Hari ni 28.1.2011 adalah hari jadi Mama yang ke-60. Kesian kat mama, walaupun pada usia tu dia tetap kena tolong jaga cucu.. Kadang-kadang Mama mengadu penat dengan karenah cucunya yang pandai macam-macam dah sekarang ni. Walaupun penat, mama tak pernah mengalah, dilayannya juga cucunya sorang tu.. Saya rasa macam menganiaya Mama pulak.. Terima kasih mama sebab masih lagi tolong jaga Daniel sampai 2 tahun 4 bulan.. Semoga Allah memanjangkan usia Mama dan melimpahkan kebahagiaan kepada Mama sehingga akhir hayat..
Mama sangat sporting
Pengenalan sikit tentang Mama. Mama adalah mak mertua saya. Saya rasa tahu mak mertua yang terbaik di dunia.. Walaupun dari luaran orang akan cakap mama pendiam, sebenarnya Mama seorang peramah... Bila semua ahli keluarga berkumpul, mamalah yang paling rajin bercerita. Mama suka bercerita tentang pengalaman dan cerita-cerita lama nya.. Walaupun diulang-ulang cerita yang sama sebelum ni, kami tetap mendengar dan menghargai cerita Mama.
Mama dengan cucu tunggalnya setakat ini.
Dari kiri : Husband, Saya, Kak Wie, Mama, Daniel, Papa dan Kak Ida. Keluarga belah suami.
happy birthday makcik.. :)
ReplyDeleteterima kasih heidi.. nanti saya sampaikan..
ReplyDelete