2 berasap telinga tak laki aku menunggu kat dalam keta tu. Terpikir jugak, melelak tak Eryna menunggu nenen mummy dia tak balik lagi ni.. Dan semenjak menjaga bos yg super hebak gile lah konon ni memang aku dah tak bergelar ibu susuan di opis dah.. tak do lagi bunyi mesin pam susu yg akan berirama setiap jam 11 pagi dan 4 ptg... Aku redha... Eryna dh campur susu tepung pun.. Alhamdulillah nasib baik pulak perut Eryna tak meragam sambil menyanyikan lagu korus memangjang macam abang dia dulu sebab minum susu tepung selalu sakit perut pastu yak pun keras mcam telur rebus (tipu lah kan kalau macam batu)..

Hahaha.. entri ni tak de gambar (suke ati saya leh).. Sape rajin baca boleh  baca sape malas nak baca tak payah baca.. Saje je tulis entri ni supaya nanti 10 tahun akan datang boleh baca balik pastu teringat balik kenangan lama.. boleh tunjuk kat Daniel ngan Eryna. Ha hahahaa.. nak tulis diari malas der.. tulis blog la boleh baca kat mana2..

Daaa.. kalau bos outstation lagi boleh menaip lagi..

Tuesday, August 27, 2013

Ujian Allah sentiasa memburu kita..

Salam...

Dah lama sangat-sangat tak menulis di blog ni..

Ntah lah mungkin mood tak ada atau apa?

Tapi disaat Allah sedang menguji ni barulah terasa nk bukak balik blog,..

Jiwa kusut, kacau, bilau..

Hati sedih, pedih, terguris..

Tabahlah wahai hati...

Allah menguji mungkin kerana Dia mahu kau kembali mendekatiNya..

Menangis, berdoa dan merayu seperti dulu..

Aku redha, aku bersyukur..

Aku hambaMu yang hina ini meletakkan tempat ku serendah-rendahnya...

Aku sebagai insan yang kerdil langsung tidak mungkin hidup tanpa belas ehsan Mu..

Ku pohon kau pulihkan semangat dan hidup ku.. Berikan aku sedikit kehidupan ku.. Dan hak aku..

Amin.. Ya Rabbalalamin..

Monday, May 27, 2013

Salam takziah untuk Erina sekeluarga...

Salam..

2 minggu lepas saya terbaca kisah perginya seorang permata hati indah, Aqil Hamzah dari blogger Erina.. Saya tak tahu kalau ada ibu dalam dunia ini tidak sebak membaca apa yang ditulis Erina.. saya yang baru melahirkan Eryna 3 bulan lepas menjadi sangat sensitif dan menangis teresak-esak.. terus rasa rindu pada Daniel dan Eryna.. Rasa nak balik rumah dan peluk cium kedua-dua anak saya tu..

Kebetulan yang langsung tak disangkakan, husband ingin namakan anak kami yang baru lahir 15 Februari 2013 lepas Eryna Dhaniyah Maisarah binti Mohd Yunus dan saya bagitahu pada husband yang saya ada seorang kawan bernama Erina..

Teringat kembali bagaimana saya dan Erina boleh berkenalan.. Saya kenal Erina masa kami sama-sama belajar di UITM Sarawak dulu.. Kami tinggal di aras yang sama semasa di asrama.. Tapi perkenalan kami cuma satu semester.. Erina dan kawan-kawan yang lain berjaya menyambung pelajaran manakala saya terkandas dan selepas itu saya menyambung pelajaran di Politeknik Port Dickson.

Salam takziah untuk Erina.. aku sangat kagum dengan kau.. Kau sangat kuat semangat untuk menghadapi ujian dari Allah ini.. jangan berhenti tersenyum... La Tahzan...

Kenangan dari Erina sebelum saya berangkat pulang ke semenanjung dari UITM  Sarawak..  Kad  Erina buat sendiri.

Tersenyum baca isi kandungan kad.. banyak kenangan terindah..

Banyak kenangan antara saya, Erina dan kawan-kawan kami yang lain.. Misi ke Air Terjun Kubah yang tak berjaya akhirnya kami cuma mandi di sungai Red Bridge (jambatan merah), pergi ke show Radhi OAG di UITM Sarawak di mana saya jadi fotografer yang kusut sebab ambil gambar senget (berebut-rebut nak ambil gambar Radhi) dan peristiwa usha-usha budak lelaki (ingat tak perkataan "strawbe" - perkataan strawberry tak habis baca)...

Teringat lagi dalam perjalanan balik dari show Radhi kami jalan kaki malam-malam balik ke asrama, Erina nyanyi lagu 60's TV dari kumpulan OAG sambil melompat-lompat kegembiraan..

     "I'am waching
     "I'am waching
     "I'am waching
     "I'am waching
     60's TV"

Sumpah, seumur hidup saya itu lah kali pertama saya dengar lagu tu.. Langsung tak pernah dengar sebelum ni, skema lah katakan..

Erina, kalau kau terbaca entri ni, aku harap dapat buat kau tersenyum walaupun untuk 1 minit.. Erina, teruskan tersenyum sebab senyuman kau akan menceriakan orang-orang di sekeliling kau.. Teruskan ketawa dan nikmati hidup ini kerana kau seorang yang hebat dan menjadi contoh yang baik untuk orang lain...

