Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu ke 25

Semalam telah berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 25 secara langsung di TV3. Tahniah di ucapkan kepada Anna Raffali kerana telah menjadi juara!! (gambar kredit kpd beautiful nara)

Memang tak dinafikan ramai yang tak puas hati Anna Raffali menang kali ni.. Pada saya nyanyian dia pun not bad, agaknya kurang sikit X-Factor dlm persembahan tu kot.. Hmm.. nak buat macam mana dah rezeki dia. Tak dinafikan jugak persembahan Faizal Tahir memang mengancam dengan aksi berani terjun dalam air semalam sampai saya pun rasa "Wow" masa tengok persembahan tu.. Hanya jauhari mengenal manikam, hanya juri yang tahu kelebihan dan kehebatan lagu 'Tolong Ingatkan Aku' ni..

The Winner!!


Paling best saya rasa bila ade majlis anugerah-anugerah macam ni adalah fesyen baju yang dipakai oleh artis2 yang hadir. Antaranya: (gambar dari red mummy)
Baju Yuna ni cantik sebenarnya, tapi rasa kat bahagian tudung tu kena kemaskan sikit kut.. Apepun, dress ni menang best dress malam tu tau...
Dato' Siti Nurhaliza selalunya tak menghampakan saya dengan baju2 dia tapi mungkin material kain tu berkilat menampakkan Dato' Siti cam besar sikit.. Dress ni dari Wanpa. Rasanya macam tak pernah tengok Dato' Siti pakai dress dari wanpa sebelum ni. Mungkin Rizman Ruzaini tgh short course kat university st martin gaknyer jadi Dato' Siti cuba designer lain..
Gaya Kamal memang smart.. jacket kulit tu memang sesuai dgn dia..

Our winner.. Hmm Sopan gaya dia.. I like!.. tapi suram.. masalah warna atau design?


Baju Sharifah Zarina ni sebenarnya cantik tapi masalah material yang digunakan.. baju tu nampak kaku.. Pemakainye pun nampak besar sbb kainyer berkilat..

Macam nak ke pejabat pulak..

Terpesona tengok baju yg Irma pakai.. memang chic! Nice, simpel and young!! sangat sesuai untuk dia.. Tapi gaya nampak casual..
Pada saya, Shuhada lah yg paling smart malam tu.. Simple, smart and brain.. Pandai betul dia pilih baju.. warna tali pinggang tu pun padan sangat..


Tapi tak jumpa pulak gamba masa Dato' Siti buat persembahan malam tu.. Baju biru tu memang cun giler lah.. Walaupun ade yg cakap Dato' Siti Gedik-gedik atas pentas waktu tu, saye tak kesah sebab saya minat Dato' Siti. Nampak macam baju tu direka rizmanruzaini untuk Dato' Siti.
Sekian, tu je komen dari saya yang tau sikit-sikit pasal dunia fesyen.

No comments:

Post a Comment