Tuesday, January 4, 2011

Hantaran tema oren

Hantaran ni saya buat untuk Zana, geng PA kat pejabat.. Tahun 2010 memang tahun untuk warna oren. Hari tu sepupu kawin, dia pun pakai warna Oren. Saya perasan memang ramai pakai warna oren untuk tema majlis perkahwinan.. Mula-mula Zana cakap nak buat 13 dulang, last-last dia nak tambah lagi 2. Jadilah 15. Tak berpeluh ko mencari bahan-bahan kat Nilai3. Untuk Zana, sori akak tak dapat datang majlis aritu.. Ada aral melintang.. Semoga Zana dan Firdaus kekal ke akhir hayat. Sori gambar tak berapa memuaskan.. Hihii..


 Kotak untuk baju kemeja & seluar..

 Kotak untuk manisan atau kuih..

Bakul untuk bunga rampai @ potpuri.

 Bakul kecik-kecik tu pulak susun dalam bakul ni.. Letak pulak atas polisterin. Ni pandangan tepi.

 Ni pandangan belakang dia..

 Ni pandangan depan.

 Close up sikit..

 Ni bekas kotak untuk letak gula-gula.. hadiah untuk kawan-kawan rapat yang datang.. buat 10 jer.

 Hantaran kasut dgn yg dalam kotak belakang tu tali pinggan @ wallet..

Ni bila dh letak barang hantaran dalam bekas-bekasnya...

No comments:

Post a Comment