Salam sayang..

Anis.

Monday, February 4, 2013

Doa

Salam...

Setiap orang ada masalah sendiri. Ada yang boleh berkongsi dan bercerita dengan orang lain dan ada yang lebih selesa untuk simpan semua masalah tu sendiri atau dikongsikan dengan orang yang paling rapat sahaja.. Begitu jugak dengan saya..

Walau pada zahirnya saya macam tak banyak masalah tapi banyak yang saya fikirkan dan risaukan dalam hidup ini.. bukan setakat suami, anak, rumah, kereta, duit, keluarga semuanya ada masalah masing-masing.. Namun hanya doa dan kesabaran yang membuatkan saya terus menerima ujian Allah SWT ini.. Alhamdulillah.. kerana saya dikurniakan anak yang sihat, baik dan mendengar kata walaupun kadang-kadang nakal.. Juga saya bersyukur kerana dikurniakan pasangan hidup yang terbaik untuk diri saya.. Syukur Alhamdulillah....

Namun kini kerisauan saya banyak tertumpu pada Emak dan Abah... Tak dapat saya ceritakan masalah rumah tangga kami kerana saya perlu menjaga aib keluarga namun kerana tertekan saya sampaikan dalam bentuk ini.. Semoga Allah memahami niat murni saya yang ingin mengubah nasib keluarga saya..

Mak dan Abah..

Ya Allah, sesungguhnya Kaulah tuhan yang maha pengasih dan penyayang.. Kau kasihanilah kedua ibu bapa ku ini sepertimana mereka mengasihani aku dan adik beradik ku ketika kami kecil... Juga Kau terimalah pengorbanan mereka terhadap anak-anak sebagai satu pahala dan kebaikan untuk mereka...
Kau lenyapkanlah kegusaran dalam hati mereka dan gantikan lah dengan kegembiraan yang berpanjangan.
Ya Rahman, Kau jadikanlah anak-anak sebagai harta yang paling bernilai buat mereka. Jangan lah kau membebani mereka dengan karenah anak-anak. Ku mohon Kau jadikanlah kesabaran mereka sebagai pokok yang akan membuahkan kegembiraan dan kebahagiaan.. Kau peliharalah maruah ibu bapa ku dan selamatkan lah mereka dari fitnah dan kejahatan dunia..
Ya Aziz, Kau murahkanlah rezeki ku agar aku dapat terus membantu kedua ibu bapa ku dikala mereka memerlukan.. Jauhkanlah aku dari menjadi beban kepada mereka dan jauhkanlah aku dari merisaukan hati mereka.
Ya Ghaffar, sekiranya pernah ibu dan bapa ku melakukan dosa, ku mohon Kau ampunkanlah dosa mereka. Janganlah kau hukum mereka di atas kesalahan lampau mereka. Kau terimalah taubat mereka dan jauhkanlah mereka dari api neraka..

Amin, ya rabbal alamin...

Minggu-minggu terakhir tanpa orang baru...

Salam...

Hari ni 4hb februari 2013, Insyaallah lagi 10 hari saya akan sampai ke due date untuk bersaliln anak kedua.. rasa takut dan berdebar-debar jugak.. Tapi dalam masa yang sama rasa tak sabar nak menimang cahaya mata kedua ni.. semoga semuanya selamat..

tadi blogwalking ke blog blogers2 yang menceritakan pengalaman bersalin mereka.. saya jadi semakin takut untuk menghadapi sakit bersalin...Ya Allah... Semakin banyak baca, semakin takut.. Terkenang-kenang sakit yang pernah saya alami semasa melahirkan Daniel dulu.. Saya betul-betul perlukan kata-kata semangat untuk menghadapi hari tu nanti.. Juga doa dari orang-orang yang dikasihi semoga saya mudah bersalin dan pengalaman sakit tu berlalu dengan cepat dan mudah...

Minggu lepas buat scan baby, doktor bagitahu berat baby dh capai 3 kg.. Sementara menunggu bersalin ni mesti dah jadi 3 kilo lebih.. Amboi.. boleh tahan besar anak mama ni.. Saya berdoa semoga dipermudahkan lah..

Persediaan barang-barang tu boleh kira dh mencapai 90% dah.. cuma tinggal sikit-sikit jer lagi. Saya merancang untuk  bersalin di Kuantan.. Nak berpantang dengan emak.. Tapi rasa risau jugak sebab abah tak ada di rumah semasa saya berpantang ni.. Abah pergi ke luar negara (Sudan) sebab kerja... Itu pun merisaukan jugak.. Macam mana keadaan abah di Sudan nanti.. Jugak macam mana keadaan kami di Kuantan berpantang tanpa bantuan abah untuk pergi beli barang keperluan itu dan ini... Harapnya, husband saya dapatlah bercuti lama sikit bagi membantu saya dan emak.. Macam mana nak panggil tukang urutnya, nak belikan ikan atau sayur yang sesuai dan kalau tak sihat nak ke hospital..